Ahmad Sonhadji Bin Mohammad Milato (1922 – 2010) | Pergas Blog

authors

Ahmad Sonhadji Bin Mohammad Milato (1922 – 2010)

Latar belakang pendidikan:

Lulusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah

Pekerjaan:

Pendakwah & Pengarang Tafsir Al-Quran
Mantan Mudir, Madrasah Aljunied Al-Islamiah
Masyaikh Pergas
Penerima Anugerah Pingat Bakti Masyarakat (1988)
Penerima Anugerah Jasa Cemerlang (Muis) (1992)

Penulisan

1. (1957). Mari sembahyang lelaki/perempuan. (s.l.)

Penerangan asas tentang ibadat solat.

Fiqh Ibadat – Solat

2. (1957). Pelajaran sembahyang. Singapura: Qalam Press. 70 hal.

Ibadat solat bukan hanya pergerakan anggota badan yang zahir malah suatu amal yang bermakna dan bernilai.

Fiqh Ibadat – Solat

3. (1958). Allahu Akbar : Pelajaran sembahyang mengenai imam, makmum, masbuk, jenazah dan jamaah. Teks dalam Aksara Jawi. Singapura: Qalam Press. 55 hal.     

Diterbitkan untuk mendidik masyarakat tentang cara-cara sembahyang berjemaah, masbuk, solat jenazah dan mengetahui kedudukan kiblat.

Fiqh Ibadat – Solat

4. (1960). Benih agama bagi kegunaan sekolah Melayu, Singapura. Jilid 1-6. (s.l.).

Pengetahuan Islam – Teks

5. (1960). Pengetahuan agama (Bahagian Fiqh, Tauhid dan Sejarah Islam). (s.l.)

Pengetahuan Islam

6. (1961). Abrur Athir tafsir al-Quran di Radio, Juz 1 hingga 30. Singapura: Qalam. Intipati program tafsir al-Quran yang disiarkan di Radio.

Al-Quran – Tafsir

7. (1962). Pengetahuan agama: mengandungi Tauhid, Fiqih dan Akhlak. Singapura: Haji Hashim Bin Abdullah.

Pengetahuan Islam – Teks

8. (1962). Benih agama: mengandungi Tauhid, Fiqih dan Akhlak. Singapura: Haji Hashim bin Abdullah. 6 Jilid.

Pengetahuan Islam – Teks

9. (1962). Tafsir al-Quran. Teks dalam Aksara Jawi. Singapura: Almaktab Attijari Asshargi. Diterbit semula: Jilid 1 – Surah Al-Baqarah, 1965. Jilid 2 – Surah Al-Baqarah, 1965. Jilid 3 – Surah Al-Baqarah, 1965, 602 hal. Jilid 4 – Surah Al-Imran, 1965. Jilid 5 – Surah Al-Imran, 1965. Jilid 6 – Surah An-Nisaa, 1964, 192 hal. Jilid 7 – Surah An–Nisaa, 1964, 408 hal. 350 hal. Jilid 8 – Surah Al-Maidah, 1964 Jilid 9 – Surah Al-Maidah, 1964. Jilid 12 – Surah Al-A’raaf, 1969, 142 hal. Jilid 13 – Surah Al-A’raaf, 1969, 302 hal. Jilid 14 – Surah Al-Anfal, 1970, 142 hal. Jilid 15 – Surah Baraah, 1971, 130 hal.

Al-Quran – Tafsir

9. [1963]. Pendidikan budi pekerti (Jilid 1 dan 2). Singapura: Almaktab Attijari Asshargi.

Etika & Akhlak

10. (1965). Pengetahuan agama Islam: Bahagian Fiqh dan Tauhid, Menengah Satu. Singapura: Pustaka Nasional. 72 hal.

Disusun mengikut sukatan pelajaran agama sekolah-sekolah menengah Melayu kerajaan Singapura tahun 1962. Mengandungi pelajaran Fiqh dan Tauhid untuk murid-murid menengah satu.

Pengetahuan Islam – Teks

11. (1965). Pengetahuan agama Islam: Bahagian Fiqh dan Tauhid, Menengah Dua. Singapura: Pustaka Nasional. 85 hal.

