Adakah boleh berlaku pelampauan dalam melakukan ibadah? | Pergas Blog

newest article

Featured Image - Question 2

Adakah boleh berlaku pelampauan dalam melakukan ibadah?

30 May 2020 12:00 pm // Written by Pergas;

Ibadah merupakan perkara penting sehingga menjadi tujuan penciptaan manusia. Firman Allah s.w.t.:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

Ertinya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu. (Adz-Dzariyat:56)

Walau demikian, boleh berlaku pelampauan di dalam ibadah. Imam al-Ghazali di dalam bukunya al-Kasyfu wa al-Tabyiin fi Ghurur al-Khalq Ajma‘in ada menjelaskan tentang 4 golongan manusia yang tertipu, antaranya golongan yang kuat beribadah. Imam al-Ghazali menjelaskan antaranya adalah mereka yang terlalu sibuk melaksanakan ibadah sunat sehingga cuai dalam ibadah wajib.

Contohnya melakukan solat malam sehingga terlalu penat dan tidak melaksanakan tugas dengan baik di siang hari, bersedekah sehingga mengabaikan nafkah keluarga, terlalu was-was dengan pengambilan wuduk sehingga membazir air ataupun perlu berulang kali mengambil wuduk dan berbagai lagi.  

Daripada contoh-contoh ini didapati bahawa pelampauan di dalam ibadah membawa kepada kesukaran, kezaliman serta kecuaian dalam tanggungjawab lain. Anasir pelampauan ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. pernah bersabda:

إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ إِلاَّ غَلَبَهُ

Ertinya: Sesungguhnya agama adalah mudah, dan tidaklah seseorang itu menjadi keterlaluan di dalam agamanya melainkan dia akan tewas akhirnya. Hadis riwayat Imam Bukhari.

Perkara sebegini bercanggah dengan prinsip wasatiyyah yang menekankan keseimbangan. Walaupun melakukan perkara yang baik namun jika tidak dilaksanakan dengan baik sehingga berlebihan dan melampaui batas atau membawa kepada pengabaian tanggungjawab yang lain, maka ia adalah dilarang. Begitu juga kecuaian dalam melaksanakan ibadah sehingga tidak menjalankannya dengan sempurna, adalah bercanggah dengan prinsip wasatiyyah. Terdapat sebuah kaedah fiqh yang boleh diaplikasikan dalam hal ibadah iaitu:

“لا افراط ولا تفريط”

Ertinya: Tidak boleh melampau batas dan tidak boleh mengurangi batas.

Dapat juga disimpulkan bahawa segala bentuk pelampauan adalah dilarang di dalam Islam. Ini bererti Islam bukan sahaja menolak keganasan, tetapi Islam melarang pelampauan dalam setiap aspek sama ada ibadah, akidah, cara kehidupan dan perkataan.

Perincian lanjut boleh didapati menerusi: https://blog.pergas.org.sg/wasat/kitab-talbis-iblis-ibn-al-jauzi-panduan-hidup-bersederhana/


CAN AN INDIVIDUAL BE OVERZEALOUS OR EXTREME IN THE PROCESS OF WORSHIPPING ALLAH?

Worshipping Allah is paramount and is the main purpose in His creation of mankind. Allah says in the Qur’an:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

Meaning: I created the jinn and humankind only that they might worship Me (Adz-Dzariyat:56)

However, it is possible to be overzealous and extreme in worship. In his book al-Kasyfu wa al-Tabyiin fi Ghurur al-Khalq Ajma’in, Imam al-Ghazali informs us of four groups of people who are deceived; among them are individuals who are assiduous (hardworking) in performing acts of worship. According to Imam al-Ghazali, they include individuals who are too engrossed in performing acts of worship that are sunnah that they neglect those that are wajib.

Examples include praying throughout the night to the extent of being exhausted the next day and being unable to fulfil one’s duties or assigned tasks; generously giving sadakah but not providing for one’s family; or being too cautious (was-was) and taking wudhu’ multiple times that a person wastes too much water.

From these examples it is clear that overzealousness in acts of worship can lead to difficulties, cruelty and negligence in other responsibilities. This type of extremism had even occurred in the time of the Prophet s.a.w. and he warned his ummah:

إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ إِلاَّ غَلَبَهُ

“Verily the religion is easy, and whoever overburdens himself in his religion will not be able to continue in that way.” Hadith compiled by Imam Bukhari.

Overzealousness and extremism in worship is contrary to the principle of wasatiyyah which emphasizes balance. In essence, an act may be one that is good. Nonetheless, it becomes prohibited when it is done in excess, affecting a person’s ability to fulfil other responsibilities. Similarly, negligence in performing acts of worship goes against the principles of wasatiyyah. Additionally, there is a fiqh ruling that can be applied in this topic of worship:

“لا افراط ولا تفريط”

Meaning: One should not exceed the limits nor do lesser than what is expected.

It can also be concluded that all forms of extremism are prohibited in Islam. This means that Islam not only rejects violence, but it prohibits extremism in every aspect of worship, faith, way of life and words.

Further details (in Malay) can be found at: https://blog.pergas.org.sg/wasat/kitab-talbis-iblis-ibn-al-jauzi-panduan-hidup-bersederhana/

Kesederhanaan Dalam Islam Moderation In Islam


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

related articles