authors
Umar Bin Muhammad Noor, Dr.
Latar belakang pendidikan:
Sarjana Muda (Usuluddin (Tafsir-Hadis), Universiti
Islam Negeri (UIN), Syarif Hidayatullah, Jakarta
Sarjana (Al-Sunah wa Ulum al-Hadis), Universiti Islam
Doktor Falsafah (Hadis), Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, Um Durman, Sudan
Pekerjaan:
Mantan Imam Eksekutif, Masjid Assyafaah, Singapura
Bekas pensyarah Usuluddin dan Syariah, Kolej
Marsah, Johor Bahru & Institut Pengajian Tinggi Islam
Al-Zuhri, Singapura
Kolumnis, Majalah Solusi
Ketua Editor, Majalah Al-Ustaz
1. (2007). Mengenali Imam Syafi’i. Kuala Lumpur: Telaga Biru. 112 hal. Kisah Imam Syafi‘ sejak beliau dilahirkan lalu membesar dalam dunia keilmuan hingga
diiktiraf sebagai seorang mujtahid mutlak dan menceritakan sedikit tentang isteri dan anakanak
beliau. Juga penjelasan mengenai perkembangan mazhab ini. Sejarah Islam – Biografi 2. (2009). Syaraf Ashabil Hadith (ringkasan & terjemahan). Singapura: Masjid
Assyafaah. Hadis – Syarah 3. (2009). Berani kerana sunnah. Solusi 4, hal. 27-29. Keberanian diperlukan untuk menolak kecintaan kepada keduniaan seperti contoh Rasulullah
S.A.W. ketika beliau ditawarkan harta, tahta dan wanita agar beliau menghentikan dakwah
tauhidnya. Etika & Akhlak 4. (2009). Hidup sederhana lebih selamat lebih terhormat. Solusi 5, hal. 27-29. Menerapkan hidup sederhana tidak menjatuhkan darjat seseorang. Rasulullah merupakan
pelopor gaya hidup sederhana yang harus dicontohi. Etika & Akhlak 5. (2009). Bukan urusan saya. Solusi 6, hal. 27-28, 30. Sikap mementingkan diri sendiri semasa menghadapi masalah umat akan menyebabkan Islam
terus mundur dan kecundang. Sikap empati para sahabat Rasulullah S.A.W. harus diamalkan. Etika & Akhlak 6. (2009). Bangga menjadi hamba Allah. Solusi 10, hal. 26-27. Para ulama sentiasa menjaga kehormatan diri juga agamanya dan bangga menjadi muslim.
Justeru, setiap pendakwah wajib bersifat faqih dan meyakini dakwahnya. Etika & Akhlak 7. (2009). Rahsia melahirkan anak soleh. Solusi 12, hal. 27-28, 30. Islam memberi panduan dalam memilih pasangan kerana kebiasaannya anak soleh lahir dari
ibu bapa berketurunan soleh. Kesolehan mereka merupakan modal utama dalam pendidikan
akhlak dan personaliti anak. Pendidikan Keluarga – Keibubapaan 8. (2009). Tinggal terung yang haram dapat isteri yang halal. Solusi 13, hal. 27-28. Pengajaran tentang sifat amanah Syeikh Sulaim yang meninggalkan makanan haram tetapi
Allah memberi beliau ganjaran sebuah rumah beserta seluruh isinya secara halal. Etika & Akhlak 9. (2009). Baiki hubunganmu dengan Allah. Solusi 15, hal. 27-28. Menyentuh peribadi Abu al-Hassan Al-Tusi, al-Hafiz dan Syaikhul Islam yang sentiasa
menjaga hubungannya dengan Allah. Melaluinya, Allah telah memperbaiki hubungan
berjuta-juta manusia. Etika & Akhlak 10. (2010). Semua ilmu penting. Solusi 16, hal. 28-29. Pengajaran dari kisah ahli hadis dan al-hafiz, Abu Bakar Ahmad yang membenci ilmu kalam
kerana sikap tokoh-tokoh kalam. Semua ilmu penting dipelajari kerana boleh digunakan dalam
masa kesulitan. Etika & Akhlak 11. (2010). ”Saya tidak tahu”. Solusi 17, hal. 27-28. Pengajaran dari kisah Imam Malik yang berhati-hati dalam menjawab persoalan agama.
Menurut beliau, “Jika seseorang mengabaikan kalimat “Saya tidak tahu”, ia jatuh dalam
kebinasaan”. Etika & Akhlak 12. (2010). Jangan cepat menilai. Solusi 20, hal. 28-29. Kisah ulama dan pakar hadis, Imam Abdurrahman Al-Awza’i yang salah menilai fatwafatwa
Imam Hanafi. Sikap tergesa-gesa dalam menilai dan membuat keputusan harus dikikis. Etika & Akhlak 13. (2010). Merendah untuk meninggi… Solusi 21, hal. 28-29. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud “Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang
dilakukannya, ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut”. Etika & Akhlak 14. (2010). Jika kita terpaksa berbeza pandangan. Solusi 22, hal. 28-29. Menurut ulama, apabila perbezaan itu berkaitan prinsip-prinsip agama seperti akidah atau
hukum yang telah ditetapkan oleh ijmak, ia boleh dinilai lurus atau sesat. Jika perselisehan
tentang cabang (furuk), ia tidak boleh dilabel kufur. Etika & Akhlak 15. (2010). Prasangka menghalang kejayaan. Solusi 23, hal. 28-29. Umat Islam dituntut untuk bersikap terbuka. Selepas mendengar ucapan dan memahaminya,
kita boleh memilih untuk menerima atau menolaknya. Etika & Akhlak 16. (2010). Celaan membakar semangat. Solusi 25, hal. 28-29. Jangan biarkan ucapan negatif mengeruhkan hidup. Manfaatkan tenaga positif dalam celaan
itu untuk menjana semangat menuju kejayaan. Etika & Akhlak 17. (2010). Antara yakin dan cuba-cuba. Solusi 26, hal. 28-29. Orang yang bekerja dengan keyakinan akan merasa tenang kerana percaya kepada janji Ilahi.
Keyakinan pula selalunya beriringan dengan keajaiban seperti yang berlaku kepada tokohtokoh
pemimpin Islam yang berjaya. Etika & Akhlak 18. (2011). Usah biarkan usia berlalu sepi. Gen-Q: Manual Remaja Bertakwa. Isu
1, hal. 86. Masa muda sangat berharga, tetapi tidak semua orang boleh memanfaatkannya. Kebanyakan
remaja membiarkan masa mudanya berlalu begitu sahaja. Jika masa muda digunakan dengan
baik, ia dapat membawa seseorang ke puncak kejayaan. Etika & Akhlak 19. (2011). Jangan gopoh! Gen-Q: Manual Remaja Bertakwa. Isu 4, hal. 30-31. Orang yang mengeluarkan pandangan hukum menjadi wakil Allah dalam menetapkan hukum
dalam satu permasalahan. Seorang wakil tidak boleh mencipta ucapan yang tidak dikatakan
oleh pihak yang mewakilkannya. Etika & Akhlak, Usul Fiqh 20. (2011). Tahun baru, hidup baru. Solusi 27, hal. 28-29. Seruan melangkahi tahun Hijrah. Kita harus mengajukan soalan asas tentang niat, visi dan
arah hidup kita. Tuliskan jawapan dan tampalkan di dinding bilik sebagai peringatan. Etika & Akhlak, Takwim Islam 21. (2011). Bersederhana dalam membenci. Solusi 29, hal. 28-29. Membela orang yang dicintai satu tindakan mulia. Namun membela musuh yang sedang
dizalimi jauh lebih mulia. Etika & Akhlak 22. (2011). Melihat dengan akal. Solusi 31, hal. 28-29. Akal berpotensi luar biasa kerana boleh menembusi dimensi ruang dan masa. Jika digunakan
sebaiknya, akal boleh merekonstruksi masa lalu dan meramalkan masa depan. Etika & Akhlak 23. (2011). Hikmah tidak mengenal usia. Solusi 32, hal. 28-29. Bersedia menerima kebenaran meskipun daripada orang yang lebih muda adalah tawaduk,
mengundang penghormatan dan rasa kagum orang di sekelilingnya. Etika & Akhlak 24. (2011). Orang pertama dicampakkan ke neraka. Solusi 33, hal. 28-29. Antara orang pertama yang masuk neraka ialah mereka yang suka menipu agama, beribadah
tetapi bersifat riak dan sum’ah (beribadat untuk manusia). Etika & Akhlak 25. (2011). Berkumpul di dunia, berkumpul kembali di syurga. Solusi 34, hal. 28-29. Perbezaan amal di dunia memisahkan tempat ahli keluarga di akhirat, syurga atau neraka.
Namun dengan rahmat Allah S.W.T., ahli syurga akan ditemukan kembali dengan ahli
keluarga masing-masing. Etika & Akhlak 26. (2011). Rasul mulia, umat mulia, akhlak mulia. Kuala Lumpur : Telaga Biru.
237 hal. Etika & Akhlak, Asatizah & Ulama – Biografi 27. (2011). Metod Ibn Hibban dalam menafsirkan hadis-hadis sifat. Jurnal Dakwah
2, hal. 28-39. Para ulama salaf tidak bermasalah dengan kandungan hadis-hadis yang menyebut sifat-sifat
Allah ini tetapi apabila situasi berubah, mereka mula terhimpit di antara Muktazilah dan
Musyabihah. Hadis – Metodologi Muhaddis 28. (2011). Orang besar, semangat besar. Solusi 35, hal. 28-29. Kebesaran jiwa seseorang dapat dilihat pada sikapnya dalam menghadapi kehidupan seperti
beberapa kisah sejarah. Etika & Akhlak 29. (2011). Buku pertama dan terakhir. Solusi 36, hal. 30-31. Kesan pujian atau celaan kepada orang lain. Jika ia berbentuk motivasi, mungkin boleh
mendorong pendengarnya mengubah kehidupan menjadi lebih sempurna. Etika & Akhlak 30. (2011). Hidupkan adab ulama salaf. Solusi 37, hal. 28-29. Adab mulia akan melahirkan rasa cinta dan hormat. Adab cela pula akan memutik kebencian
dan permusuhan. Etika & Akhlak 31. (2011). Awas, perangkap syaitan!. Solusi 38, hal. 28-29. Kekurangan diri atau ilmu tidak harus dijadikan alasan untuk berdakwah kerana ia
merupakan tanggungjawab umat Islam. Etika & Akhlak 32. (2011). Hikmah anugerah yang luar biasa. Solusi 39, hal. 28-29. Hikmah merupakan akal (kecerdasan) serta rahmat dan anugerah Allah. Ia diperlukan untuk
membetulkan kesalahan orang lain tanpa menjatuhkan air mukanya. Etika & Akhlak 33. (2011). Bekalan terbaik untuk tetamu Allah: Panduan jemaah haji. Jakarta:
Pustaka Afaf. Fiqh Ibadat – Haji & Umrah 34. (2011). Rasul mulia, umat mulia, akhlak mulia. Kuala Lumpur: Telaga Biru.
