Mohammad Bahrul Ulum Bin Buang | Pergas Blog

authors

Mohammad Bahrul Ulum Bin Buang

Latar belakang pendidikan:

Lulusan Ma’ahad Dini Kuwait

Pekerjaan:

Pengurus Dakwah & Pendampingan Masyarakat, Masjid An-Nur

Penulisan

1. (2007, Januari). Silat mendidik pesilat… Jaridah, hal. 39.

Penulis membetulkan persepsi yang mengatakan silat itu merupakan amalan syirik serta khurafat. Silat bukan hanya sebagai salah satu cabang sukan tetapi satu wasilah dakwah yang berkesan yang juga dapat mendidik dan membentuk masyarakat cemerlang.

Islam & Seni

2. (2010). Raikanlah bersama keindahan Ramadhan. Menara Sinar, Edisi 02, hal 2-3.

Kita seharusnya membuat persediaan menjelang Ramadhan supaya dapat merasakan kenikmatan sebenar bulan suci ini. Persediaan rapi dan terancang sangat penting untuk menjayakan Ramadhan.

Fiqh Ibadah- Puasa

3. (2010). A.K.U (Apa kata ustaz). Menara Sinar, Edisi 02, hal 4-5.

Sebelum berpuasa, penting bagi kita untuk mengetahui syarat-syarat mencapai matlamatnya. Penulis menyentuh himpunan soal-jawab mengenai pelbagai masalah puasa yang biasa ditanya dan menjadi kemusykilan awam.

Fiqh Ibadah- Puasa

4. (2012, Okt – Dis). Nikmat berorganisasi, sebuah kurniaan Allah. Al-Risalah 10, hal. 5 –6.

Pekerja-pekerja di dalam organisasi Islam harus menggunakan nikmat yang diperolehi dengan sebaik-baiknya agar objektif dan prinsip organisasi terpelihara dan dilaksanakan dengan baik.

Etika & Akhlak

5. (2015). Masyarakat Bawean : Islam, sihir dan …?. Dalam Masyarakat Bawean Singapura La-A-Obĕ. Singapura: Persatuan Bawean Singapura, hal. 97-102.

Penulis membentangkan pendapatnya tentang kaitan amalan sihir dengan masyarakat Bawean dengan menyenaraikan ciri-ciri tukang sihir serta amalan-amalan yang boleh membersihkan akidah.

Akidah

other authors