1. (2007). Kitab-Kitab Syarah Kutub al-Sittah. Tulisan bersama Mohd Akil
Muhamed Ali, Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Nurul Syuhada Mohd Muzni dan
Nurul Huda Ahmad. Seminar al-Sunnah dan Isu-Isu Semasa Peringkat Kebangsaan,
20-21 Ogos 2007. Anjuran Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti
Pengajian Islam, UKM, hal. 172-201.
Setiap kitab hadis mempunyai kitab syarahnya yang dikarang dan disusun dengan
keistimewaannya yang tersendiri. Kertas kerja ini memperkenalkan keenam-enam kitab hadis
serta diikuti dengan sebahagian kitab- kitab syarah utama yang berkaitan dengannya.
Kitab Turath
2. (2009). Kajian Hadith Kitab Muntakhab al-Kalam fi Tafsir al-Ahlam yang
dinisbahkan kepada Muhammad ibn Sirin. Tulisan bersama Dr. Azwira Abd. Aziz.
Seminar Takhrij Hadith Nusantara. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
(UM). 30-31 Disember 2009. (s.l.), hal. 1-11.
Kitab ini telah menjadi rujukan dan bahan bacaan popular dalam bidang tafsir mimpi oleh
masyarakat Islam. Kertas kerja ini mengkaji status hadis yang terkandung dalam kitab ini
tidak dijelaskan.
Hadis – Takhrij dan Status Hadis
3. (2010). Pengajian Qiraat di Darul Quran Singapura (DQS): satu tinjauan
awal. Tulisan bersama Dr Sabri Mohamad. Seminar Kebangsaan Pendidikan dan
Penyelidikan Qiraat, 2010, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS), 25-26 Dis
2010. (s.l.) 1-11.
Darul Quran Singapura (DQS) mengambil inisiatif mewujudkan ruang pembelajaran secara
teori dan praktikal (amali) untuk pengajian Qira’at. Kertas kerja ini meninjau usaha DQS
dalam mengetengahkan dan melestarikan ilmu ini.
Al-Quran – Qiraat
4. (2012). Maqasid al-Quran: satu analisa dari sudut berinteraksi dan
membudayakannya. Tulisan bersama Prof. Madya Dr. Mazlan Ibrahim. Seminar
Serantau Maqasid al-Quran 2012. Kerjasama Jabatan Pengajian al-Quran dan al-
Sunnah, UKM dan Darul Quran Singapura, Masjid Kampung Siglap. (s.l.), hal. 26-47.
Satu tinjauan usaha para ulama dalam menjelaskan Maqasid al-Quran dan kaedah ulama
tentang berinteraksi dan membudayakannya agar ia memberi impak terhadap kehidupan
individu dan masyarakat Islam.
Al-Quran – Ulum
5. (2012). Manhaj al-Tasfiyah (Pemurnian) dalam al-Quran dan kaitannya dengan
para rasul. Tulisan bersama Dr Azwira Abd Aziz. Seminar Serantau Maqasid al-
Quran 2012. Kerjasama Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, FPI, UKM dan
Darul Quran Singapura, Masjid Kampung Siglap. (s.l.), hal. 226-244.
Pengenalan kepada manhaj al-tasfiyah yang menunjukkan bahawa ia terkandung di dalam
al-Quran dan merupakan manhaj para Nabi dalam berdakwah dan bukan ideologi yang
dibawa oleh mana-mana pihak atau gerakan.
Dakwah, Al-Quran – Ulum
6. (2012). Konsep al-Tasfiyah (Pemurnian) dalam Akidah berdasarkan Sunnah
Nabawiyah. Dalam HADIS Jurnal Ilmiah Berimpak. Edisi Akhir Tahun. Tahun
Kedua. Bil. 4. Disember 2012. INHAD. KUIS. hal. 37-54.
