Haslina Binte Sabar | Pergas Blog

authors

Haslina Binte Sabar

Latar belakang pendidikan:

Sarjana Muda (Usuluddin), Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Pekerjaan:

Pendakwah Bebas

Penulisan

1. (2008, Okt) Tokoh muda: Bersama Ustaz Hamzah Mohd. Nordin. Al-Risalah, hal. 14 -15.

Selain menyediakan khidmat penterjemahan bahasa Melayu, Arab, Inggeris dan Perancis, Ustaz Hamzah juga membuka kelas tuisyen bahasa Arab.

Asatizah & Ulama – Biografi

2. (2008, Okt). Kenali tokoh agama Singapura. Al-Risalah, hal. 26-27.

Antaranya tokoh agama yang paparkan ialah Kiai Haji Zohri Mutamim, Presiden Pergas yang pertama (1957) dan Haji Mofradi, Presiden, Pergas (1967).

Asatizah & Ulama – Biografi

3. (2009, Jan–Mac). Kenali tokoh agama Singapura, Ustaz Khairuddin Abdul Hamid. Al-Risalah, hal. 18. Sumbangannya yang besar pada dunia pembelajaran bahasa Arab ialah melalui buku-buku teks tulisannya, Ustaz Khairuddin pernah mengajar di beberapa madrasah tempatan termasuk dan Madrasah Aljunied Al-Islamiah.

Asatizah & Ulama – Biografi

4. (2009, Jan–Mac). Tokoh muda: Bersama Ustaz Mohammad Bahrul Ulum. Al- Risalah, hal. 22-23.

Ustaz Ulum pernah menjawat sebagai jurulatih silat nasional dan wasit juri antarabangsa, beliau kini berkhidmat sebagai pegawai eksekutif Masjid Alkaff Kampong Melayu.

Asatizah & Ulama – Biografi

5. (2009, Apr-Jun). Ustaz Ahmad Sonhadji Muhammad Milato. Al-Risalah 3, hal. 23.

Penerima anugerah Pingat Bakti Masyarakat (1988) dan Anugerah Jasa Cemerlang dari MUIS (1982). Selain mengajar, beliau seorang penulis buku agama dan tafsir al-Quran prolifik.

Asatizah & Ulama – Biografi

6. (2009, Jul – Sep). Tokoh muda: Bersama Akh Imaduddin bin Zainal Abidin. Al- Risalah 4, hal. 26. Pengarang 4 buah novel dengan nama pena Z. A. Imad. Lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan anak-anak yatim.

Asatizah & Ulama – Biografi

7. (2010, Jan – Mac). Tokoh muda bersama Muhammad Shahib bin Mohamed Amin. Al-Risalah 3, hal. 31-32. Melalui syarikatnya, pereka grafik professional dan pengarah sebuah syarikat ini mengeluarkan produk multimedia untuk pengajaran asatizah.

Asatizah & Ulama – Biografi

8. (2011, Jan – Apr). Tokoh muda : Bersama Ustaz Mohamed Qusairy bin Thaha. Al-Risalah 7, hal. 16-18.

Ustaz yang berkelulusan Sarjana Muda (Al-Quran Wa Wiraat) dari Maahad Qiraat, Shoubra Al-Azhar ini berkongsi pengalamannya menuntut di Mesir.

Asatizah & Ulama – Biografi

9. (2011, Okt – Dis). Tokoh muda: Bersama Ustaz Irwan Hadi bin Shuhaimy. Al- Risalah 8, hal. 29-31.

Melalui pendidikan sekular, Ustaz Irwan Hadi berjaya menjadi antara pelajar terbaik di Madrasah Aljunied dan Universiti Al-Azhar. Kini bertugas di Pejabat Mufti, Muis.

Asatizah & Ulama – Biografi

10. (2011). Obor ummah: jejak tokoh agama Islam di Singapura. Editor, Firdaus Yahya, Wan Hussein Hj Zoohri, Mohd. Raman Daud; penyelaras projek, Mohd Jakfar Hj. Embek; penyelaras dan penyusun, Haslina Sabar. Singapura: Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam (Pergas) & Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM). 154 hal.

Biografi 20 tokoh agama Islam di Singapura dari abad ke 15 hingga kini. Antaranya termasuk Habib Nuh, Kiai Fadhlullah Suhaimi, Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad, Prof. Ahmad Ibrahim, Ustaz Abu Bakar Hashim dan Ustaz Syed Abdillah Aljufri.

Asatizah & Ulama – Biografi

11. (2012, Jan – Apr). Tokoh muda: Bersama Ustazah Siti Nur Alaniah Abdul Wahid. Al-Risalah 9, hal. 24-26. Pengasas Caliph Centre of Excellence ini merupakan antara asatizah yang mahir dalam bidang teknologi informasi. Seorang usahawanita yang berjaya kerana pengalamannya yang luas.

Asatizah & Ulama – Biografi

12. (2012, Okt – Dis). Sultan Muhammad Al-Fatih (1432-1481M): Penakluk Konstantinopal yang bersyukur. Al-Risalah 10, hal. 27-28.

Sifat terpuji dan amalan-amalan Sultan Muhammad Al Fatih sebagai pemimpin berkualiti harus diteladani.

Kepimpinan & Tanggungjawab

Sejarah Islam

13. (2012, Sep – Dis). Keberkatan ilmu. Al-Risalah 11, hal. 17-18.

Ulama menjadi alim kerana ilmu berserta adab dan amalan. Kisah imam-imam terdahulu yang tawaduk dan menghormati guru-guru lantas mendapat keberkatan ilmu.

Etika & Akhlak

 

other authors