authors
Osman Bin Jantan (1937-2011)
Latar belakang pendidikan:
Lulusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah
Sijil Pendidikan, Teachers’ Training College, Singapura
Sarjana Muda, Universitas Nasional (UNAS), Jakarta, Indonesia
Pekerjaan:
Pendakwah, Guru & Penulis Bebas
1. (1968). Chontoh2 jawapan kertas pengetahuan ugama Islam: SC-MCE. Singapura: Pustaka Nasional. 124 hal. Pengetahuan Islam – Buku Teks 2. (1969). Pengetahuan ugama Islam: Bahagian ayat Qur’an dan Hadith untok
Sijil Pelajaran Malaysia. Singapura: Pustaka Nasional. 48 hal. Pengetahuan Islam – Buku Teks 3. (1970, Sep). Antara ugama dan dunia. Fajar Islam 1, hal. 11-13. Huraian hadis mengenai maksud; “Bahawa kamu adalah lebih mengetahui lagi dengan
perkara keduniaan kamu”. Islam mengikut daya dan kemampuan umatnya selagi mereka
tidak melanggar perintah agama. Hadis – Syarah 4. (1971). Islam hari ini dan esok: dari buku “Al-Islam al-youm wa-ghadan”. Alih bahasa Osman Jantan dan Abdillah Al Jufrie. Singapura: Penerbitan Pustaka Nasional, 252 hal. 7 rencana pilihan mengenai shariat Islam, kepercayaan terhadap Allah, peraturan keluarga, ilmu pengetahuan, pendidikan akhlak, kedudukan wanita dalam Islam dan lain-lain lagi, tulisan penulis-penulis Islam terkemuka abad ke 20.
Syariat Islam Pengetahuan Islam Etika & Akhlak Akidah 5. (1973). Melanchong ke rumah suchi. Fajar Islam 11, hal. 7-9. Huraian tentang ibadah haji dan umrah berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan hadis. Keistimewaan Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Al-Aqsa dan Masjid Quba’ juga sejarahnya dikongsi. Fiqh Ibadat – Haji & Umrah 6. (1973). Nabi galakkan buat pekerjaan. Fajar Islam 12, hal 6- 8. Huraian maksud hadis; “Tidak ada makanan yang lebih baik dinikmati oleh seseorang itu,
kalau bukan hasil perkerjaannya sendiri”. Dengan mencontohi sifat kerja keras lebah, umat
Islam digalakkan bekerja dengan ikhlas, tekun dan jujur. Hadis – Syarah Etika & Akhlak 7. (1974). Waspadalah dari bahaya perpecahan. Fajar Islam 14, hal. 7-8. Mengenai perpaduan dan kesatuan umat, Rasulullah S.A.W. pernah berwasiat agar umat
Islam sentiasa bertakwa kepada Allah dan patuh kepada pemerintah. Hadis – Syarah Etika & Akhlak 8. (1974). Sosialisma Islam. Fajar Islam 14, hal. 23-28. Huraian tentang ciri-ciri sosialisme yang menepati prinsip-prinsip Islam dan mengamalkan
perikemanusiaan, keadilan, kerjasama, perdamaian dan kemakmuran. Sosialisme wujud jika
ia berdasarkan perintah Allah S.W.T. Aliran Pemikiran / Ideologi 9. (1974). Pedoman ringkas berumah tangga. Singapura: Majlis Ugama Islam Singapura. 30 hal. Pendidikan Keluarga 10. (1974). Jasawan pendidik yang gigih Syed Abu Bakar bin Taha Alsagoff. Fajar
Islam, Jilid 1, Bil. 1, hal. 51-54. Sumbangan ulama yang juga mudir pertama Madrasah Aljunied Al-Islamiah (1927-1952)
dan pengasas serta Madrasah Al-Khairiyah. Asatizah & Ulama – Biografi 11. (1976). Satu pengenalan Majlis Ugama Islam. Fajar Islam, Jilid 1 Bil. 3, hal. 5-9. Sejarah pembentukan MUIS, keanggotaan, had kuasa dan peranannya. 8 buah Jawatankuasa kerja untuk merangka dan mengatur pergerakan organisasi ini dibentuk. Organisasi Islam 12. (1976). Tiada kerumitan dalam ugama Islam. Fajar Islam, Jilid 1 Bil. 3, hal. 23- 27. Huraian tentang hadis mengenai pertanyaan An Nu’man bin Naufal mengenai kewajipannya