Disusun mengikut sukatan pelajaran agama sekolah-sekolah menengah Melayu kerajaan Singapura tahun 1962. Mengandungi pelajaran Fiqh dan Tauhid untuk murid-murid menengah 2.

Pengetahuan Islam – Teks

12. (1965). Pengetahuan agama Islam: Bahagian Fiqh dan Tauhid, Menengah Tiga. Singapura: Pustaka Nasional. 80 hal.

Disusun mengikut sukatan pelajaran agama sekolah-sekolah menengah Melayu kerajaan Singapura tahun 1962. Mengandungi pelajaran Fiqh dan Tauhid untuk murid-murid menengah 3.

Pengetahuan Islam – Teks

13. (1969). Tafsir al-Quran. Singapura: Pustaka Nasional. Teks dalam Aksara Jawi.

Al-Quran – Tafsir

14. (197-). Ringkasan mengajar: Sekolah Menengah Agama (Arab) Hasanul Bulkiah, Brunei. 301 hal. Teks dalam aksara Jawi.

Pendidikan Islam

15. (1973). Mari sembahyang (lelaki). Pelukis: S. Mohdir; penulis khat: Tarmidzi Haji Ehsan, penyusun teknik; Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 75 hal.

Panduan mengerjakan solat. Dari cara mengambil wuduk, azan dan iqamat serta contoh solat empat rakaat dan solat sunnat. Juga wirid-wirid yang warid sebelum dan sesudah solat.

Fiqh Ibadat – Solat

16. (1974). Pendidikan budi pekerti: Penggal kedua. Singapura: Pustaka Nasional. 2 Jilid.

Etika & Akhlak

17. (1977). Bagaimana ilham hendak sambut ulang tahun ini mula-mula tercetus. Dalam Cenderamata: Perayaan Jubli Emas Sekolah Ugama Aljunied (1927-1977). Singapore: Madrasah Aljunied, hal. 8-9

Pendidikan Islam – Madrasah

18. (1980). Kursus tafsir al-Quran. Singapura: Pustaka Nasional, 178 hal.

Al-Quran – Tafsir

19. (1980). Kursus tafsir al-Quran. Surah Ibrahim dan Surah Hijr. Penggal 21. Teks dalam aksara Jawi. Singapura: Pustaka Nasional, 75 hal.

Buku tafsir al-Quran pertama diterbitkan dalam bahasa Melayu. Setiap ayat diberi makna ringkas sebelum huraian jelas. Disertakan dengan hadis dan latar sejarah dari rujukan kitab tafsir dan hadis muktabar.

Al-Quran – Tafsir

20. (1980). Kursus tafsir al-Quran. Singapura: Pustaka Nasional, 176 hal.

Mengandungi 73 kursus ilmu tafsir yang digunakan untuk mengajar di kelas-kelas dewasa. Sasarannya Muslimin yang ingin menambah ilmu dan hukum-hakam Islam, dipetik dari sumber asal, iaitu al-Quran.

Al-Quran – Tafsir

21. (1981, Apr). Islam agama kesihatan. Fajar Islam, hal. 11-14.

Kesihatan merupakan antara nikmat Allah. Perkongsian panduan kesihatan dari al-Quran sebelum perubatan moden diperkenalkan.

Sains Islam

22. (1981). Kursus tafsir al-Quran. Singapura: Pustaka Nasional, 233 hal.

Al-Quran – Tafsir

23. (1982). Kursus tafsir Al-Quran. Penggal 22. Surah an-Nahl. Teks dalam aksara Jawi. Singapura: Pustaka Nasional, 169 hal.

Menghuraikan ayat 1 hingga 128 Surah An-Nahl, Juzuk 14 dalam 22 penggal.

Al-Quran – Tafsir

24. (1983). Kursus tafsir al-Quran. Johor: Mubaligh Nur Islam Negeri Johor, 415 hal.

Huraian surah al-Fatihah dan al-Ikhlas. Beberapa adab dalam kehidupan seharian disertakan dengan dalil-dalil al-Quran .

Al-Quran – Tafsir

25. (1983). Panduan memahami tafsir al-Quran I dan II. Cetakan pertama. [s.l.]

Al-Quran – Tafsir

Al-Quran – Ulum

26. (1983). Kursus tafsir al-Quran. Johor: Muballigh Nur Islam Negeri Johor, 415 hal.