224 hal. Himpunan kisah dan riwayat hidup para ulama yang sangat kaya dengan pelbagai ilmu dan
hikmah. Ia diiringi dengan pelbagai nukilan daripada al-Quran, as-Sunnah dan ucapan para
ulama, lalu mengaitkannya dengan realiti kehidupan kita pada hari ini. Sejarah Islam – Biografi 35. (2011). Takwil hadis. Kuala Lumpur: Telaga Biru. 192 hal. Harus ada kesedaran untuk menerapkan metode (cara) pentafsiran isi hadis yang tepat
sebagaimana manhaj ulama. Kemunculan puak sesat yang mengajarkan doktrin menyimpang
daripada kefahaman jumhur ulama menggunakan nama hadis dan sunah makin
membimbangkan masyarakat. Hadis – Metodologi Muhaddis 36. (2012). Syiah, Ahlul Bait & Sahabat. Al-Ustaz 17, hal. 20-24. Kenali siapa golongan Syiah, Ahlul Bait dan Sahabat serta mengapa Syiah membenci Abu
Bakar, Umar, Aisyah dan Abu Hurairah. Akidah (Syiah) 37. (2012). Membongkar tipu daya Syiah. Al-Ustaz 17, hal. 25-29. Huraian terperinci tentang golongan Syiah dan ajaran mereka. Beberapa buku-buku Syiah
yang mengelirukan umat Islam disenaraikan. Akidah (Syiah) 38. (2012). Media dakwah baru. Al-Ustaz 18, hal. 18-19. Teknologi baru harus digunakan untuk manfaat diri dan kebaikan Islam serta meningkatkan
kualiti dakwah bukan untuk merosakkan umat Islam. Dakwah, Islam & Teknologi 39. (2012). Kemusykilan hukum-hakam internet. Al-Ustaz 18, hal. 18-19. Hukum asalnya harus tetapi jika internet digunakan untuk perkara maksiat, ia menjadi
haram. Orang yang dizalimi dilarang menghebahkan masalah peribadinya di Facebook tetapi
harus mengadu kepada Allah S.W.T. Fiqh Halal & Haram, Islam & Teknologi, Etika & Akhlak 40. (2012). Kompas ilmu di belantara internet. Al-Ustaz 18, hal. 25-29. Ilmu adalah agama, justeru perhatikan siapa yang dijadikan rujukan. Beberapa panduan
untuk berkongsi ilmu disenaraikan. Islam & Teknologi, Islam & Ilmu, Etika & Akhlak 41. (2012). Mendamaikan sesama Ahli Sunnah. Al-Ustaz 19, hal. 20-24. Huraian mengenai isu takwil, menyalahi hadis, kedudukan Asy’ariyah dan Salafi. Akidah 42. (2012). Sikap kita menghadapi ikhtilaf. Al-Ustaz 19, hal. 25-29. Isu merendahkan pendapat asatizah lain dan mengkafirkan mereka serta penggunaan hadis
palsu disentuh. Fiqh Ikhtilaf 43. (2012). Nikah antara sah dan susah. Al-Ustaz 8, hal. 40-41. Tentang hukum nikah, nikah mutaah, nikah di luar negeri dan meminang wanita beriddah,
pengantin lelaki berwakil dan jimak menghadap kiblat. Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian 44. (2012). Sumpah, nazar dan kafarah. Al-Ustaz 12, hal. 18-19. Penjelasan tentang hukum sumpah tidak makan masakan isteri, bernazar jika beroleh anak
dan melaksanakan nazar ibu. Etika & Akhlak, Fiqh Ibadat 45. (2012). Jangan mudah bersumpah. Al-Ustaz 12, hal. 20-24. Jawapan kepada soalan tentang kewajipan melaksanakan sumpah, sumpah demi Rasulullah,
sumpah palsu, sumpah laknat dan bayar kafarah awal. Fiqh Ibadat 46. (2012). Islam memberi kemudahan. Al-Ustaz 13, hal. 18-19. Menerokai pelbagai cara dan keringanan yang diberikan oleh Islam bagi para pesakit dan
orang yang menguruskan mereka. Fiqh Ibadat – Solat, Fiqh Ibadat – Puasa 47. (2012). Keringanan ibadat bagi pesakit. Al-Ustaz 13, hal. 20-24. Huraian tentang isu wuduk dengan balutan, pengganti debu tanah, kencing tidak lawas, pesakit
bergelumang najis dan solat pesakit lumpuh. Fiqh Ibadat – Thaharah 48. (2012). Setelah nyawa meninggalkan tubuh. Al-Ustaz 14, hal. 20-24. Perkongsian mengenai isu berpakaian hitam sebagai tanda berkabung, tanda-tanda Husnul
Khatimah, amalan untuk memudahkan nazak dan hukum meratapi mayat. Ahwal Syahsiah – Kematian 49. (2012). Halal dan haram dalam berfesyen. Al-Ustaz 15, hal. 20-24. Ikuti jawapan kepada persoalan tentang tabarruj, meniru pakaian berlainan jantina dan
memakaikan cincin emas kepada anak lelaki. Fiqh Halal & Haram, Etika & Akhlak 50. (2012). Fiqah fesyen perempuan. Al-Ustaz 15, hal. 20-24. Fahami hukum-hukum bersolek untuk suami, berkasut tumit tinggi, bergelang kaki, bertindik
hidung, berstoking lengan, berwangian-wangian dan berambut palsu. Etika & Akhlak, Wanita – Hak & Tanggungjawab, Fiqh Halal & Haram 51. (2012). Memburu Lailatulqadar. Al-Ustaz 16, hal. 18-24. Jawapan kepada persoalan tentang makna dan tanda-tanda Lailatulqadar, cara mengira
malam ganjil juga persiapan dan amalan pada malam itu. Takwim Islam 52. (2012). Bercuti : apa hukumnya? Al-Ustaz 20, hal. 18-20. Isu hukum bercuti, ketidakadilan suami yang membawa hanya isteri pertama bercuti, dan
mengambil gambar semasa bercuti dipersoalkan. Etika & Akhlak, Fiqh Halal & Haram 53. (2012). Panduan bercuti di negara Islam. Al-Ustaz 20, hal. 21-24. Jawapan kepada persoalan hukum melancong pada hari Jumaat untuk kaum lelaki, melancong
ke negara kafir, beristinjak tanpa air dan pinggan mangkok bukan Islam yang digunakan
semasa melancong. Etika & Akhlak, Fiqh Ibadat, Fiqh Halal & Haram 54. (2012). Muslim tidak selalu serius. Al-Ustaz 21, hal. 18-20. Adakah Muslim mesti selalu serius dalam setiap keadaan? Fahami adab berhibur dan bergurau
dalam Islam. Etika & Akhlak 55. (2012). Bukan sekadar sihat & terhibur. Al-Ustaz 21, hal. 21-24. Islam tidak mengharamkan semua sukan dan permainan selagi tidak menyalahi prinsipprinsip