mengamalkan rukun Islam. Mengandungi maksud Islam itu luas, mudah, praktikal dan ringan seperti yang termaktub dalam surah al-Baqarah (ayat 185). Hadis – Syarah 13. (1976). Nabi Muhammad pemimpin sejagat. Singapura: Jawatankuasa Penerangan & Perhubungan, MUIS, 13 hal. Sejarah Nabi Muhammad S.A.W. & Ahli Bait 14. (1976). Setitik air dari samudera al-Quran. Singapura: Jawatankuasa Penerangan & Perhubungan, MUIS, 13 hal. Al-Quran – Tafsir 15. (1977). Pemulihan fungsi masjid masa kini. Dalam Cenderamata sempena
perasmian pembukaan Masjid Mujahidin, 9 Okt 1977. Singapura: Masjid Mujahidin, hal. 38-39. Saranan masjid dijadikan gedung untuk meluaskan pengetahuan umat Islam. Selain menjadi pusat ibadat, ia boleh berfungsi sebagai pusat kegiatan sosial. Masjid – Sejarah & Peranan 16. (1977). Pedoman ibadat haji. Teks dalam Jawi. Singapura: MUIS, 85 hal. Berdasarkan pengalaman sebagai guru kapal haji Malaysia dan pemimpin kursus haji MUIS
dan pegawai kebajikan haji, penulis berkongsi pengalaman termasuk, perkara karut marut
dan cara solat qasar dan jamak. Fiqh Ibadat – Haji & Umrah 17. (1977). Muhammad s.a.w.: juruselamat kemanusiaan. Singapura: Jawatankuasa Penerangan & Perhubungan, MUIS. Sejarah Nabi Muhammad S.A.W. & Ahli Bait 18. (1978). Panduan Puasa. Singapura: Jabatan Penerangan & Perhubungan, MUIS. 32 hal. Penjelasan tentang hukum, rukun, hikmat dan adab-adab puasa. Cara menunaikan solat
tarawih dan witir juga diterangkan. Fiqh Ibadat – Puasa 19. (1980, Mac – Apr). Pendidikan ugama anak-anak dalam lingkungan rumahtangga.
Suara Islam, Vol. 8 no. 2, hal. 29-30. Luqmanil-Hakim memberi contoh dan teladan kepada kaum bapa dalam mendidik anak-anaknya seperti yang diabadikan dalam surah al-Luqman, ayat 12-19. Pendidikan Keluarga – Keibubapaan 20. (1980, Mei – Jun). Semaikan benih didikan tauhid kepada anak-anak. Suara
Islam/Voice of Islam, Vol. 8 no. 3, hal. 10 – 11. Pendidikan tauhid merupakan dasar pendidikan utama dan pertama disemai oleh Luqman Hakim. Justeru, suasana rumah tangga yang sesuai dapat menguatkan akidah ahli keluarga. Pendidikan Keluarga – Keibubapaan Akidah 21. (1980, Mei – Jun). Keistimewaan bulan Ramadhan dibicarakan dalam khutbah
nabi. Suara Islam/Voice of Islam, Vol. 8 no. 3, hal. 14. Huraian hadis riwayat Salman Al-Farisi tentang kelebihan Ramadan. Umat Islam yang tidak
menghormati dan mencemari Ramadan ditegur. Takwim Islam Khutbah 22. (1980, Jul – Ogos). Didiklah anak-anak dengan semulia-mulianya. Suara Islam/
Voice of Islam, Vol. 8 no. 4, hal. 14. Pendedahan tentang dasar-dasar pendidikan akhlak kepada anak-anak yang diamalkan oleh Luqman Hakim. Cara-cara anak-anak bergaul dengan orang tua dengan menghormati mereka juga dihuraikan. Pendidikan Keluarga – Keibubapaan 23. (1980, Sep – Okt). Didikan sosial dan amal kebajikan. Suara Islam/Voice of Islam, Vol. 8 no. 5, hal. 22. Membincangkan dasar pendidikan sosial dan amal kebajikan. Sifat-sifat setiakawan, bantu
membantu dalam kisah sejarah para sahabat harus dicontohi. Etika & Akhlak 24. (1980, Nov – Dis). Memperingati Maulid Nabi dengan menghayati ajarannya.
Suara Islam/Voice of Islam, Vol. 8 no. 6, hal. 10-12. Sambutan Maulid Nabi harus dihayati dengan memahami nilai kerohanian, susila, politik,
ekonomi dan pendidikan Nabi Muhammad SAW bukan hanya satu keramaian sosial.
Sejarah Nabi Muhammad S.A.W. & Ahli Bait 25. (1980, Nov – Dis). Didikan sembahyang untuk anak-anak. Suara Islam/Voice of
Islam, Vol. 8 no. 6, hal. 17-18, 24. Pendidikan ibadat sembahyang seperti yang diajarkan oleh Luqman Hakim dalam Surah al-
Luqman kepada anaknya se awal 7 tahun. Pendidikan Keluarga – Keibubapaan 26. (1980). Siri syarahan pertama; Kebudayaan Islam. The Sojourner – Journal of
Pertapis, no. 4 issue 3. Sejarah kebudayaan Islam dikupas khususnya semasa zaman kerajaan Bani Umaiyah dan
Abbasiah di Sepanyol. Tamadun 27. (1981, Sep – Okt). Hikmat ibadat haji. Suara Islam/Voice of Islam, Vol. 9 no. 3, hal. 20. Ibadat haji memberikan pengalaman perhubungan dengan kaum Muslimin pelbagai negara
yang berbeza budaya. Fiqh Ibadat – Haji & Umrah 28. (1981, Nov-Dis). Kecaman kepada penyeleweng ugama oleh Dato’ Seri Dr
Mahathir. Suara Islam/Voice of Islam, Vol. 9 no. 4, hal. 26. Berdasarkan ucapan Dato’ Seri Dr. Mahathir ketika merasmikan Muktamar Islam
Antarabangsa Sempena Kurun Hijrah, tentang aliran pemikiran yang terpesong seperti
Komunisma dan Materialisma. Etika & Akhlak Aliran Pemikiran / Ideologi 29. (1981). Pedoman ibadat haji. Ditulis bersama Embik bin Ali. Teks dalam Jawi. Singapura: MUIS, 99 hal. Panduan untuk jemaah Haji agar dapat menghayati ibadah dalam rukun Islam kelima ini. Fiqh Ibadat – Haji & Umrah 30. (1981). Pedoman ilmu tauhid. Singapura: Pustaka Budaya, 140 hal. Akidah 31. (1982, Mac – Apr). Liputan dan kesan lawatan sambil berdakwah. Suara Islam/
Voice of Islam, Vol.10 No. 2, hal. 31. Dalam rangka meluaskan kegiatan dakwahnya pada tahun 1402 / 1982, Jamiyah mengambil inisiatif mengumpulkan dan membawa pensyarah dari luar negeri untuk berdakwah ke negara-negara nusantara. Dakwah 32. (1982, Nov-Dis). Kebijaksanaan Abu Hanifah yang tidak pernah diakuinya. Suara Islam/Voice of Islam, Vol. 10 no. 1, hal. 29. Mengenai Imam Abu Hanifah yang sentiasa menggalakkan orang ramai memberikan pendapat. Sifat tawadduk in menyebabkan beliau tidak termakan puji dan sentiasa berlapang dada. Asatizah & Ulama – Biografi 33. (1982). Pedoman haji, umrah dan ziarah. Singapura: Pustaka Nasional, 147 hal.
Diterbit semula:
(1983). Singapura: Pustaka Nasional, cetakan ke 2. 147 hal.
