1. (19–). Al-Hilal. Singapura: Pustaka Nasional.
Bahasa & Sastera Arab
2. (19–). An-nahu al-Arabiy al-Jadid (3 jilid). Singapura: Pustaka Nasional.
Bahasa & Sastera Arab
3. (19–). Qiraati al-Arabiah. (6 jilid buku teks dan 6 jilid buku kerja). Singapura: Pustaka Nasional.
Bahasa & Sastera Arab, Pengetahuan Islam – Teks
4. (19–). Durus al-lughah Arabiah. (6 jilid buku teks dan 6 jilid buku kerja). Singapura: Pustaka Nasional.
Bahasa & Sastera Arab, Pengetahuan Islam – Teks
5. (19–). Durus addini Islami. (6 jilid buku teks dan 6 jilid buku kerja). Singapura: Pustaka Nasional.
Pengetahuan Islam – Teks
6. (19–). Durus attauhid. (6 jilid buku teks dan 6 jilid buku kerja). Singapura: Pustaka Nasional.
Akidah, Pengetahuan Islam – Teks
7. (19–). Durus assirah annabawiyah. (6 jilid buku teks dan 6 jilid buku kerja). Singapura: Pustaka Nasional.
Sejarah Muhammad S.A.W. & Ahli Bait, Pengetahuan Islam – Teks
8. (19–). Durus akhlak. (6 jilid buku teks dan 6 jilid buku kerja). Singapura: Pustaka Nasional.
Etika & Akhlak, Pengetahuan Islam – Teks
9. (1975). Mari belajar baca muqaddam. Singapura: Pustaka Nasional, 110 hal.
Panduan membaca muqaddam melalui sebutan huruf-huruf hijaiyah yang betul dengan bantuan guru.
Al-Quran – Tajwid
10. (1975). Perang Salib, Ahmad Shalaby. Alihbahasa Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional. 102 hal.
Tujuh peringkat peperangan Salib (1097 – 1250 Masehi) dikategorikan menurut ahliahli sejarah Islam dan sejarah moden. Sebab-sebab Perang Salib, fakta-fakta yang menggagalkannya dan natijahnya dibincangkan.
Sejarah Islam – Peperangan & Toleransi
11. (1976). Al-Wehdah Al-Arabiah antara jatuh dan bangun. Dalam Majalah Cenderamata Sempena Pembukaan Rasmi Rumah Baru Persatuan, hal. 35-32.
Organisasi Islam
12. (1976). Syarah Ratib Hadad (Imam Habib Abdullah Haddad). Habib Alwi bin Ahmad Hassan bin Imam Habib Abdullah Haddad ; analisa dan komentar Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 280 hal. Cetakan kelima, 2008. 280 hal.
Huraian Ratib Al-Haddad dari Hadhramaut. Petikan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang dijadikan wirid dan mendapat lindungan Allah S.W.T.
Doa & Zikir
13. (1977). Perbandingan agama: Agama Yahudi. Ahmad Shalaby; alih bahasa Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 307 hal.
Tercatit kededua versi Taurat dan Injil mengenai kedudukan para Nabi Bani Israil yang agak menyalahi versi Islam untuk kegunaan perbandingan.
Agama Samawi / Perbandingan Agama
14. (1977). Kuliah Subuh: Pada membicarakan hadis 40. Vol. 1. Singapura: Pustaka Nasional, 241 hal.
Berdasarkan buku Imam Nawawi, Matnul-Arbain an-Nawawiyah yang merangkumi 42 hadis. Membicarakan akidah Islamiah serta ketauhidan terhadap Allah yang dicungkil dari kitab ‘Fathul Mubin Syarah Matnul Arbain’ karangan dan susunan Ibn Hajar.
Akidah, Hadis – Syarah
15. (1977). Kuliah Subuh: Pada membicarakan hadis 40. Vol. 2. Singapura: Pustaka Nasional, 259 hal.
