Mohammad Murat Bin Md. Aris | Pergas Blog

authors

Mohammad Murat Bin Md. Aris

Latar belakang pendidikan:

Sarjana Muda Usuluddin (Aqidah & Falsafah), Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir
Diploma Pos-Siswazah (Syariah), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Sarjana (Usuluddin dan Perbandingan Agama), Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), Malaysia

Pekerjaan:

Pengarah, Jabatan Pembangunan Ugama, Muis

Penulisan

1. (1987). Masalah para pelajar Singapura di Mesir. Dalam Mahrajan ke 60 : 1927- 1987, hal. 83.

Seramai 39 pelajar-pelajar universiti-universiti di Kahirah terutama yang tidak mendapat biasiswa menghadapi masalah termasuk sewa tempat tinggal.

Pendidikan Islam

2. (1995). Nilai-nilai Islam dalam hidup berkeluarga. Singapura : Majlis Ugama Islam Singapura, 62 hal.

Tujuan perkahwinan, dasar pemilihan pasangan, tanggungjawab suami isteri dan cara berkomunikasi dalam keluarga dikupas selain saranan untuk menangani krisis rumah tangga dan pendidikan anak dari perspektif Islam.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan

3. (1999, Apr 16). Menghayati semangat hijrah. Berita Harian, hal. 4.

Etika & Akhlak

4. (1999, Apr 23). Judi bertentangan dengan nilai moral dan agama. Berita Harian, hal. 4.

Berjudi merupakan perbuatan yang melanggar etika murni Islam dan moral masyarakat. Ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati, ketagihan, permusuhan dan kemudaratan.

Etika & Akhlak

5. (2002). Al-Faruqi’s approach to comparative religion : a critical study of his book Christian ethics. M.A. Unpublished thesis. Gombak: International Islamic University Malaysia (IIUM), 95 p.

Agama Samawi / Perbandingan Agama

6. (2002, Sep/Okt). Menjana umat progresif. Warita Kita 141, hal. 14-16.

Pemimpin Islam bertanggung jawab memimpin masyarakat dalam penghayatan agama agaria menjadi identiti dan cara hidup kita. Namun mereka tidak boleh bertolak ansur terhadap prinsip-prinsip syarak.

Etika & Akhlak

7. (2004, Okt – Dis). Sifat zuhud dalam Islam : satu pandangan. Al-Risalah 7, hal. 3-4.

Salah faham terhadap nilai dan ajaran Islam menyebabkan kemunduran umat Islam. Matlamat Islam menggalakkan penganutnya menguasai dan memakmurkan dunia yang menjadi jambatan akhirat.

Etika & Akhlak

8. (2004, Okt 24). Amalan Nuzriah. Berita Minggu, hal. 12- 13.

Ahwal Syahsiah – Faraid, Nuzriah, Wakaf & Wasiat

9. (2004). Islam dan agama-agama lain. Kertas kerja Seminar Integrasi & Hubungan antara Agama, 25 Sep 2004. Anjuran Persatuan Ulama & Guru-Guru Agama Islam Singapura. Kertas Seminar yang tidak diterbitkan. 21 hal.

Umat Islam perlu bijak dan cermat untuk memberi gambaran dan mengenengahkan bahawa Islam bukan hanya agama masa lampau, tetapi juga agama untuk hari ini dan hari muka.

Agama Samawi / Perbandingan Agama

10. (2005, Apr-Jun). Tsunami: pengajaran bagi yang mahu mengambil iktibar. Al-Risalah 13, hal. 6-7.

Melalui bencana Tsunami, Allah memberi peringatan kepada manusia agar sentiasa bertaubat daripada kedurhakaan dan dosa.

Akidah

11. (2007, Nov 21). Sokongan perlu untuk jayakan madrasah. Berita Harian, hal. 4.

Pendidikan Islam – Madrasah

12. (2012, Sep-Okt). Menjana umat progresif. Warita 141, hal. 14-15.

Para pemimpin agama termasuk imam dan khatib berperanan dan bertanggungjawab memimpin masyarakat Islam ke arah hala tuju yang jelas dalam penghayatan agama.

Asatizah – Cabaran & Peluang

13. (2013, Feb 19). Kembara ilmu yang berharga. Berita Harian, hal. 10.

Asatizah – Profesion

other authors