Susunan nota-nota kursus tafsir al-Quran yang dikumpulkan dari kelas-kelas pengajian yang dianjurkan. Digunakan sebagai panduan mengajar isi kandungan kitab suci ini.

Al-Quran – Tafsir

27. (1984). Musyawarah kerja (Muker) yang ke X ulama al-Quran. Warita 25, hal. 6-7. Kertas kerja Musyawarah Ulama al-Quran ke X.

Al-Quran – Ulum

28. (1984). Pembangunan kembali kewibawaan ulama. Fajar Islam, Bil. 3, hal. 6-19.

Persoalan tentang kuasa dan hak para ulama, setanding dengan golongan berkaitan seperti para pegawai pemerintah yang menerima imbuhan yang menjamin kehidupan dan mempastikan kewibawaan mereka.

Asatizah – Profesion

29. (1984). Pengertian Hijrah dan perkara-perkara penting berhubung dengannya. Warita 30, hal. 1, 6-8.

Agama dan Kemajuan

30. (1985). Orang-orang ahli kitab. Fajar Islam, Bil. 7, hal. 6-11.

Persoalan mengenai ahli kitab; siapa mereka? Isu binatang sembelihan ahli kitab dan memperisterikan wanita golongan mereka, adakah mereka masih wujud kini?

Akidah

Agama Samawi / Perbandingan Agama

31. (1985). Kitab-kitab suci. Fajar Islam, Bil. 6, hal. 7-13.

Mengenai empat kitab suci agama Samawi; Kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran. Syariat yang termaktub telah memansuhkan syariat dalam kitab-kitab terdahulu.

Agama Samawi / Perbandingan Agama

32. (1985). Penglibatan kanak-kanak dalam masjid. Dalam Upacara Pembukaan Rasmi Masjid Darul Aman, Ahad 27, Dzulkaedah 1406: hal. 51-54. Singapura: Masjid Dar Aman.

Masjid – Sejarah dan Peranan

33. (1986). Mari sembahyang laki-laki. Singapura: H. Hashim bin H. Abdullah. 78 hal. Mengandungi kaedah mempelajari sembahyang fardu, sejak dari memulai wuduk dengan bacaan niatnya, doa selepas wuduk, lalu azan dan doanya setelah itu qamat.

Fiqh Ibadat – Solat

34. (1987). Pendidikan Islam di Singapura. Dalam Mahrajan ke 60: 1927-1987. Singapore: Madrasah Aljunied Al-Islamiah, hal. 64-75.

Pendidikan Islam

35. (1988). Mari sembahyang perempuan. Kuala Lumpur: Syarikat Binyahya, 1988. 80 hal.

Menjelaskan ibadat solat 5 waktu, solat Jumaat, solat Hari Raya dan solat jenazah. Lengkap dengan lukisan dan cara membaca doa dalam tulisan Rumi.

Fiqh Ibadat – Solat

36. (1988). Pelajaran sembahyang. Kuala Lumpur: Syarikat Binyahya. 115 hal.

Panduan ibadat solat.

Fiqh Ibadat – Solat

37. (1988). Tafsir surah an-Nur: kehidupan dan pergaulan rumahtangga Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan. 122 hal.

Al-Quran – Tafsir

38. (1988). Tafsir surah Yasin: jantung hati al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Al- Mizan, 1988. 58 hal.

Al-Quran – Tafsir

39. (1989). Tafsir al-Quran – Abr al-athir (Tafsir al-Quran di radio), Juz 1-30. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan. Diterbit semula: (1997). Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Berdasarkan rancangan agama di Radio Singapura pada tahun 1950-an. Kitab ini diusahakan selama 25 tahun dan diterbit semula beberapa kali.

Al-Quran – Tafsir

40. (1990). Panduan memahami tafsir, 2 Jilid. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan, 1990.

Al-Quran – Tafsir

41. (1990). Pendidikan budi pekerti. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan. 2 Jilid.

Etika & Akhlak

42. (1996). Pelajaran sembahyang. Singapura: Majlis Ugama Islam Singapura, 1996. 118 hal.

Lanjutan dari buku “Mari Sembahyang” sebagai bahan rujukan pelajar. Mengandungi ilustrasi sebagai panduan berwuduk, bertayamum dan mengerjakan berbagai jenis solat.