Kajian ini dilakukan menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dengan pendekatan
analisis dokumen. Manakala metode pentakhrijan hadisnya dilakukan menerusi sistem hadis
berkomputer dan tradisi. Penulis telah mengumpulkan 48 buah hadis yang menunjukkan
terdapat pemanifestasian al-Tasfiyah dalam Sunnah Nabawiyah.
Akidah
7. (2012). Amalan ruqyah syar’iyyah di Singapura: Satu Sorotan. Tulisan bersama
Mohammed Yazid Abd. Samad. Kongres Pengubatan Islam Nusantara, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1 & 2 Dis 2012. (s.l), hal. 1-8.
Walaupun masyarakat Islam di Singapura bergerak menurut arus pemodenan, amalan ruqyah
syar’iyyah masih menjadi antara rawatan alternatif dan semakin mendapat perhatian di
kalangan mereka. Kertas kerja ini membincangkan tentang amalan ini.
Amalan Ruqyah
8. (2012). Peranan Darul Quran Singapura (DQS) dalam melestarikan pengajian
al-Quran: satu tinjauan. Tulisan bersama Mahyudin Sabri Zainal dan Mohamed
Qusairi Thaha. Seminar Antarabangsa Al-Quran Dalam Masyarakat Kontemporari,
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society (SQ2012). Universiti
Sultan Zainal Abidin (UNISZA), 1 – 2 Dis 2012 (s.l.), hal. 1-15.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa DQS telah memberi sumbangan yang besar kepada
masyarakat Islam Singapura dengan memperkenalkan dan melestarikan pengajian ilmu al-
Quran di kalangan mereka.
Organisasi Islam, Masyarakat Melayu / Islam Singapura
9. (2013). Al-Tasfiyah (Pemurnian): Satu analisis terhadap kaitannya dengan
manhaj dakwah para nabi. Jurnal Dakwah, Edisi 4, Disember 2013, hal. 100 – 131.
Sedutan dari tesis sarjana penulis; “Konsep al-Tasfiyah (Pemurnian) dalam akidah menurut
al-Quran dan as-Sunnah” yang menunjukkan bahawa manhaj Al-Tasfiyah adalah manhaj
para nabi dalam berdakwah dan bukan ideologi dari mana-mana pihak atau gerakan.
Dakwah
10. (2013). Mekanisme sanad: kaedah pemindahan ilmu dalam pengajian Islam.
Tulisan bersama Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Prof Madya Dr. Latifah Abdul
Majid dan Prof Madya Dr. Ahamad Asmadi Sakat. Seminar Antarabangsa Ilmu Wahyu
dan Turath, 2013, Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam,
UKM. (s.l.), hal. 149-171.
Allah S.W.T. memuliakan umat ini dengan kehadiran sistem sanad. Ia berfungsi sebagai
mekanisme pemurni ajaran Nabi S.A.W. dari dicemari unsur-unsur luar yang diumpamakan
seperti anti-virus bagi institusi hadith itu sendiri. Kertas kerja ini membincangkan peranan
mekanisme sanad sebagai satu kaedah pemindahan ilmu dalam pengajian Islam dikaji.
Sanad – Pengajian Islam
11. (2014). Mekanisme sanad: satu kajian terhadap aplikasinya di luar bidang hadith.
Tulisan bersama Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Prof. Madya Dr. Latifah Abdul
Majid dan Prof Madya Dr. Ahamad Asmadi Sakat. The 9th ISDEV International
Graduate Workshop (INGRAW), Centre for Islamic Development Management
Studies (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM). 27-28 Oktober 2014. (s.l.), hal.
1-8.
Mutakhir ini, sikap ekstrem sesetengah pihak dalam mementingkan sanad berlaku dalam
pengajian Islam. Kajian ini mengenalpasti permulaan aplikasi sanad di luar bidang hadith
dan menjelaskan kedudukannya sebagai tradisi ulama dalam bidang selain hadith.
