Syed Isa Mohammed Semait, Syeikh | Pergas Blog

authors

Syed Isa Mohammed Semait, Syeikh

Latar belakang pendidikan:

Sarjana Muda, Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir

Pekerjaan:

Mufti, Majlis Ugama Islam Singapura (1972 – 2010)

Penulisan

1. (1973). Islam ugama kesatuan dan persatuan. Fajar Islam 11, hal. 18-20.

Islam membawa dakwah kesatuan agama yang menyatakan tiada perbezaan asasi antara ajaran yang dibawa oleh Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W.

Akidah

2. (1980, Mei). Mengapa hisab boleh digunakan untuk tentukan puasa raya. Fajar Islam, hal. 3-10.

Menjelaskan keraguan tentang sahnya menggunakan hisab kerana ia tersusun mengikut kaedah geometri. Ia juga dipersetujui oleh ramai ulama dalam Muktamar Sedunia Berkenaan Hisab/Rukyah (1978).

Takwim Islam

3. (1981). Pedoman mimbar: kumpulan pilihan khutbah Jumaat. Singapura: Pustaka Nasional, 80 hal.

Khutbah

4. (1983). Penyembelihan. Fajar Islam, Bil. 1, hal. 20-22.

Penjelasan tiga syarat penyembelihan; penyembelih harus beragama Islam, alat penyembelih harus tajam dan memotong halkum dan marik serta kedua-dua urat leher binatang yang dikorbankan.

Fiqh Ibadat – Korban

5. (1984). Islamic religious knowledge: textbook for Secondary three. Part 1 & 2 by Syed Abdillah Ahmad Al-Jufri, Muhammad Ariff Ahmad, Syed Isa Mohamed Semait, project director. Singapura: MUIS for Curriculum Development Institute of Singapore, 1984. Part 1, 74 p. Part 2, 68 p.

Pengetahuan Islam – Teks

6. (1985). Islamic religious knowledge: textbook for Secondary three by Syed Abdillah Ahmad Al-Jufri, Muhammad Ariff Ahmad, Syed Isa Mohamed Semait, project director. Singapura: MUIS for Curriculum Development Institute of Singapore, 142p.

Pengetahuan Islam – Teks

7. (1986). Menolak kecurigaan terhadap assunnah. Fajar Islam, Bil. 8, hal. 30-32.

Assunah merupakan antara sumber perundangan Islam yang menguatkan hukum-hukum Islam dalam al-Quran dan pentafsir maksud al-Quran yang tidak nyata hukumnya. Jawapanjawapan yang menolak beberapa keraguan tentang as-Sunah dihuraikan.

Hadis – Ulum

8. (1986). Zakat harta. Fajar Islam, Bil. 7, hal. 12-15.

Zakat merangkumi penyucian jiwa dan harta sebagai tanda keimanan dan terima kasih kepada Allah S.W.T. Ia menjadi jaminan Ilahi untuk menyelesaikan kesempitan hidup fakir miskin dan keperluan masyarakat Islam umumnya.

Fiqh Ibadat – Zakat

9. (1990). Panduan ibadat zakat. Singapura: Majlis Ugama Islam Singapura, 46 hal.

MUIS mentadbirkan zakat agar tidak berlaku sebarang penyelewangan kerana jika zakat ditadbir dengan sempurna, kesan baiknya akan diraih oleh masyarakat.

Fiqh Ibadat – Zakat

10. (1991). Amaran Islam dalam sebuah negara sekular – Seminar papers. Singapura: Dept. of Malay Studies, National University of Singapore, No. 2. 14 leaves.

Masyarakat Melayu/Islam Singapura

11. (1992). A guide to zakat. Singapore: Muis. 42 p.

Fiqh Ibadat – Zakat

12. (1992, Mac 27). Harta tak dizakat tidak berkat. Berita Harian, hal. 4

Fiqh Ibadat – Zakat

13. (1992, Apr 3). Kelebihan puasa enam. Berita Harian, hal. 4.

Fiqh Ibadat – Puasa

14. (1993, Mac 14). Membangun semula tanah wakaf. Berita Harian, hal. 4, 5.

Ahwal Syahsiah – Faraid, Nuzriah, Wakaf & Wasiat

15. (1993, Jun 19). Soal anak bulan dan awal bulan Islam. Berita Harian, hal. 7.

Takwim Islam

16. (1994, Mac 4). Terdapat empat jenis Baitulmal. Berita Harian, hal. 4.

Fiqh Ibadat – Zakat

17. (1994, Mac 4). Erti Baitumal. Berita Harian, hal. 4.

Fiqh Ibadat – Zakat

18. (1994, Mac 11). Rukun zakat terbahagi dua. Berita Harian, hal. 4.

Fiqh Ibadat – Zakat

19. (1998, Nov 6). Kegiatan hafaz Quran asas kepada beraneka disiplin ilmu. Berita Harian, hal. 4.

Al-Quran – Kaedah Hafalan

20. (1999, Dec 24). Imbangi keperluan ukhrawi, duniawi. Berita Harian, hal. 23.

Pengetahuan Islam

21. (2000). Islam dan musik. Majalah Al-Islam menjana insan berkarisma, Tahun 1 Bil. 3, hal. 38-40.

Penjelasan tentang hukum terhadap musik dari sudut pandangan Islam daripada pendapat Al-Imam Al-Ghazali menurut pandangan 4 mazhab; Syafii, Maliki, Hanafi dan Imam Abu Talib Makkiy. Musik menjadi harus jika ia bersih dari unsur-unsur negatif.

Islam & Seni

22. (2000, Dis). Menghayati adab ikhtilaf. Inabah, Bil 6 isu 3/2000, hal. 6-8.

Dalam menegakkan pegangan, ia harus dikongsi agar tidak mencetuskan tengkarah hingga menimbulkan isu kafir mengkafir atau pertumpahan darah.

Fiqh Ikhtilaf, Etika & Akhlak

23. (2001, Sep/Oct). A time to strengthen inter-religious understanding: when jihad is not a war. Warita Kita 135, p. 16-17.

Keharmonian Kaum & Agama

24. (2002, May/Jun). Strategi dakwah baru. Warita Kita 139, hal. 3-6.

Dakwah

25. (2005, Jul-Sep). Ucapan Mufti Negara Singapura di Majlis Memorandum Persefahaman Program Sarjana Muda Ilmu Wahyu & Thurath Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia-Pergas, Sabtu, 11 Jun 2005, Suntec City Singapura. Al-Risalah 14, hal. 10-12.

Program Sarjana Muda (dengan kerjasama UIA) ini diharapkan dapat melahirkan golongan agamawan juga sarjana Islam dan meningkatkan kesedaran ilmiah masyarakat umum akan semangat dan prinsip Islam.

Pendidikan Islam

other authors