Ramai daripada kita dewasa ini bekerja bersama rakan berbilang agama dan bangsa. Lazimnya, kita diundang makan bersama dengan teman sekerja mahupun teman sekolah yang berlainan agama seperti makan tengah hari, di majlis Dinner & Dance, bonding selepas waktu kerja dan banyak lagi situasi seumpama itu dan adakalanya terdapat hidangan yang bukan halal di meja yang sama.
Bagaimanakah hubungan kita bersama rakan bukan Islam dalam hal ini?
Agama Islam menganjurkan kita untuk menjaga hubungan baik sesama manusia, tanpa mengira bangsa mahupun agama. Bagi hubungan kita bersama orang bukan Islam pula, Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Mumtahanah ayat 8:
لَّا يَنۡهَاكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَاتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ
Ertinya: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”
Ayat ini menunjukkan bahawa Islam membenarkan kita berlaku baik kepada orang bukan Islam. Maka perkara membawa maksud untuk menjalinkan hubungan baik dengan orang lain, sama ada Muslim mahupun bukan, adalah dibenarkan. Ini termasuk makan semeja bersama seperti sewaktu makan tengah hari mahupun di majlis seperti Dinner and Dance, sekiranya makanan yang dihidangkan kepada orang Islam adalah halal.
Rasulullah s.a.w. sendiri pernah makan di rumah seorang Yahudi.
عن أَنَسٍ أَنَّ يَهُودِيًّا دَعَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى خُبْزِ شَعِيرٍ وَإِهَالَةٍ سَنِخَةٍ فَأَجَابَهُ
Dari Anas bin Malik r.a., seorang yahudi mengundang Nabi s.a.w. untuk bersantap roti gandum, lalu Nabi s.a.w. memenuhi undangan tersebut. Hadis riwayat Imam Ahmad.
Masyarakat Islam di Singapura hidup di dalam masyarakat berbilang agama dan bangsa. Budaya kita dalam bekerja dan di sekolah umpanya tidak dapat lari dari bergaul bersama golongan bukan Islam. Malahan ini merupakan peluang bagi kita untuk saling mengenali agama dan bangsa lain serta memaparkan kemurnian agama Islam kepada orang lain.
How should our relationships with friends of other faiths be?
Many of us today interact with individuals from various racial and religious backgrounds at work or in school. Often, we are invited to have lunch or dinner together with our friends or colleagues. It could be a formal occasion such as a company Dinner & Dance or it could be an informal get-together after work. At times, there would be non-halal dishes served on the same table.
How should our relationships with friends of other faiths be in this regard?
Islam urges us to maintain good relations with each other, regardless of one’s race or religion. As for our relationship with people of other faiths, Allah s.w.t. says in surah al-Mumtahanah verse 8:
لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ
“Allah does not forbid you to deal justly and kindly with those who fought not against you on account of religion and did not drive you out of your homes. Verily, Allah loves those who deal with equity.”
This verse shows that Islam approves of us being kind to people of other faiths. Therefore, for the purpose of establishing good relations with others (regardless of Muslims or people of other faiths) such activities are allowed. In this regard, dining together with friends of other faiths or colleagues is not a problem if the food served to Muslims is halal.
The Prophet s.a.w himself once ate at the house of a Jewish person.
عن أَنَسٍ أَنَّ يَهُودِيًّا دَعَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى خُبْزِ شَعِيرٍ وَإِهَالَةٍ سَنِخَةٍ فَأَجَابَهُ
It was narrated by Anas bin Malik r.a. that he had invited the Prophet s.a.w for a meal and the Prophet s.a.w. had accepted the invitation. Hadith compiled by Imam Ahmad.
As Muslims in Singapore, we live within a larger multi-racial and multi-religious society. We interact with people of other faiths at work and in school daily. This allows us the opportunity to know people of other religious and racial backgrounds while allowing us to present Islam positively to them in return.
Kesederhanaan Dalam Islam
Moderation In Islam
Comments:
SZ commented on Bagaimanakah hubungan kita bersama rakan bukan Islam?: Salam, so can we or can we NOT attend the D&D in this regard?