Rouyah Binte Marwan | Pergas Blog

authors

Rouyah Binte Marwan

Latar belakang pendidikan:

Lulusan Nilam Puri Kelantan
Sarjana Muda, Universiti Al-Azhar, Kaherah. Mesir

Pekerjaan:

Pendidik, Majiidah Training Centre

Penulisan

1. (1977). Penyakit sosial hari ini. Fajar, Jilid 1 Bil. 3, hal. 70-74.

Penyakit sosial berlaku apabila manusia hilang identiti hidup, tidak menggunakan fikiran yang waras dan tunduk pada nafsu. Untuk mengubatinya, amalkan ajaran dalam al-Quran dan As-Sunnah.

Masyarakat Melayu/Islam Singapura

2. (1977). Kedudukan wanita dalam Islam. Fajar, Jilid 1 Bil. 3, hal. 75-78.

Islam memuliakan kaum wanita berlandaskan al-Quran dari Surah An-Nahl (ayat 97), Surah Ali Imran (ayat 195), Surah Ar-Rum (ayat 21), Surah Luqman (ayat 14), Surah al-Isra’ (ayat 23) dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W.

Wanita – Hak & Tanggungjawab

3. (1980, Mac – Apr). Islam dan muda-mudi hari ini. Suara Islam/Voice of Islam Vol. 8 no. 2, hal. 31-32.

Ibu bapa, guru-guru agama, badan-badan Islam dan pihak pemerintah disarankan agar mengimbangi pendidikan rohani dan jasmani kepada anak-anak dan para belia.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan

4. (1980, Mei – Jun). Kewajipan ibadah puasa bagi kaum muslimah. Suara Islam/Voice of Islam, Vol. 8 no. 3, hal. 15.

Selain mengerjakan ibadah puasa Ramadan, kaum muslimah digalakkan berpuasa sunat. Seorang isteri harus meminta izin dari suaminya untuk berpuasa sunat seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis.

Wanita – Hak & Tanggungjawab

5. (1980, Jul – Ogos). Dakwah Islamiah. Suara Islam/Voice of Islam, Vol. 8 no. 4, hal. 10.

Pengukuhan akidah akan melahirkan akhlak yang baik dan terhindar dari amalan yang syubahat dan haram.

Dakwah

6. (1980, Nov – Dis). Persiapan dakwah dan pelaksanaannya. Suara Islam/Voice of Islam, Vol. 8 no. 6, hal. 20.

Cara berdakwah berpandukan psikologi dan hikmah seperti amalan Nabi Muhammad S.A.W. merupakan faktor kejayaan dakwah.

Dakwah

7. (1981, Mei – Jun). Dakwah melalui tulisan. Suara Islam/Voice of Islam, Vol. 9 no. 2, hal. 16.

Menjelaskan ciri-ciri seorang pendakwah yang baik. Dakwah melalui tulisan amat berkesan kerana ia boleh dibaca dan dirujuk.

Dakwah

other authors