agama. Hukum permainan adalah harus walaupun sekadar untuk menghiburkan diri,
bersuka ria dan ketawa. Etika & Akhlak 56. (2012). Membatalkan puasa sunat. Al-Ustaz 21, hal.40-41. Beberapa hukum tentang puasa sunat yang boleh dibatalkan, memulakan niat puasa lewat dan
membatalkan puasa qadak. Fiqh Ibadat – Puasa 57. (2012). Pelaburan Ibn al-Mubarak. Solusi 40, hal. 28-29. Pengajaran dari kisah ulama yang menaja dan menyara tokoh-tokoh ilmuwan dan penggiat
dakwah setiap bulan agar mereka dapat berdakwah sebagai pelaburan akhiratnya. Asatizah & Ulama – Biografi, Dakwah, Etika & Akhlak 58. (2012). Ini pasti berakhir. Solusi 41, hal. 28-29. Kisah Imam Hanbali tentang kepentingan tawakkal. Sesiapa yang bergantung kepada Allah,
hatinya akan tenang dan rezki akan datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Asatizah & Ulama – Biografi, Etika & Akhlak 59. (2012). Hadiahkan kegembiraan dengan kejutan. Solusi 42, hal. 28-29. Ulama Abu Zuhl sering memberi kejutan dalam setiap perbuatannya. Justeru, kita digalakkan
berfikiran kreatif dengan mengaktifkan minda agar orang lain dapat merasai kegembiraan. Asatizah & Ulama – Biografi, Etika & Akhlak 60. (2012). Semut pun sedar. Solusi 43, hal. 28-29. Aktiviti orang yang sering bertaqarrub dengan Allah, tidak akan sia-sia. Di sebalik perbuatan
ada ilmu, dalam ilmu ada niat dan bersama niat terkandung pahala. Etika & Akhlak 61. (2012). Menyedari hakikat bahagia sebenar. Solusi 44, hal. 28-29. ‘Istidraj’ bukan merupakan pemberian atau nikmat tetapi ia adalah perangkap dan kehinaan
agar seseorang itu terleka dalam pelbagai ‘kenikmatan’. Etika & Akhlak 62. (2012). Ada syurga dalam hati. Solusi 45, hal. 28-29. Merujuk beberapa kisah ulama mengenai persepsi manusia terhadap kehidupan. Antara cara
kita merealisasikan syurga dalam hati ialah dengan menyelaraskan kehendak kita dengan
kehendak Allah S.W.T. Asatizah & Ulama – Biografi, Etika & Akhlak 63. (2012). Menjadi tokoh terbaik. Solusi 46, hal. 28-29. Kebaikan atau keburukan seseorang pemimpin akan dilihat dan dicontohi oleh masyarakat.
Justeru, mereka wajib menjaga diri dan orang bawahannya. Etika & Akhlak 64. (2012). Menundukkan pandangan. Solusi 47, hal. 28-29. Perbincangan tentang adab berhari raya, sesuai dengan tata cara yang ditunjukkan oleh ulama
salafussoleh. Etika & Akhlak 65. (2012). Nasihatilah biarpun pahit. Solusi 48, hal. 28-29. Dalam memberi nasihat, sifat berhemah digalakkan sebagai mencontohi akhlak mulia Nabi
Muhammad S.A.W. Etika & Akhlak 66. (2012). Terselamat kerana menyebarkan kebaikan. Solusi 49, hal. 28-29. Walau sekecil manapun kebaikan yang dilakukan, ia boleh menjadi penyelamat kita daripada
api neraka. Etika & Akhlak 67. (2012). Aktiviti hati vs aktiviti zahir. Solusi 50, hal. 28-29. Hati ialah tempat penilaian Allah S.W.T. terhadap manusia. Setiap amal ibadah tidak bernilai
di sisi Allah jika tidak disertai niat yang ikhlas. Etika & Akhlak 68. (2012). Memasak & menjamu selera. Al-Ustaz 22, hal. 18-20. Huraian tentang hukum memasak untuk keluarga dan memakan makanan yang dimasak oleh
wanita yang berhaid juga pengikut ajaran sesat. Etika & Akhlak, Fiqh Halal & Haram 69. (2012). Fiqah beraksi di dapur. Al-Ustaz 22, hal. 21-24. Perbahasan tentang hukum memakan darah ikan, daging masak yang masih berdarah dan
rum dalam kek. Fiqh Kontemporari, Fiqh Halal & Haram 70. (2012). Yang sering ditanya tentang pemakanan. Al-Ustaz 22, hal. 25-29. Perbincangan tentang hukum pengamal vegetarian, makan ikan mentah dan mencampurkan
daging dan susu dalam makanan. Fiqh Kontemporari, Fiqh Halal & Haram 71. (2012). Makhluk ghaib antara hakikat & khurafat. Al-Ustaz 23, hal. 18 – 20. Mempercayai perkara ghaib ialah salah satu rukun Iman. Manusia harus selalu membentengi
diri dengan amalan-amalan yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Akidah 72. (2012). Waspada angkara sihir. Al-Ustaz 23, hal. 21-24. Untuk menjaga sihir, lazimkan ibadah dan zikir serta menjauhi maksiat dan perkara yang
melalaikan. Akidah 73. (2012). Ramalan dan khurafat. Al-Ustaz 23, hal. 25-28. Penjelasan tentang isu khurafat termasuk mandi bunga, mesej berantai dan kepercayaan
tentang kayu koka yang dapat menghalang jin dan syaitan. Akidah 74. (2012). Hadis gandingan al-Quran. Al-Ustaz 24, hal. 18-20. Kedudukan dan fungsi hadis disentuh. Hadis merupakan antara cara kita mengenal Nabi
Muhammad S.A.W melalui adab, akhlak, nasihat, perjuangan, ajaran, bimbingan bahkan
bentuk fizikal Baginda. Hadis – Ulum 75. (2012). Menjawab kekeliruan aliran antihadis. Al-Ustaz 24, hal. 21-24. Golongan antihadis hanya berpegang kepada al-Quran sebagai sumber perundangan. Imam
Al-Syafi’I mengingatkan bahawa hadis sahih harus didahulukan berbanding qias dan fatwa
sahabat atau ulama. Akidah, Hadis – Ulum 76. (2012). Hadis palsu cemar imej Nabi. Al-Ustaz 24, hal. 26 – 30. Cara-cara menyelidik dan memastikan status hadis sahih dibincangkan. Hadis – Ulum 77. (2012). Adab & etika para imam dalam berinteraksi dengan nusus. Dalam
Konvensyen Fiqh 4 Mazhab Singapura, 15-16 September 2012. Anjuran Darul Fiqh
Masjid Al-Iman, Persatuan Muhammadiyah & Syukran International. Singapura:
Masjid Al-Iman, hal. 60 – 82. Para imam pengasas empat mazhab muktabar sangat takut pada Allah S.W.T. apabila
menerima hadis Nabi S.A.W. atau fatwa sahabat. Jika menyedari yang pendapat mereka
bertentangan dengan hadis, mereka bersedia menarik balik dan merubah ijtihadnya sesegera
mungkin. Etika & Akhlak 78. (2013, Jan). Bijak menyampaikan ilmu. Solusi 51, hal. 28-29. Dalam menyampaikan ilmu, kebijaksanaan memilih perbahasan yang sesuai dengan
masyarakat diperlukan. Prinsip inilah yang cuba diajarkan oleh Imam Malik. Dakwah 79. (2013, Jan). Kursiy penyangga langit dan bumi. Solusi 51, hal. 112-113. Membincangkan tentang makhluk-makhluk pertama ciptaan Allah khususnya Kursiy seperti
yang termaktub dalam surah al-Baqarah 2: 55 dan hadis. Akidah 80. (2013, Feb). Mencontohi kewarakan Ibn Sirin. Solusi 52, hal. 28 – 29. Peribadi Muhammad bin Sirin dinukilkan dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala yang
mencerminkan adab ulama salaf ini juga disiplin dan kebersihan hatinya. Asatizah & Ulama – Biografi, Etika & Akhlak 81. (2013, Feb). Hakikat kalam dan lohmahfuz. Solusi 52, hal. 112-113. Kalam dan Lauh yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis tidak boleh dibayangkan dengan
makna literal. Kededuanya berada di luar jangkauan akal manusia untuk mengetahui hakikat
dan sifat. Akidah 82. (2013, Mac). “Hatiku menjadi lembut kerana nasihatnya…” Solusi 53, hal. 28-29. Pengajaran tentang perbezaan kata-kata mengikut pengucap yang berbeza. Meskipun
kalimahnya serupa, namun impaknya di jiwa pendengar amat berbeza. Etika & Akhlak 83. (2013, Mei). Kematian ulama, kelompangan dalam Islam. Solusi 55, hal. 28-29. Orang yang bergembira apabila mendengar kematian seorang ulama memiliki sikap yang lebih
teruk dari kejahilan kerana hatinya tertutup dari cahaya keimanan. Etika & Akhlak 84. (2013, Jun). Paksa diri untuk berubah. Solusi 56, hal. 28-29. Para ulama terus memaksa diri mencapai kecemerlangan meskipun mereka berada di ambang
kematian agar kuantiti ibadah dapat ditambah. Etika & Akhlak 85. (2013). Ulama juga profesional. Solusi 58, hal. 28-29. Ulama berperanan bukan sahaja membincangkan hukum agama tetapi berkongsi fatwa-fatwa
terkini dalam bidang pelaburan dan perbankan yang boleh menjadi pemangkin perubahan. Asatizah – Profesion, Etika & Akhlak 86. (2013). Bintang lampu alam. Solusi 58, hal. 112-113. Al-Ghazali dalam Ihya menyebut dua jenis ilmu bintang; astronomi dan astrologi. Sementara
umat Islam digalakkan mempelajari astronomi, ilmu astrologi pula diharamkan. Sains Islam 87.(2013). Saat paling manis di dunia. Solusi 59, hal. 16-17. Huraian dan tips tentang cara praktikal mengenali Allah (makrifatullah). Akidah 88. (2013). Pohonnya makrifatullah, buahnya akhlak. Solusi 59, hal. 20-24. Ilmu berbuah amal. Makrifah berbuah akhlak. Siapa yang mengenal Allah akan meniru
akhlak-Nya dalam berinteraksi dengan manusia. Akidah 89. (2013). Darah nyamuk. Solusi 59, hal. 28-29. Teguran kepada mentaliti “Darah nyamuk” umat Islam yang suka membesar-besarkan perkara
kecil dan memperkecilkan perkara besar dengan memberi contoh revolusi rakyat di Syria. Etika & Akhlak 90. (2013). Bahkan matahari bersujud. Solusi 59, hal. 112-113. Jika matahari yang sangat berkuasa turut bersujud kepada Allah, bagaimana pula dengan
manusia yang hina, sombong dan enggan menyembah-Nya. Akidah, Etika & Akhlak 91. (2013). Nak tolong atau tidak? Solusi 61, hal. 28-29. Para ulama selalu mendahulukan hajat orang yang memerlukan berbanding ibadah-ibadah
sunat yang sering dilakukan. Etika & Akhlak 92. (2013). Kompas umat akhir zaman: membina akhlak berasaskan akidah hari
pembalasan. Kuala Lumpur: Telaga Biru. 372 hal. Mempaparkan apa yang berlaku di akhir zaman termasuk tanda-tanda kiamat besar dan
kecil, azab neraka, nikmat syurga. Lengkap dengan rujukan yang sahih dan huraian hikmah
para ulama. Etika & Akhlak, Akidah 93. (2013). “Sepatutnya engkau tidak boleh tidur malam ini!”. Solusi 63, hal. 28-29. Keberkesanan ceramah agama bukan diukur dengan bilangan pendengar, tetapi perubahan
yang berlaku pada diri pendengar. Ibn Al-Jawzi dijadikan contoh penceramah yang berkesan. Etika & Akhlak 94. (2013). Keringanan hukum buat warga emas. Al-Ustaz 25, hal. 26-29. Penjelasan tentang hukum menyentuh warga emas berlainan jantina, bertayamum, soal
menopaus, solat untuk yang nyanyuk dan jamak solat untuk pesakit yang baru sedar dari koma. Fiqh Kontemporari, Fiqh Halal & Haram 95. (2013). Bimbingan mengurus warga emas. Al-Ustaz 25, hal. 26- 29. Antara isu yang disentuh termasuk batas aurat, idah, dan nafkah warga emas. Etika & Akhlak 96. (2013). Hadis akhir zaman. Al-Ustaz 26, hal. 17-20. Huraian hadis-hadis tentang akhir zaman dan gambaran masa depan umat manusia pada
masa itu. Akidah, Hadis – Syarah 97. (2013). Fitnah besar akhir zaman. Al-Ustaz 26, hal. 20-24. Tipu daya dajjal merupakan antara satu fitnah akhir zaman. Ikuti penjelasan tentang sama
ada peperangan Syria merupakan antara tanda-tanda kehadiran dajjal. Akidah 98. (2013). Antara Imam Mahdi dan Nabi Isa. Al-Ustaz 26, hal. 25-29. Akidah mengenai turunnya Nabi Isa berbeza dengan akidah tentang Imam Mahdi.