Hadis ke 14 hingga ke 27 dari kumpulan hadis 40 pilihan Imam Nawawi dibincangkan sebagai asas pengajaran Islam.
Hadis – Syarah
16. (1981). Isra’ dan Mi’raj: Satu analisa baru. Abdul Halim Mahmud. Alih bahasa, analisa dan komentar, Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 101 hal.
Berdasarkan nas-nas al-Quran dan Hadis, Nabi Muhammad S.A.W. mendaki titian cahaya hingga ke kemuncak menuju ke hadrat singgahsana Allah tanpa perantaraan sesiapa maupun Sayidina Jibrail a.s. dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.
Sejarah Nabi Muhammad S.A.W. & Ahli Bait
17. (1981). Masalah Sufi atau jalan menuju kepada Allah. Abu Said Al-Kharraz. Singapura: Pustaka Nasional, 598 hal. Cetakan kedua, 1999, 147 hal.
Terjemahan buku “Kitabus Shidq”. Membicarakan sifat kebenaran dan ahli kebenaran yang dianggap oleh para salaf soleh terdahulu sebagai antara syarat pegangan hidup kaum Sufi.
Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
18. (1981). Nasihat agama dan wasiat iman (an-nashaaih ad-diniyah wal washaaya al-imaaniyah). Singapura: Pustaka Nasional, 418 hal. (Rumi cetakan ke tujuh belas).
Diterbit semula:
(1985). Edisi Jawi, 549 hal.
Terjemahan buku “An-Nasihah ad-Dunia wal Wasayah al-Imaniah” sebagai pengenalan ilmuilmu akidah Islamiah dan hukum-hukumnya untuk melengkapkan diri dengan akhlak mulia.
Akidah, Etika & Akhlak
19. (1982). Peringatan tentang umur insan. Imam Habib Abdullah Al-Haddad. Edisi Jawi & Rumi. Singapura: Pustaka Nasional, 153 hal.
Huraian setiap lima fasa umur insan; sulbi ayah, rahim ibu, alam dunia, alam barzakh, Padang Mahsyar dan alam akhirat bersandarkan dalil-dalil al-Quran dan hadis.
Etika & Akhlak
20. (1983). Di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj. Fajar Islam, Bil. 1, hal. 12 – 14, 45.
Israk dan Mikraj merupakan suatu mukjizat. Umat Islam dianjurkan memerhatikan kejadian alam dan rahsia-rahsianya, juga menguasai ilmu untuk menerokai langit.
Sejarah Nabi Muhammad S.A.W. & Ahli Bait
21. (1983), Di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj. Bahagian ke-2 (Akhir). Fajar Islam, Bil. 2, hal. 20-23.
Antara kesan-kesan dari peristiwa Israk dan Mikraj ialah pengukuhan iman dan perintah untuk mengerjakan solat.
Sejarah Nabi Muhammad S.A.W. & Ahli Bait
22. (1983). Suatu cabutan dari nur al-Quran. Fajar Islam, Bil. 1, hal. 48-50.
Tafsiran kalimah; “ihdinash-shiraathal-mustaqiim”(tunjukkanlah jalan yang lurus) dan “maghduubi alaihim” (orang yang dimurkai Tuhan) dan golongan “Dhaaalliin” (orang yang sesat) yang diucapkan dalam solat.
Al-Quran – Tafsir
23. (1983). Suatu cabutan dari nur al-Quran. Fajar Islam, Bil. 2, hal. 42-43.
Huraian makna “hidayah” berdasarkan ayat 5, Surah al- Baqarah. Umat Islam harus bersyukur dengan nikmat Islam agar kita termasuk dalam golongan bertakwa yang mendapat hidayah dari Allah S.W.T.
Al-Quran – Tafsir
24. (1983). Budi pekerti dalam Islam. Fajar Islam, Bil. 2, hal. 50-51.
Tafsiran 4 hadis sahih tentang etika dan akhlak. Yang tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari, berbuat baik dengan jiran, memberi salam dan menundukkan pandangan ditegur.