(1990). Singapura: Pustaka Nasional, cetakan ke 3. 204 hal. Panduan untuk para jemaah haji dan umrah dari persiapan mental, fisikal dan kewangan
termasuk tata tertibnya dijelaskan. Disisipkan dengan ilustrasi. Fiqh Ibadat – Haji & Umrah 34. (1982). Tujoh perkara yang membinasakan. Suara Islam/Voice of Islam, Vol I. no. 4, hal.30-31. Ia termasuk syirik kepada Allah, perbuatan sihir, membunuh, makan riba, makan harta anak
yatim, cabut lari pada hari peperangan dan menuduh zina wanita suci. Akidah Etika & Akhlak 35. (1983). Edisi kedua. Singapura: Pustaka Nasional, 161 hal. Huraian tentang rukun Iman dari beriman kepada Allah. Akidah 36. (1983). Membunuh. Suara Islam/Voice of Islam, Vol II no. 6, hal. 26-27. Allah mengharamkan membunuh jiwa kerana ia harus dilindungi dan dihormati oleh setiap
agama. Pembunuhan merupakan kejahatan paling buruk yang mengakibatkan permusuhan. Etika & Akhlak 37. (1983). Sihir cetuskan kerosakan mesti dijauhi. Suara Islam/Voice of Islam, Vol II. no. 5, hal. 28-29. Rasulullah S.A.W. menganggap sihir sebagai antara dosa terbesar yang menghancurkan
peribadi individu atau bangsa selain menjatuhkan martabat pelakunya di dunia dan akhirat. Etika & Akhlak 38. (1983). Ada maaf bagi mu. Fajar Islam, Bil. 3, hal. 38 – 40. Hadis riwayat Imam Baihaqi dan Ibnu Majah ini menerangkan tentang 3 keadaan yang menjamin bahawa Allah akan mengampunkan dosa dalam keadaan tersalah, terlupa atau
terpaksa. Hadis – Syarah 39. (1984). Ada maaf bagi mu. Bahagian Kedua (tamat). Fajar Islam, Bil. 4, hal. 24 – 25.
Allah bukan sahaja memaafkan orang yang bersalah, terlupa dan yang terpaksa, malah Allah mencabut kebenaran dan perhitungan-Nya dari orang yang tidur, sakit, gila dan kanak-kanak juga keinginan untuk berbuat dosa selagi ia belum dilakukan. Hadis – Syarah 40. (1984). Amanah dalam Islam. Fajar Islam, Bil. 4, hal. 34-35, 39. Ayat al-Quran dalam Surah An Nisa (ayat 58) dan hadis memerintahkan supaya umat Islam
bersifat amanah dan dilarang bersifat khianat. Penyelewengan amanah akan mencacatkan
hubungan silaturrahmi antara umat Islam. Etika & Akhlak 41. (1984). Penyakit baru belum sembuh, penyakit baru dah tiba. Warita 24, hal. 4-5. Etika & Akhlak 42. (1984). Nilai-nilai ibadat Haji. Warita 26, hal. 3-6. Fiqh Ibadat – Haji & Umrah 43. (1984). Pedoman ilmu fiqh: mengkhususkan pada rubu’ ibadat dan makanan. Singapura: Pustaka Nasional. Fiqh Ibadat Fiqh Halal & Haram 44. (1985). Akhlak dan etiket kemasyarakatan dalam Islam. Fajar Islam, Bil. 6. hal. 37-38. Huraian hadis (dari Abu Musa r.a.) mengenai kepentingan akhlak. Islam sering menganjurkan umatnya Islam agar mengamalkan dan berpegang teguh kepada norma norma akhlak supaya kehidupan masyarakat akan lebih aman. Etika & Akhlak Hadis Syarah 45. (1985). Wahai pemuda-pemudi, contohilah leluhur kamu. Fajar Islam, Bil. 7, hal. 20-22. Pemuda-pemudi berkewajipan mencontohi bidang ilmu seperti leluhur mereka. Agama Islam
menjadikan alam sebagai satu bidang kajian kerana banyak ayat al-Quran yang menggalakkan dan merangsang minda mereka ke arah kemajuan. Pendidikan Keluarga – Keibubapaan 46. (1985). Nilai akhlak untuk pembangunan bangsa dan negara. Warita 30, hal. 9-11, 38. Etika & Akhlak 47. (1985). Pedoman orang saleh. Imam Ghazali, suntingan Osman Jantan. Singapura: Pustaka Nasional, 144 hal. Etika & Akhlak 48. (1985). Akidah ahlus-sunnah wal-jamaah. Fajar Islam, Bil. 5, hal. 11-13. Menghuraikan siapa dan kumpulan Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah. Kebanyakan pengikut
