Daud Bin Ali (1919-1989) | Pergas Blog

authors

Daud Bin Ali (1919-1989)

Latar belakang pendidikan:

Lulusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah

Pekerjaan:

Guru, Madrasah Alsagoff
“Mufti Radio” untuk rancangan kemusykilan agama di Radio

Penulisan

1. (1958). Kitab ringkasan tarikh. Bahagian pertama: bagi murid2 sekolah agama seluruh Singapura. Singapura: Geliga Limited, 1958. 12 hal.

Pengetahuan Islam – Buku Teks

2. (1960). Panduan ibadat untuk tingkatan permulaan. Singapura: Al-Ahmadiah Press, 44 hal. Diterbitkan semula: (1976). Singapura: Solo Enterprises, 48 hal.

Risalah panduan ibadat Mazhab Imam Shafie disusun untuk anak-anak.

Fiqh Ibadat

3. (1966). Kemusykilan agama di radio. Buku keenam. Teks dalam aksara Jawi. Singapore: Al-Ahmadiah Press.

Kemusykilan Agama

4. (1973). Pengertian qurban dan hikmatnya. Fajar Islam Bil. 11, hal. 11 – 12.

Hukum menyembelih korban mengikut Mazhab Shafi’e, sejarah, hikmah dan faedahnya dibincang termasuk aspek keikhlasan menegakkan hukum.

Fiqh Ibadat – Korban

5. (1976). Panduan ibadat untok tingkatan permulaan. Singapura: Solo Enterprise, 48 hal.

Panduan ibadat mazhab Shafii untuk anak-anak dan pelajar-pelajar baru. Menyentuh RukunIslam, hukum-hukum agama Islam dan bab fiqh khususnya tentang bab air, wuduk dan solat.

Fiqh Ibadat – Solat

Akidah

6. (1978). Kemusykilan agama: (soal-jawab ugama Radio Singapura). Jilid 1. Singapura: Solo Enterprise.

Kompilasi jawapan bagi soalan-soalan agama yang dikemukakan oleh para pendengar Radio.

Kemusykilan Agama

7. (1979). Kemusykilan agama: (soal-jawab ugama Radio Singapura). Jilid 2. Singapura: Solo Enterprise.

Soalan-soalan dari pendengar-pendengar rancangan di udara dan jawapan-jawapan yang telah dibukukan.

Kemusykilan Agama

other authors