Hadis – Syarah, Etika & Akhlak
25. (1984). Tiga golongan manusia dalam al-Quran. Fajar Islam, Bil. 4, hal. 28-33.
Tiga golongan yang disentuh dalam al-Quran termasuk kaum muslimin, kafir dan munafik berdasarkan sejarah Islam di Mekkah dan Madinah. Sifat-sifat golongan ini dan sikap Nabi Muhammad S.A.W.
Sejarah Islam
26. (1984). Hadis Qudsi (1) : Analisa dan komentar. Singapura: Pustaka Nasional, 298 hal.
130 hadis Qudsi dan huraiannya disusun menurut abjad bahasa Arabnya. Terdapat hadis yang berulang, tetapi berlainan dengan tambahan dan pengurangan dalam periwayatannya menurut perawi-perawi yang berbeza.
Hadis – Syarah
27. (1984). Hadis Qudsi 2 : Analisa dan komentar. Karangan Zainuddin Abdul Rauf Alhaddad Alumnawi. Singapura: Pustaka Nasional, 349 hal.
Diterbit semula :
(1996). Dalam satu jilid (Edisi Ketiga).
Baki 142 hadis dengan maknanya yang ijmali, dianalisa serta diberi komentar, merupakan panduan bagi menjalani kehidupan untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Hadis – Syarah
28. (1984). Let’s learn to recite the Quran. Translated by Haji Zaini Haji Ahmad. Singapore: Muslim Converts’ Association of Singapore, 1984. 54 p.
A guide for beginners with the assistance of a teacher, to learn the principles of Quranic recitation and pronunciation. The English transliteration can be referred to counter-check doubts in pronunciation.
Al-Quran – Tajwid
29. (1985). Suatu cabutan dari nur al-Quran. Fajar Islam, Bil. 5, hal. 23-25.
Huraian ayat 92, Surah Ali Imran tentang firman Allah S.W.T.; “Kamu tidak akan mencapai kebaikan” kerana Allah tidak lupa untuk menganugerahkan balasan baik untuk orang yang bertakwa.
Al-Quran – Tafsir
30. (1985). Di antara uluhiyah dan ubudiyah. Fajar Islam, Bil. 5, hal. 28-29.
Huraian hadis qudsi tentang empat pesanan penting kerana hubungan erat dan harus dijaga antara manusia dengan Tuhan dan manusia dengan manusia.
Hadis – Syarah
31. (1985). Suatu cabutan dari nur al-Quran. Fajar Islam, Bil. 5, hal. 31- 34.
Petikan surah al-Kahfi (ayat 32 – 44) yang menyingkap perbandingan antara kuasa manusia dengan kuasa Tuhan. Manusia diingatkan supaya tidak terlalu ego jika sudah berjaya.
Al-Quran – Tafsir
32. (1985). Mukjizat al-Quran (Bahagian 1-3). Tulisan Muhammad Mutawalli Sya’rawi. Terjemahan Syed Isa Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 191 hal., 191 hal., 224 hal.
Diterbit semula :
(2003). Edisi kedua, 592 hal.
Penulis asal merupakan tokoh al-Quran terkenal. Ayat-ayat kontroversial dihuraikan dengan mendedahkan bukti dan hujah sesuai dengan pemikiran ilmuan moden.
Al-Quran – Tafsir
33. (1986). Apabila usia sudah lanjut….. Fajar Islam, Bil. 7, hal. 42-43.
Huraian hadis mengenai Allah yang merasa malu untuk menyiksa orang-orang yang tua tetapi bertakwa kepada-Nya. Peringatan bagi orang tua yang belum bertakwa sedangkan ajalnya semakin dekat.
Hadis – Syarah
34. (1986). Wasiat Luqman Al-Hakim. Fajar Islam, Bil. 7, hal. 32-36.
Tukilan Surah Luqman (ayat 12 -19) sebagai panduan dari Luqman kepada puteranya. Nasihat berupa wasiat diabadikan dalam al-Quran untuk bacaan dan amalan umat Islam.
Pendidikan Keluarga – Keibubapaan
35. (1986). Peranan masjid dalam masyarakat membangun. Dalam Upacara Pembukaan Rasmi Masjid Darul Aman, Ahad, 27 Zulkaedah 1406. Official Opening Ceremony Darul Aman Mosque, Sunday, 3 August 1986. Singapura: Masjid Darul Aman, hal. 39, 41, 43, 45.
Masjid – Sejarah & Peranan
36. (1987). Cerita Nabi Muhammad S.A.W. Singapura: Pustaka Nasional, 128 hal.
Untuk memupuk semangat membaca di kalangan kanak-kanak dan menanam minat kepada perjalanan hidup, perjuangan dan dakwah islamiah Nabi Muhammad S.A.W.
Sejarah Nabi Muhammad S.A.W. & Ahli Bait
37. (1987). Cerita peperangan dan perdamaian di zaman Rasulullah. Singapura: Pustaka Nasional, 128 hal.
Buku bergambar ini mengenai peperangan dalam Islam yang bukan bertujuan menjajah atau menindas tetapi untuk perdamaian dan keamanan.
Sejarah Nabi Muhammad S.A.W. & Ahli Bait, Sejarah Islam – Peperangan & Toleransi
38. (1987). Wasiat Luqman Al-Hakim kepada puteranya. Singapura: Pustaka Nasional, 1987. 84 p.
Pendidikan Keluarga – Keibubapaan
39. (1988). Pendidikan anak-anak dalam Islam, Abdullah Nasih Ulwan. Singapura: Pustaka Nasional, Jilid 1 : 612 hal.
Meliputi semua aspek pendidikan Islam bermula dari mencari pasangan hingga mendidik anak berdasarkan hukum syarak. Tanggungjawab para pendidik dari segi moral, mental, jasmani serta rohani dan pendidikan sosial dibincangkan.
Pendidikan Keluarga – Keibubapaan
40. (1988). Pendidikan anak-anak dalam Islam, Abdullah Nasih Ulwan. Singapura: Pustaka Nasional, 1988. Jilid 2, 705 hal.
Bahagian kedua merangkumi pendidikan seks, cara-cara pendidikan yang berkesan dan kaedah-kaedah asasi dalam pendidikan Islam. Cadangan-cadangan untuk menggalakkan anak mencari pekerjaan yang baik dan menggalakkan perkembangan bakat mereka.
Pendidikan Keluarga – Keibubapaan
41. (1989). 100 tokoh wanita terbilang. Singapura: Pustaka Nasional, 578 hal.
Biografi ringkas wanita-wanita cemerlang dari zaman Siti Hawa hingga ke era pemerintahan Islam di Andalusia (574 M) petikan dari sejarah, sebagai mengenang sumbangan mereka dalam bidang agama, politik dan sosial.
Sejarah Islam – Biografi
42. (1990). Benih Islam. Singapura: Pustaka Nasional. Teks dalam Jawi. 6 jilid.
Mengandungi pelajaran Tauhid, Fiqh, Akhlak, Sirah dan al-Quran khusus untuk pelajarpelajar pendidikan Islam di madrasah separuh masa masjid-masjid.
Pengetahuan Islam –Teks, Akidah, Fiqh Ibadat, Etika & Akhlak, Sejarah Islam
43. (1990). Bimbingan Mukmin : Pada mencari Redha Rabbil-‘Alamin, Imam Ghazali. Singapura: Pustaka Nasional, 873 hal.
Terjemahan kitab “Mau’izatul-Mu’minin” dan ringkasan “Ihya Ulumuddin”. Membincangkan asas aqidah tauhid, syariat dan hukum-hukum Islam serta tasawuf juga akhlak mulia.
Akidah, Syariat Islam, Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
44. (1990). Kemunculan Isa bin Maryam di akhir zaman, Imam Sayuthi. Terjemahan Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 114 hal.
Menurut al-Quran dan hadis, Nabi Isa a.s. akan turun di akhir zaman. Bagaimana dan di mana beliau turun, pegangan dan mazhabnya juga dijelaskan.
Akidah, Sejarah Para Nabi / Qisasul Anbiya
45. (1990). Roh : Satu analisa tentang roh-roh orang mati dan orang hidup, Ibnul Qayyim. Terjemahan Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 551 hal.
Kumpulan rangkaian idea-idea manusia tentang roh, persoalan dan jawapan tentang destinasinya sesudah berpisah dengan jasad berpandukan al-Quran, hadis dan kata-kata para sahabat dan tabi’in.
Akidah, Ahwal Syahsiah – Kematian
446. (1990). Was-Was : Bila syaitan membelit manusia. Singapura: Pustaka Nasional, 123 hal.
Terjemahan “Dzammul Muwaswisiin Wattahdzir Minal Waswasah” yang mengingatkan agar kita menjauhkan diri dari was-was syaitan.
Etika & Akhlak
47. (1992). Induk pensucian diri. Said Hawwa. Terjemahan Syed Ahmad Semait dan M. Abdai Rathomy. Singapura: Pustaka Nasional, 1426 hal.
Terjemahan “Al-Mustakhlas Fi Tazkiatin-Nafsi”. Membicarakan tentang pensucian diri dan ilmu Tasawuf untuk pengamal Tasawuf kebatinan.
Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
48. (1993). Kifayatul Akhyar : (Kelengkapan orang saleh). Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad Alhusaini ; alihbahasa Syed Ahmad Semait, K.H. Syarifuddin, K.H. Mishbah Musthafa; diedit semula oleh Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 2 jilid.
Diterbitkan semula:
(1999). Cetakan kedua.
Buku syarah ilmu Fiqh yang merangkumi bab bersuci, solat, pemakaian sutera dan emas, penyelenggaraan jenazah, zakat fitrah, puasa, jual beli dan waqaf.
Fiqh Ibadat
49. (1993). Untaian kisah para wali Allah. Singapura: Pustaka Nasional, 472 hal.
Sejarah Islam – Biografi
50. (1994). Belitan Iblis: Pendayaannya dan tipudayanya, Ibnul Qayyim al-Jawziyah. Singapura: Pustaka Nasional, 478 hal.
Perbincangan tentang kehidupan akidah dan kepercayaan manusia yang terjerat dalam bid’ah dan kesesatan. Kehidupan ahli sufi yang menyeleweng ditegur.
Akidah, Etika & Akhlak
51. (1994). Benteng diri ahli hakikat dalam meniti makrifat kepada Allah, Syed Ahmad Ar Rifai. Singapura: Pustaka Nasional, 425 hal.
Terjemahan buku “Haalat Ahlil-Haqiqah Ma’alah”. Kumpulan 40 hadis membicarakan isu manusia sebagai hamba Allah, soal diri dan kebatinan yang dikaitkan dengan makrifat dan kerinduan kepada Allah juga isu ahli-ahli makrifat.
Hadis – Syarah
52. (1994). Dosa-dosa besar, Muhammad bin Ahmad Usman Adz-Dzahabi. Singapura: Pustaka Nasional, 1994. 598 hal.
Edisi baru ini menumpukan pembicaraannya tentang “larangan syariat Islam” dengan menghuraikan 70 jenis dosa yang dikuatkan dengan hujjah daripada al-Quran dan hadis.
Akidah, Etika & Akhlak
53. (1994). Kuliah Subuh : Pada membicarakan Hadis 40. Singapura: Pustaka Nasional, Edisi terkumpul. 741 hal.
Memuatkan 42 hadis himpunan Imam Nawawi ; ‘Matnul arba’in’. Huraiannya dipetik dari kitab ‘fathul mubin syarah matnul arba’in’, karangan dan susunan Ibnu Hajar.
Hadis – Syarah
54. (1995). Sepuluh yang dijamin masuk syurga. Singapura: Pustaka Islamiyah, 450 hal.
Kenali sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga dan amalan-amalan mereka untuk memupuk semangat keislaman kepada generasi Muslimin.
Sejarah Khulafa’ Rasyidin, Sahabat & Tabiin, Sejarah Islam – Biografi
55. (1995). Taubat dan liku-likunya, Imam Ghazali. Singapura: Pustaka Islamiyah, 281 hal.
Petikan dari buku induk, Ihya Ulumuddin. Imam Ghazali memperincikan masalah taubat yang boleh dijadikan penawar dan pembersih dosa.
Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs, Etika & Akhlak
56. (1996). Hadis Qudsi : analisa dan komentar. Singapura: Pustaka Nasional, 648 hal.
Edisi ketiga yang ditulis sebagai petunjuk dan nasihat. Kumpulan 272 hadis ini merangkumi ajaran-ajaran Tasawuf ringan yang diolah sesuai dengan pemikiran yang logik.
Hadis – Syarah, Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
57. (1997). Untaian kisah nabi dan para sahabat. Susunan Muhammad Yusuf al Kandahlawi, diolah dan ditulis semula [oleh] Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, Cetakan pertama, 795 hal.
Terjemahan buku “Hayatus-Shahabah” sebagai perangsang kepada para jemaah tabligh. Panduan untuk umat Islam supaya mengamalkan sunnah dan amalan para sahabat sebagai jaminan keselamatan kehidupan di dunia dan akhirat.
Sejarah Khulafa’ Rasyidin, Sahabat & Tabiin
58. (1997). Alam jin dan malaikat. Abdul Razak Naufal ; alihbahasa Muhammad Labib ; ditahkik dan ditulis semula dengan tambahan baru Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 160 hal.
Satu hasil ijtihad yang merupakan antara bukti mukjizat al-Quran. Membentangkan beberapa tanda-tanda kudrat Allah S.W.T. termasuk kerajaan langit dan bumi serta keganjilan dan keistimewaannya.
Akidah
59. (1997). Rahsia sufi. Terjemahan Abdul Majid Hj. Khatib. Ditahkik dan ditulis semula oleh Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 263 hal.
Terjemahan “Sirrul-Asrar fi ma yahtaju ilaihil-abrar” karangan Syekh Abdul Qadir Jailani
yang mempaparkan kehidupan para sufi. Diolah dan dianalisa semula dengan bab baru
mengenai “Taqwa” dan “Tawakkal”.
Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
60. (1997). Durus Akhlak. Lilsaf Ath-thani Al-ibtida’I. Buku kerja. Susunan bersama Supandi Jamhadi. Singapura: Pustaka Nasional dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Agama, Majlis Ugama Islam, 39 hal.
Siri buku teks sekolah rendah Arab mengenai pelajaran akhlak.
Etika & Akhlak, Pengetahuan Islam – Teks
61. (1997). Durus as-Sirah an-Nabawiah. Lilsaf ath-thani al-ibtida’iah. Singapura: Pustaka Nasional dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Agama, Majlis Ugama Islam, 22 hal.
Siri buku teks sekolah rendah Arab mengenai pelajaran sejarah Nabi Muhammad S.A.W.
Sejarah Nabi Muhammad S.A.W. & Ahli Bait, Pengetahuan Islam – Teks
62. (1998). Peringatan tentang umur insan, Imam Habib Abdullah Haddad. Alihbahasa Syed Ahmad Semait. Singapore: Pustaka Nasional, 158 hal.
Membicarakan lima peringkat umur manusia sejak kewujudan di alam insani. Ia termasuk peringkat sulbi ayah, rahim ibu, hayat di alam dunia dan alam barzakh, di Padang Mahsyar dan di syurga atau neraka.