Kemunculan Nabi Isa harus diyakini tetapi sebahagian ulama masih memperdebatkan
kepercayaan tentang kehadiran Imam Mahdi. Akidah 99. (2013). Masjid syiar Islam. Al-Ustaz 27, hal. 17-20. Fungsi sebenar masjid dalam Islam dan beberapa saranan untuk mengembalikan kegemilangan
masjid dihuraikan. Masjid – Sejarah & Peranan 100. (2013). Kekeliruan hukum-hakam masjid. Al-Ustaz 27, hal. 20-24. Penjelasan tentang hukum solat tahiyatul masjid, berjual beli dalam masjid dan trend majlis
akad nikah di masjid. Etika & Akhlak, Fiqh Kontemporari 101. (2013). Konsep Baitul Muslim. Al-Ustaz 28, hal. 16-19. Penjelasan tentang tanggungjawab suami isteri dalam menyediakan kediaman dan sumbangan
kepada pembiayaan membeli rumah. Fiqh Munakahat 102. (2013). Halal haram di tempat kerja. Al-Ustaz 29, hal. 20-21. Penjelasan tentang masalah pihak syarikat yang tidak membenarkan pekerja untuk bersolat, isu
mengejar solat jemaah tetapi meninggalkan tugas dan penggunaan sijil palsu untuk memohon
pekerjaan. Etika & Akhlak, Fiqh Kontemporari, Fiqh Halal & Haram 103. (2013). Fenomena wanita berkerjaya. Al-Ustaz 30, hal. 16-19. Membincangkan hukum dan panduan asas bagi seorang wanita yang bergelar isteri, suri
rumah dan pekerja. Etika & Akhlak, Wanita – Hak & Tanggungjawab 104. (2013). Wanita di tempat kerja. Al-Ustaz 30, hal. 20-24. Isu tentang wajibkah isteri berkerjaya menerima nafkah?, hukum isteri yang pergi bekerja
semasa dalam idah juga bertugas di luar negara dengan bukan mahram. Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian, Wanita – Hak & Tanggungjawab 105. (2013). Wanita berkerjaya dan keluarga. Al-Ustaz 30, hal. 25-29. Huraian tentang isu wanita yang terlalu mementingkan kerjayanya hingga menjejas
hubungan suami isteri dan penggunaan wang gaji isteri untuk perbelanjaan keluarga. Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian, Wanita – Hak & Tanggungjawab 106. (2013). Fiqah keluarga. Al-Ustaz 31, hal. 16-19. Sikap ibu bapa akan menentukan sama ada anak-anak akan dididik secara Islam. Justeru,
mereka harus memahami dan menguasai fiqah berkeluarga seperti beberapa contoh yang
diberikan. Pendidikan Keluarga – Keibubapaan 107. (2013). Merotan anak. Al-Ustaz 31, hal. 76-77. Hadis yang menyuruh kita menggantungkan rotan di dalam rumah supaya anak-anak tidak
berbuat nakal dikatakan tidak sah. Secara asasnya pendidikan Islam berteraskan kasih sayang
dan kelembutan. Pendidikan Keluarga – Keibubapaan 108. (2013). Hidup sihat cara nabi dan sahabat. Al-Ustaz 32, hal. 20-23. Jadual tidur Nabi sangat teratur. Baginda biasanya tidur awal malam lepas solat Isyak,
kemudian bangun selepas tengah malam. Etika & Akhlak 109. (2013). Kesenangan yang memperdaya. Al-Ustaz 33, hal. 20-23. Jawapan kepada beberapa persoalan tentang berpaling daripada agama setelah mendapat
nikmat dunia, melakukan maksiat untuk menenangkan hati dan sifat iri hati melihat
kebahgiaan orang lain. Etika & Akhlak 110. (2013). Bertahajud seperti nabi. Al-Ustaz 34, hal. 20-23. Nasihat tentang cara mengerjakan tahajud secara istiqamah dan sempurna. Cara mengerjakan
solat witir termasuk bacaan selepas mengerjakan solat sunat ini, solat sunat fajar dan solat
sunat taubat dijelaskan. 10 tip mudah untuk bangun malam turut disertakan. Fiqh Ibadat – Solat 111. (2013). Hukum-hakam menanam pokok. Al-Ustaz 35, hal. 20-23. Dalam Islam, menanam pokok memberikan manfaat kepada penanam yang akan berterusan
memetik buah dan mendapat pahalanya. Isu lain yang dibincang termasuk menanam pokok
tanpa izin di atas tanah milik orang, mencuri tanah dan hukum menanam pokok di atas kubur. Etika & Akhlak, Fiqh Halal & Haram 112. (2014). Hanya kepadanya aku taasub. Solusi 65, hal. 48-49. Sikap pencinta kebenaran ialah menerima kebenaran daripada sesiapa sahaja pada bilabila
masa. Kebenaran adalah hikmah yang dicari oleh setiap Muslim. Justeru, terimalah
kebenaran, jangan taasub. Etika & Akhlak 113. (2014). Sayangi pelaku maksiat. Solusi 68, hal. 48-49. Mencela seseorang atas kesalahan yang pernah dilakukan merupakan sikap yang tidak
beradab. Kita digalakkan berakhlak mulia semasa berinteraksi. Etika & Akhlak 114. (2014). “Dia ahli neraka!”. Solusi 69, hal. 48-49. Apabila menyedari kekurangan diri, akan lahir rasa malu apabila dipuji. Kita akan berasa
tidak layak menerima setiap pujian tersebut. Apalagi, gembira dipuji melebihi kadar diri
yang merupakan sifat tercela. Etika & Akhlak 115. (2014). Kepala kambing terbaik. Solusi 70, hal. 48-49. Apa pun profesi kita, berusahalah memberi yang terbaik dalam pekerjaan. Jangan jemu
