Syed Agil Bin Othman Bin Yahya | Pergas Blog

authors

Syed Agil Bin Othman Bin Yahya

Latar belakang pendidikan:

Sarjana Muda (Syariah), Universiti Islam Madinah, Saudi
Arabia

Pekerjaan:

Mantan Mudir, Madrasah Aljunied Al-Islamiah

Penulisan

1. (1987). Madrasah Al-Junied Al-Islamiah : Pengertian peranan dan matlamatnya. Dalam Mahrajan ke 60. Singapura: Madrasah Al-Junied Al-Islamiah.

Madrasah berperanan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan secara teratur dan tersusun dari peringkat tadika, rendah dan menengah tinggi.

Pendidikan Islam – Madrasah

2. (1988). Al-Qiraatu Al-Musowwarah. Singapura: El-Shariff Publications. 50 hal.

Pengenalan Bahasa Arab untuk kanak-kanak yang mendedahkan kemahiran membaca, menulis dan mengeja melalui gambar-gambar yang sesuai dengan pemahaman mereka. Ia diguna pakai untuk pelajar rendah madrasah tempatan bagi subjek Bahasa Arab.

Bahasa & Sastera Arab

3. (1989). Ta’ala Naqra’u wa naktubu 2. Singapura: Syed Aqil Othman Al-Yahya. 80 hal.

Bahagian kedua buku pengenalan Bahasa Arab yang memperkenalkan perkataan-perkataan berdasarkan gambar. Ia juga mengandungi aktiviti menulis untuk menguji pelajar mengenai perkataan yang telah dipelajari.

Bahasa & Sastera Arab

4. (1990). Ta’ala naktubu 3. Singapura: Syed Aqil Othman Al-Yahya.

Buku latihan menulis perkataan-perkataan Bahasa Arab yang disusun mengikut urutan huruf hijaiyah. Pelajar mempelajari cara menyambung huruf-huruf bagi membentuk sebuah perkataan.

Bahasa & Sastera Arab

5. (1991). Lamhatun min nuri al-yaqin fi sirati sayyidi al-mursalin lis sufufi alibtidaiyah. Singapura: El-Shariff Publications. 51 p.

Buku teks pelajaran sirah nabawiyah yang menceritakan mengenai kisah perjalanan Rasulullah S.A.W. bermula dari kisah latar belakang keluarga baginda hingga kewafatannya. Kandungan buku ini berkonsepkan soal jawab dengan penerangan yang ringkas.

Bahasa & Sastera Arab

other authors