Sanad – Pengajian Islam
12. (2015). Relevansi aplikasi sanad dalam pengajian Islam pada masa kini. Tulisan
bersama bersama Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Prof. Madya Dr. Latifah Abdul
Majid dan Prof Madya Dr. Ahamad Asmadi Sakat. Jurnal al-Hikmah Jilid 7, No 1,
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, hal. 103-
119.
Mengenalpasti tujuan sanad di zaman dahulu dan kini serta membincangkan adakah
aplikasi sanad masih releven sekarang. Kajian berbentuk kualitatif ini dijalankan dengan
menggunakan pendekatan kajian sejarah.
Sanad – Pengajian Islam
13. (2015). Faktor aplikasi sanad dalam pengajian Qiraat di Darul Quran Singapura
(DQS). Tulisan bersama Tulisan bersama Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Prof.
Madya Dr. Latifah Abdul Majid dan Prof Madya Dr. Ahamad Asmadi Sakat. Seminar
Serantau Pengajian Qiraat (SISPEQ), 2015, Jabatan Pengajian al-Quran danal-
Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). (s.l.), hal.
32-41.
Mengenalpasti perlaksanaan dan faktor aplikasi sanad dalam pengajian Qiraat di DQS.
Terdapat tiga faktor aplikasi sanad di DQS, iaitu: mengekalkan silsilah sanad, meneruskan
tradisi pembelajaran ulama terdahulu dan melahirkan tenaga pengajar bersanad di Singapura.
Sanad – Pengajian Islam
14. (2015, Dis). Faktor penerusan aplikasi sanad di Tradisi Halaqah Singapura.
Tulisan bersama Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Prof. Madya Dr. Latifah Abdul
Majid dan Prof Madya Dr. Ahamad Asmadi Sakat. HADIS, Jurnal Ilmiah berimpak,
Tahun Kelima, Bil. 10, Disember 2015, Institut Kajian Hadis (INHAD), Kolej
Universiti Islam Selangor (KUIS), hal. 29-46.
Program Tradisi Halaqah kelolaan Badan Agama dan Pelajaran Radin Mas (BAPA)
berusaha melestarikan pengajian bersanad di Singapura. Ia merupakan insiatif bagi
meneruskan tradisi pengajian Islam yang diwarisi dari ulama Mutaqaddimun.
Sanad – Pengajian Islam
15. (2015). Mekanisme sanad dalam pengajian Islam pada masa kini. Tesis yang
dikemukakan untuk memperoleh ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Tesis yang tidak diterbitkan,
225 hal.
Kajian ini memfokuskan tiga objektif, iaitu mengenalpasti – sejarah sanad dan aplikasinya
dalam pengajian Islam, kedudukan sanad sebagai indikator kesahan ilmu dalam pengajian
Islam dan menganalisa faktor serta relevansi aplikasi sanad dalam pengajian.
Sanad – Pengajian Islam
16. (2016, Ogos). Wasatiyah dalam pengajian Islam bersanad. Wasat 10.
Membicarakan tentang peningkatan minat terhadap pembelajaran ilmu-ilmu Islam bukan
hanya kerana isi kandungannya, tapi juga kerana sifatnya yang bersanad. Gambaran akan
asal usul dan kegunaan sanad di zaman awal Islam juga dibincangkan.
Sanad – Pengajian Islam, Kesederhanaan Dalam Islam
17. (2016, Okt-Dis). Ijazah PhD yang ku genggam. Ar-Risalah 22, hal. 19-21.
Penulis berkongsi pengalaman tentang cabaran yang dihadapi semasa memburu ijazah Doktor
Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asatizah – Cabaran & Peluang, Asatizah – Profesion
18. (2017, Jul 9). Haid tidak halang Muslimah lakukan banyak ibadah lain. Berita
Harian, hal. 9.
Fiqh Ibadat
19. (2017, Ogos 25). ‘Payung emas’ galak poligami tiada dalam Al-Quran, hadis.
Berita Harian, hal. 11.
Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian