1. (1981, Mei/Ogos). Islam sebagai satu cara hidup. Suara Muhammadiyah, isu 1, hal. 14, 16.
Kupasan tentang Islam sebagai agama fitrah dan pengertian fitrah. Hukum Islam yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah dihuraikan secara am yang meliputi ibadah, muamalah, munakahat, jenayat, sosial, masyarakat dan negara juga adab.
Etika & Akhlak, Fiqh Ibadat, Tasawwur
2. (1983, Jun). Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak. Suara Muhammadiyah, bil. 2, hal. 14-15.
Olahan dari teks Khutbah Jumaat ini menjelaskan dalil-dalil al-Quran tentang peranan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak serta pengorbanan mereka.
Pendidikan Keluarga – Keibubapaan
3. (1988, Jul/Sep). Kepentingan syalat dalam membentuk peribadi Muslim. Suara Muhammadiyah, isu 4/88, hal. 11-13.
Rencana ringkas tentang pengertian dan perintah solat. Cara-cara Rasulullah mendirikan solat, hukum orang yang meninggalkan solat juga hikmat solat turut dikongsi.
Fiqh Ibadat – Solat
4. (1988, Jul/Sep). Muhammadiyah dan cabaran. Suara Muhammadiyah, isu 4/88, hal. 17, 42.
Umat Islam digesa untuk berjuang mempertahankan hak asasi kehidupan, bangsa, agama dan negara tanpa dipengaruhi oleh situasi politik sekeliling. Mereka juga harus prihatin tentang keharmonian kaum.
Organisasi Islam
5. (1989, Jul/Sep). Beristiqamah teguh dalam pendirian. Suara Muhammadiyah, isu 8/89, hal. 13-15.
Masalah sosial yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam tempatan, termasuk penyelewengan akidah,golongan-golongan ingkar sunnah dan syiah juga penagihan dadah dibincangkan. Beberapa saranan untuk memperbaiki masalah ini dihuraikan.
Dakwah, Masyarakat Melayu / Islam Singapura
6. (1991, Sep). Musyawarah & takwa punca jaya. Suara Muhammadiyah, hal. 4-5.
Penjelasan tentang tujuan dan matlamat Muhammadiyah untuk menyeru, mendidik dan membentuk masyarakat agar mengikut ajaran Islam dan hadis. Cabaran dan risiko persatuan ini juga dibincangkan.
Organisasi Islam
7. (1996, Jan-Mac). Safari dakwah: pererat di kalangan salafis. Suara Muhammadiyah. 12-15.
Tulisan ini merupakan kesan-kesan penulis ketika melakukan tabligh Islami yang bermula dari Patani (Selatan Thailand) hingga Chiang Rai daerah paling utara berbatasan dengan Laos dan China selama dua minggu.
Aliran Pemikiran / Ideologi, Dakwah, Travelog
8. (1996, Jul – Dis). Amanah untuk jadi ‘ansarullah’. Suara Muhammadiyah, hal. 12-13.
Ceramah yang disampaikan di pertemuan usrah akhbar di Selangor Darul Ihsan ini menyentuh tentang peranan dan tanggungjawab muslim dan mukmin untuk menegakkan tauhid, kebajikan dan keadilan dan membela yang terpinggir.
Etika & Akhlak
9. (1997, Jan – Jun). Islam bukan agama perayaan. Suara Muhammadiyah, hal. 12-13.
Mukmin yang bijak dan beristiqamah tidak akan berpuas hati melakukan ibadah wajib atau sunat, malah akan terus menerus cuba mempertingkatkan diri melalui amalan bertaqarrub dengan Allah S.W.T. untuk mencapai keredaan, rahmah dan maghfirah-Nya.
Etika & Akhlak
10. (1999, Apr-Jun). Qurban, merangsang iman dan juang. Suara Muhammadiyah, hal. 7-9.
Kesanggupan umat manusia berkorban menunjukkan sifat memelihara amanah dan berakhlak mulia mengikuti perintah Allah. Dengan kesedaran ini keluarga Muhammadiyah diharapkan dapat menghidupkan pertubuhan melalui perjuangan dan pengorbanan.
Akidah, Organisasi Islam, Etika & Akhlak
11. (2008, Ogos). “Ibda’ bi Nafsika”. Tajdid: Suara Muhammadiyah, hal. 3.
Ringkasan sejarah Persatuan Muhammadiyah yang bermula dari pergerakan memperjuangkan agama Allah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Organisasi Islam
12. (2008, Ogos). Puasa sebagai suatu terapi aids kepada kesihatan manusia. Tajdid: Suara Muhammadiyah, hal. 3.
Penjelasan tentang puasa orang bukan Islam, manfaat puasa dari segi kesihatan dan hikmahnya.
Fiqh Ibadat – Puasa
13. (2009, Ogos). Kasih sayang. Tajdid: Suara Muhammadiyah, hal. 3.
Untuk menyemaikan sifat kasih sayang, kita harus memelihara hati agar sentiasa suci dengan mengingati Allah S.W.T. Penulis juga menghuraikan tentang nafsu.
Etika & Akhlak
14. (2010, Jun). Mulakan perjuangan bidang ekonomi. Tajdid: Suara Muhammadiyah, hal. 3.
Persatuan Muhammadiyah telah menubuhkan syarikat kerjasama (co-operative) bagi pengumpulan wang untuk diperniagakan.
Organisasi Islam
15. (2011, 30 Ogos). Solat memberi ketenangan. Khutbah Idul Fitri 1432H, Stadium Toa Payoh. Singapura: Muhammadiyah, 16 hal.
Allah akan mencurahkan rahmat ketenangan jiwa kepada kaum muslimin yang menjadikan kesabaran juga solat sebagai penolong dalam menghadapi ujian. Rasulullah S.A.W. mengingatkan muslimin menjaga amanah dan solat.
Fiqh Ibadat – Solat, Khutbah
16. (2012, 18 Ogos). Ke arah keperibadian mukmin. Khutbah Idul Fitri 1433H. Stadium Serangoon. Singapura: Muhammadiyah, 15 hal.
Huraian ringkas tentang perintah Allah, “masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya”, berdasarkan sumber dari al-Quran dan as-Sunnah.
Etika & Akhlak
17. (2013, 8 Ogos). Sumpah syaitan. Khutbah Idul Fitri 1433H. Stadium Serangoon. Singapura: Muhammadiyah, 16 hal.
Umat Islam diingatkan agar jangan terpedaya dengan hasutan dan godaan syaitan. Beberapa amalan dan antara surah-surah juga ayat al-Quran yang dapat melindungi manusia dari diayah syaitan dihuraikan.
Etika & Akhlak, Akidah
18. (2016, 6 Julai). Ke mana arah kamu?? Khutbah Idul Fitri 1437H, Stadium Serangoon. Singapura: Muhammadiyah, 15 hal.
Penjelasan tentang keistimewaan solat Idul (Fitri/Adha) di tanah lapang, membawa keluarga. Turut disentuh ialah ciri-ciri seorang mukmin, definasi jihad juga peranan para ulama asatizah dan para ilmuwan.
Etika & Akhlak, Jihad