melakukan yang terbaik walaupun tiada siapa memuji dan menghargai kerana Allah selalu
melihat perbuatan kita. Etika & Akhlak 116. (2014). Dengan haiwan lagikan begitu. Solusi 71, hal. 48-49. Kelakuan pencinta haiwan yang menyakiti manusia merupakan petanda bahawa cintanya
kepada haiwan bukan kerana Allah. Makhluk harus lebih dicintai kerana mereka lebih mulia
di sisi Allah. Etika & Akhlak 117. (2014). Hidup penjual sayur lebih nikmat. Solusi 72, hal. 48-49. Tukilan kisah Nizamul Mulk, penguasa kerajaan Bani Saljuk. Sikap manusia yang tidak
menghargai apa yang dimiliki khususnya nikmat Allah ditegur. Etika & Akhlak 118. (2014). Harga segelas air. Solusi 75, hal. 30-31. Segelas air yang murah menjadi mahal apabila diperlukan. Begitu juga amal ibadah dan
kebajikan kita yang amat diperlukan untuk menyelamatkan diri daripada neraka. Etika & Akhlak 119. (2014). Ikon syabab: kisah remaja terdahulu, tarbiah remaja masa kini. Kuala
Lumpur: Telaga Biru. 140 hal. Kisah tokoh-tokoh pemuda Islam zaman dahulu yang pandai menetapkan matlamat dan
mengatur strategi untuk mencapainya. Antara mereka ialah Yahya bin Yahya, Imam Malik
bin Anas, Imam al-Bukhari dan Arthaah bin Munzir. Asatizah & Ulama – Biografi, Etika & Akhlak, Pendidikan Keluarga – Keibubapaan 120. (2014). Membongkar peristiwa masa hadapan melalui hadis. Dalam Konvensyen
Hadis, 8 & 9 Mac 2014, Auditorium Masjid Sultan, 9.00 pagi – 5 ptg. Anjuran
bersama Masjid Ar-Raudhah, Masjid Assyafaah dan Muhammadiyah Association.
Singapura: Masjid Ar-Raudhah, hal. 55 – 70. Rasulullah S.A.W. dan hamba-hamba pilihan mengetahui sedikit tentang perkara ghaib dan
tentang masa hadapan. Ini merupakan antara bentuk wahyu yang wajib diterima dan diimani
oleh setiap muslim. Hadis – Syarah 121. (2015). Tawassul si buta. Al-Ustaz 45, hal.76-77. Ulama berbeza pendapat sama ada dibenarkan untuk bertawassul dengan selain daripada
Rasulullah. Namun kebanyakan ulama membenarkannya berdalilkan tawassul Umar bin al-
Khattab dengan Abbas bin Abdul Mutalib. Akidah, Hadis – Syarah 122. (2015). Hukum tidur meniarap. Al-Ustaz 46, hal. 76-77. Semua ulama bersepakat bahawa cara tidur yang paling baik dan mengikut sunnah adalah
dengan berbaring di atas sisi sebelah kanan. Fiqh Halal & Haram, Hadis – Syarah 123. (2015). Minta cerai, tak bau syurga? Al-Ustaz 47, hal. 74-75. Hadis yang mengandungi larangan meminta khuluk ini dan hadis yang berkaitan dengannya
semua sanadnya lemah dan tidak sahih berasal dari Nabi S.A.W. Etika & Akhlak, Hadis – Syarah 124. (2015). Solat sambil pejam mata. Al-Ustaz 48, hal. 74-75. Para ulama berbeza pendapat berkenaan arah pandangan dalam solat. Hadis yang menyebut
tentang solat sambil memejam mata dianggap lemah dan ia tidak cukup kuat untuk menjadi
hujah dalam perkara hukum hakam. Fiqh Ibadat – Solat, Hadis – Syarah 125. (2015). Hukum jual beli kucing. Al-Ustaz 49, hal. 74-75. Tiada hadis sahih yang melarang jual beli kucing sebagaimana pendapat al-Tirmizi, Abu
Awanah, al-Khatabi dan lain-lain. Hadis yang meriwayatkan Nabi melarang daripada
menjual kucing, ada dua takwilan, yakni larangan berbentuk makruh tanzih dan berkaitan
dengan kucing liar. Fiqh Halal & Haram, Hadis – Syarah 126. (2015). Walaupun bukan yang pertama. Solusi 76, hal. 30-31. Jika tidak menjadi yang pertama, jadilah yang terbaik seperti yang amalan Imam Malik
penulis kitab ‘Al-Muwatta”, rujukan terpenting ahli hadis. Etika & Akhlak 127. (2015). Apabila ulama mengotakan janjinya. Solusi 77, hal. 32-33. Ulama berperanan untuk bergaul dengan masyarakat agar mudah dirujuk. Mereka harus
bekerjasama memartabatkan ilmu dan membetulkan kekeliruan. Etika & Akhlak 128. (2015). Ingat Allah ketika senang. Solusi 79, hal. 32-33. Jika kita berhenti beribadah apabila terhimpit kesempitan bermakna kita telah memutuskan
talian hayat yang dapat mengeluarkan kita daripada kesusahan tersebut. Etika & Akhlak 129. (2015). Logik orang soleh. Solusi 82, hal. 32-33. Logik orang soleh menjadikan rukun iman sebagai asas mengamati dan mentafsirkan
peristiwa. Cara berfikir begini membuat mereka menjadi lebih bijaksana. Etika & Akhlak 130. (2015). Jangan hampakan harapan. Solusi 85, hal. 32-33. Muslim terbaik merupakan orang yang paling besar khidmatnya kepada manusia dengan
membantu dan tidak menghampakan harapan orang lain. Etika & Akhlak 131. (2015, Jun). Apabila minda mula terasa bebal. Gen-Q: Manual Remaja Bertakwa.