golongan ini beriman dan beramal dengan Rukun Iman dan Rukun Islam. Akidah 49. (1986). Doktrin dakwah Islamiah. Warita 32, hal. 1 & 4. Dakwah 50. (1986). Mengapa kita cintakan Rasulullah? Warita 33, hal. 20-21. Etika & Akhlak 51. (1987). Kisah khalifah-khalifah Rasyidin. Singapore: Times Books International. 168 hal. Sejarah Khulafa’ Rasyidin, Sahabat & Tabiin 52. (1987). Muqaddam modern: kaedah Uthmaniyah. Teks dalam Jawi. Singapura: Pustaka Nasional. Al-Quran – Tajwid 53. (1990). Hari-hari penting dalam Islam. Singapore: Times Books International. 166 hal. Takwim Islam 54. (1990). Benih Islam. Singapura: Pustaka Nasional. 6 jilid. Susunan bersama Syed Ahmad Semait. Teks dalam Jawi. Diterbitkan untuk pelajar-pelajar madrasah separuh masa di masjid-masjid. Merangkumi
asas pengetahuan Islam. Pengetahuan Islam –Teks 55. (1991, Jun 21). Indah bentuk budi bicara. Berita Harian, hal. 4. Nabi Muhammad S.A.W. sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah serta memohon keampunan- Nya. Penampilannya yang bersih lagi rapi merupakan antara sunnahnya. Etika & Akhlak 56. (1991, Dec 27). Kagum dengan daya hafalan Imam Syafei. Berita Harian, hal. 4. Pengasas Mazhab Syafei, Muhammad bin Idris pernah belajar hadis dari Imam Malik di
Madinah. Beliau dapat mengingati kesemua 25 hadis itu dan diperdengarkan dengan baik. Asatizah & Ulama – Biografi 57. (1991). Masjid Al-Ansar dan cabarannya. Dalam Ulang tahun ke 10 Masjid Al-
Ansar. Singapura: Masjid Al-Ansar, hal. 31-32. Antara peranan masjid ialah mementingkan dakwah, memperbaiki kelakuan umat,
menghidupkan pengajaran Islam dan melengkapkan pengetahuan para imam dan pekerja
masjid, dalam semua aspek dan hubungan dengan para jemaah. Masjid – Sejarah & Peranan 58. (1996). Pedoman umrah dan ziarah. Singapura: Zam Zam Marketing. 117 hal. Mengandungi intipati pelajaran bab Haji dalam Ilmu Fiqh yang benar berdasarkan nas-nas
dari Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Fiqh Ibadat – Haji & Umrah 59. (1998). Pedoman orang takwa oleh Imam Ghazali. Terjemahan Osman Jantan. Singapura: Pustaka Nasional. 160 hal.
Diterbit semula:
(2008). Singapura: Pustaka Nasional. Cetakan Keempat. 160 hal. Terjemahan kitab “Bidayatul Hidayah” (tunas petunjuk) ini menghimpunkan ilmu takwa. Terbahagi kepada tatatertib amalan seharian dan huraian maksiat anggota agar dijauhi kemungkaran. Etika & Akhlak 60. (2000). Pedoman orang mukmin oleh Imam Ghazali. Terjemahan Osman
Jantan. Singapura: Pustaka Nasional. 509 hal. Etika & Akhlak 61. (2001). Nabi Muhammad S.A.W. oleh Abdul Razak Naufal. Terjemahan
Osman Jantan, Syed Abdillah Aljufri dan Abdul Aziz al Murshidi. Singapura: Pustaka Nasional, 225 hal. Sejarah Nabi Muhammad S.A.W. & Ahli Bait 62. (2001). Pedoman muamalat dan munakahat. Singapura: Pustaka Nasional. 252 hal. Perbincangan isu muamalat (pertukaran faedah harta benda) dan munakahat (perkahwinan
dan perceraian). Mengandungi nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang mendasari istimbath
hukum dan hikmat-hikmat syariah. Fiqh Muamalat Fiqh Munakahat Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian 63. (2003). Pedoman mudah haji, umrah dan ziarah. Singapura: Pustaka Nasional. 307 hal.
Diterbit semula:
(2009). Singapura: Pustaka Nasional. 402 hal. Kupasan tentang ibadat haji dan umrah yang dilengkapi dengan pendapat-pendapat dari
keempat-empat mazhab; Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali. Memuatkan 27 soalan dan
jawapannya mengenai ibadat-ibadat ini. Fiqh Ibadat – Haji & Umrah 64. (2005). Pedoman Tafsir: [Juz Amma]. Singapura: Pustaka Nasional. 485 hal. Berdasarkan kuliah Subuh, Dhuha dan Maghrib bimbingannya. Dilengkapi dengan
pengetahuan tentang surah Makkah dan Madinah. Al-Quran – Tafsir 65. (2009). Pedoman ilmu tauhid (lengkap). Singapura: Pustaka Nasional. 525 hal. Perbahasan mengenai keenam-enam Rukun Iman dan huraiannya secara terperinci. AkidahPenulisan