Pengetahuan Islam
63. (1999). Petunjuk thariqat ke jalan akhirat. Tulisan Imam Habib Abdullah Haddad. Terjemahan Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 1999. 225 hal.
Mengenal amalan berkaitan dengan keyakinan diri dan kepatuhannya, niat dan hukumnya, taubat dan rukunnya, kebatinan dan muraqabahnya, hukuman dan penyerahan diri serta qadak dan qadar-Nya.
Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
64. (1999). Tata Tertib pengajian Al-Quran Imam Nawawi. Singapura: Pustaka Nasional, 182 hal.
Al-Quran – Adab
65. (2000). Al-Adzkar : Kumpulan doa dan zikir, Imam Nawawi. Singapura: Pustaka Nasional, 794 hal.
Padat dengan bimbingan bertakwa kepada Allah untuk insan yang tahu memuji-Nya dan mensyukuri nikmat-Nya dengan mematuhi tertib tertentu.
Doa & Zikir
67. (2000). Dakwah yang sempurna peringatan yang utama. Imam Habib Abdullah Al-Haddad ; terjemahan Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 299 hal.
Terjemahan karya klasik; “Ad-Da’wah At-Tammah Wat-Tadzkirah Al-Ammah”. Membicarakan lapan kategori dakwah untuk semua golongan manusia.
Dakwah
68. (2001). Syarah Ratib Haddad : Analisa dan komentar, Imam Habib Abdullah Al-Haddad. Dibicarakan oleh Syed Ahmad Semait. Singapore: Pustaka Nasional, 2001. 280 hal.
Doa & Zikir
69. (2001). Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani, Sidi Syeikh Abdul Qadir Jailani ; terjemahan, Syed Ahmad Semait. Singapore: Pustaka Nasional, 600 hal.
Kumpulan dan perbincangan syarahan Sidi Abdul Qadir sejak tahun 545 hingga 546 Hijrah khususnya isu yang bincangkan oleh ahli Tasawuf seperti “hal” dan “maqam”.
Etika & Akhlak, Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
70. (2002). Siyarus Salikin. Juz 1-4 : Jalan para salik untuk mengabdi diri kepada Tuhan Rabbul ‘Alamin. Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palembani ; perbaikan bahasa, Muhammad Labib ; tahqiq dan pembetulan, Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 517 hal.
Perbincangan 10 bab mengenai akhlak menurut Imam Ghazali untuk generasi yang mengagungkan keduniaan termasuk adab-adab makan minum, perkahwinan, dan mencari rezeki.
Etika & Akhlak, Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
71. (2003). Petunjuk jalan thariqat ; penuntun hidup bahagia. Imam Habib Abdullah Haddad ; alihbahasa Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 176 hal.
Membicarakan ilmu tarekat dan Tasawuf juga ahli-ahlinya dalam konteks tinjauan agama Islam dan penganut-penganut nya yang cuba mengimbangi kehidupan di dunia dan akhirat.
Etika & Akhlak, Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
72. (2003). Siyarus Salikin. Juz 1-4 : Jalan para salik untuk mengabdi diri kepada Tuhan Rabbul ‘Alamin. Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palembani ; perbaikan bahasa, Muhammad Labib ; tahqiq dan pembetulan, Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 501 hal.
Menjelaskan tentang usuluddin , hukum dan amalan kebiasaan, perkara-perkara yang merosakkan iman, dan ibadat yang menyelamatkan amalan-amalan baik.
Etika & Akhlak, Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
73. (2004). Aqidah kaum terselamat ; dari sesat dan bid’ah. Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani ; perbaikan bahasa [oleh] Muhammad Labib ; tahqiq & pembetulan [oleh] Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 368 hal.
Mengenai 12 fasal dari mengenal usuluddin dalam syariah Islam, sifat dua puluh, kisah para rasul dan nabi, Hari Kiamat dan alam akhirat hingga cara membentengi diri dengan akhlak mulia.
Akidah
2885. (2004). Bingkisan Mutiara : Untuk menghidupkan hati yang merana. Sheikh Ali bin A74bdul Rahman Al-Kalantani ; perbaikan bahasa [oleh] Muhammad Labib ; tahqiq & pembetulan [oleh] Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional, 543 hal.
Olahan karya klasik, “Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub” tulisan Imam Suyuthi. Terbahagi kepada Muqadimah (40 bab) dan penamat kitab mengenai balasan amalan saleh.
Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
75. (2004). Penyingkapan hati kepada rahsia-rahsia Ilahi, Imam Ghazali; terjemahan, Thahirah Abdur Rahman ; tahqiq & pembetulan, Syed Ahmad Semait. Jilid 1. Singapura: Pustaka Nasional, 432 hal.
Terjemahan kitab “Mukasyafatul-Qulub Al-Muqarrib Ilaa Allaamil Ghuyuub. 43 bab pelajaran membicarakan tentang sifat dan bicara hati yang perlu dibersihkan.
Etika & Akhlak, Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
76. (2004). Penyingkapan hati kepada rahsia-rahsia ilahi, Imam Ghazali ; terjemahan, Thahirah Abdur Rahman ; tahqiq & pembetulan, Syed Ahmad Semait. Jilid 2. Singapura: Pustaka Nasional, 432 hal.
Bahagian kedua tulisan Imam Ghazali. Memuatkan Bab 43 hingga Bab 111 yang membicarakan tentang amalan agama, ganjaran pahala dan dosa, kematian, hari Kiamat dan akhlak-akhlak mulia.
Etika & Akhlak, Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
77. (2006). Sahih al-Bukhari, Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari. 1 set 6 jilid : Singapura: Pustaka Nasional, 2748 hal.
Membincangkan tentang riwayat Imam Bukhari, huraian 2026 hadis dari segi hukum hakamnya berserta analisa dan rumusan penterjemah.
Hadis – Syarah
78. (2009). Mari belajar membaca muqaddam. Singapura: Pustaka Nasional, 110 hal.
Bimbingan membaca muqaddam untuk pelajar permulaan.
Al-Quran – Tajwid
79. (2010). Halal dan haram dalam Islam, Dr Yusuf Al Qaradhawi. Singapura: Pustaka Nasional, 578 hal. Cetakan keeenam.
Perbincangan berkisar tentang dasar Islam dalam menentukan halal dan haram dari dasar hukumnya dengan membandingkannya dengan hukum-hukum dalam kepercayaan sebelum kedatangan Islam.
Fiqh Halal & Haram, Fiqh Kontemporari
800. (2010). Tata-tertib pengajian al-Quran, oleh Imam Nawawi. Terjemahan Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional. 182 hal.
Terjemahan kitab “At-Tibyan Fi-Adabi Hamlatil-Quran”. Mengandungi hukum-hakam al- Quran serta adab dan tertibnya dalam menyentuh, mengangkat, membaca, menulis, mengajar al-Quran dan mengambil upah.
Al-Quran – Adab
81. (2011). Mari belajar sembahyang (Lelaki). Singapura: Pustaka Nasional, Singapura: 2011. Cetakan kesembilan belas. 98 hal.
Panduan mengerjakan ibadat solat khusus untuk kaum lelaki. Disertakan dengan ilustrasi.
Fiqh Ibadat – Solat
82. (2011). Mari belajar sembahyang (Perempuan). Singapura: Pustaka Nasional, Cetakan kedua puluh satu, 98 hal.
Panduan mengerjakan ibadat solat untuk kaum lelaki. Beserta ilustrasi.
Fiqh Ibadat – Solat
83. (2011). Bimbingan Mukmin oleh Imam Ghazali. Singapura: Pustaka Nasional, 873 hal. Cetakan kedua belas (Rumi). 2009, 901 hal. Cetakan kelapan (Jawi).
Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs
2895. (2013). Muqaddam : Let’s recite the Quran. Singapore: Pustaka Nasional, 116 hal.
Al-Quran – Tajwid