Isu 47, hal 30-31. Seringkali pelajar menghadapi kesulitan dalam pembelajaran. Dalam menghadapi
peperiksaan, mesti ada soalan yang sukar untuk dijawab. Islam & Ilmu 132. (2015, Jul). Fokus pada minat. Gen-Q: Manual Remaja Bertakwa. Isu 48, hal
26-28. Minat merupakan rahsia terpenting di sebalik kejayaan. Semua tokoh besar dalam sejarah
sangat meminati apa yang mereka lakukan. Etika & Akhlak 133. (2015, Okt). Sebab anda ahli ilmu. Gen-Q: Manual Remaja Bertakwa. Isu 50,
hal 30-31. Ilmu itu sangat penting dan bermanfaat bagi manusia. Ilmu dapat membawa manusia ke
syurga dan mengheret tuannya ke neraka jika ia melahirkan penyakit hati. Pendidikan Islam 134. (2015). Ikon syabab 2. Kuala Lumpur: Telaga Biru. 99 hal. Menceritakan tokoh-tokoh pemuda Islam zaman dahulu yang pandai menetapkan matlamat
dan mengatur strategi untuk mencapainya. Mereke termasuk Yahya bin Yahya, Imam Malik
bin Anas, Imam al-Bukhari, Arthaah bin Munzir dan ramai lagi. Sejarah Islam – Biografi 135. (2015). 47 Superstar Syurga. Kuala Lumpur: Telaga Biru. 256 hal. Generasi para sahabat sepatutnya dipilih sebagai model dan contoh kepada umat Islam.
Merekalah para tokoh graduan madrasah tarbiah Rasulullah. Selain mengikuti sunah dan
jejak Baginda, pasti kita juga mahu meneladani keimananan, kecerdasan, keperwiraan dan
keberanian. Sejarah Islam – Biografi 136. (2015). Dalam hati ada syurga. Kuala Lumpur: Telaga Biru. 206 hal. Sabda Rasulullah S.A.W. “Ingatlah, dalam jasad manusia terdapat seketul daging. Apabila
daging itu baik, maka seluruh badan akan menjadi baik. Apabila daging itu tidak baik, maka
seluruh badan akan rosak. Ingatlah, daging itu ialah hati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Tasawuf / Tazkiyyatun Nafs 137. (2016). Bolehkah perempuan ziarah kubur? Al-Ustaz 50, hal. 74-75. Para ulama berbeza pendapat dalam mengamalkan hadis yang melarang kaum wanita
menziarahi kubur. Kebanyakan ulama daripada aliran tradisional berpendapat hukum
menziarahi kubur harus bagi wanita jika mereka menjaga adab-adab kesopanan. Fiqh Halal & Haram, Wanita – Hak & Tanggungjawab 138. (2016). Di mana tangan mesti diletakkan?. Al-Ustaz 51, hal. 74-75. Hadis-hadis sahih menyebut bahawa Rasulullah meletakkan tangan kanan ke atas tangan
kiri ketika solat. Justeru, tiada perbezaan pandangan dalam kalangan ahli hadis dan majoriti
fuqaha bahawa sunat meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri. Hadis – Syarah, Fiqh Ibadat – Solat 139. (2016). Doa berbuka puasa. Al-Ustaz 52, hal. 74-75. Mengupas 2 hadis marfu’ berkenaan doa berbuka puasa. Juga menyentuh hukum berdoa ketika
berbuka puasa dan menjelaskan doa yang patut dibaca. Doa & Zikir, Hadis – Syarah, Fiqh Ibadat – Puasa 140. (2017). Fiqh hadis : memahami hadis tidak semudah : sahih itu sunnah, daif itu
bidaah. Kuala Lumpur: Telaga Biru. Selain ketelitian, seorang pengkaji harus memiliki kesabaran. Perbincangan ilmu ini tidak
semudah “ Hadis ini sahih, justeru hukumnya sunat”, atau “Hadis ini palsu, justeru hukumnya
haram”, dan yang seumpamanya. Hadis – Hukum 141. (2018). Fiqh zikir: konsep, hukum dan amalan. Wacana Ilmiah Kesederhanaan
Dalam Islam : Melestarikan Warisah Nubuwah. Pembentangan Kertas Kerja oleh:
Ustaz Dr Umar Muhammad Noor, Ustaz Dr. Leyakat Ali dan Ustaz Iqbal Zain Al-
Jauhari. Ia menjelaskan hakikat zikir dalam Islam serta kekeliruan yang berlaku. Beberapa hukumhakam
tentang zikir yang sering diperselisehkan turut diperbincangkan untuk menawarkan
pandangan yang paling bersederhana. Beberapa zikir untuk amalan seharian juga disebutkan. Zikir & DoaPenulisan
stories from the author
Edition No. 9

Manhaj wasati dan Ilmu Hadis Apabila mengamati wacana intelektual Islam semasa, terutama yang berlaku di rantau Asia Tenggara, kita akan…
531
0