Fiqh Ibadat – Solat

43. (1997). Tafsir al-Quran : tafsir al-Quran di Radio. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. 178 hal.

Al-Quran – Tafsir

44. (2000, Okt – Dis). Sejarah bermula kedatangan Islam ke Singapura. Al-Risalah, 8–9.

Islam berkembang di Nusantara melalui para mubaligh yang singgah di Pasai, Sumatera. Kedudukan strategik Singapura menjadikannya pusat persinggahan, perdagangan, dan pendidikan Islam.

Dakwah

Masyarakat Melayu/Islam Singapura

45. (2000). Bahaya ‘murtad’ risiko besar dunia & akhirat. Majalah Al-Islam menjana insan berkarisma, Tahun 1 Bil. 2 (Mac 2000), hal. 10-11.

Isu murtad melibatkan tanggungjawab moral kepada umat Islam. Orang yang murtad dituntut supaya bertaubat dan kembali kepada Islam. Jika mereka menolak dan enggan, mereka akan dilayan sebagai orang kafir sehingga mati.

Akidah

46. (2000). Antara kufur, syirik dan murtad. Majalah Al-Islam menjana insan berkarisma, Tahun 1 Bil. 3, hal. 8-11.

Penerangan tentang perbezaan istilah kufur, syirik dan murtad dan hukuman untuk umat Islam yang menyengutukan kekuasaan Allah dan perlaksanaan hukum Allah.

Akidah

47. (2000). Korban ibadat bersalut cinta. Majalah Al-Islam menjana insan berkarisma, Tahun 1 Bil. 3, hal. 17-20.

Penulis menerangkan tentang hikmat ibadat korban, waktu dan syarat-syarat perlaksanaannya. Setiap pengorbanan yang dilakukan akan mengukur sejauh mana kecintaan umat kepada penciptanya.

Fiqh Ibadat – Korban

48. (2004, Jan – Mac). Petunjuk Nabi Muhammad (S.A.W.) mengenai jihad. Al- Risalah, hal. 5-9.

Cabang jihad terangkum menentang musuh luar, seperti kafir dan munafik. Sedangkan jihad paling utama ialah melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Rasulullah S.A.W. berjihad menerusi hati, lisan, dakwah dan senjata.

Jihad

 

Sejarah Nabi Muhammad S.A.W. & Ahli Bait

49. (2004, Apr–Jun). Kepentingan manhaj dan metodologi dalam pembelajaran. Al- Risalah 7, hal. 8 -10.

Kertas kerja Nadwah “Ke arah Pembentukan Baru dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Syariah” (2004). Berdasarkan kitab karya Syeikh Az-Zarnuji, penulis menghuraikan adabadab mengajar dan belajar ilmu-ilmu syariah.

Pendidikan Islam

50. (2004). Cinta pada negara dalam perspektif Islam. Inabah, Bil.19 no. 2, hal. 14-17.

Cinta negara adalah dari rakyatnya sendiri dengan membuat perubahan diri. Selagi tidak memerintah kepada yang mungkar, semangat juang dan setia negara perlu diterapkan dalam diri individu.

Etika & Akhlak

51. (2004). Tazkirah untuk orang mengaji: karya Sonhadji. Penyunting, Zulkifli Haji Mohd. Yusof, Noor Naemah Abdul Rahman dan Mohd. Asmadi Yakob. Shah Alam: Mahli Training bekerjasama dengan Intel Multimedia and Publication. 417 hal.

Himpunan khutbah-khutbah Jumaat yang diubahsuai menjadi bahan bacaan biasa. Idea yang disampaikan terikat kepada aliran pemikiran ahli tafsir yang disulami dengan hadis-hadis.

Al-Quran – Tafsir

Hadis – Syarah

52. (2009). Bimbingan solat yang sempurna. Suntingan dan penambahan Ustaz Safwan Fathy. Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2009. 315 hal.

Buku asal “Mari Sembahyang” yang pertama diterbitkan pada tahun 1957. Edisi kemaskini dengan tambahan lampiran nota kaki dan ilustrasi menjadi sebuah buku ilmiah.

Fiqh Ibadat – Solat

other authors