Bolehkah kita menganggap seorang Muslim yang jarang beribadah dan sering melakukan maksiat sebagai ahli neraka? | Pergas Blog

newest article

Featured Image

Bolehkah kita menganggap seorang Muslim yang jarang beribadah dan sering melakukan maksiat sebagai ahli neraka?

16 May 2020 8:20 pm // Written by Pergas;

 

قَال رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَنْ يُدْخِلَ أَحَدًا مِنْكُمْ عَمَلُهُ الْجَنَّةَ قَالُوا وَلَا أَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَلَا أَنَا إِلَّا أَنْ يَتَغَمَّدَنِيَ اللَّهُ مِنْهُ بِفَضْلٍ وَرَحْمَةٍ

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kerana amalannya.” Para sahabat bertanya; “Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w. menjawab: “Begitu juga aku, kecuali bila Allah melimpahkan kurnia dan rahmatNya kepadaku”. Hadis riwayat Imam Bukhari. 

Berdasarkan hadis ini, urusan syurga atau neraka adalah urusan Allah s.w.t. dan antara kunci memasuki syurga adalah melalui rahmat Allah s.w.t. yang meliputi bukan sahaja orang yang melakukan ibadah ritual. Ini juga dapat dilihat pada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim tentang seorang wanita pelacur dari bani Israel yang memberi minum kepada seekor anjing lalu diampunkan dosanya. Ia merupakan salah satu gambaran tentang luasnya rahmat Allah s.w.t. terhadap hambaNya.

Bahkan rahmat Allah s.w.t. itu sangat luas sehinggakan Allah mengampunkan dosa-dosa hambaNya walaupun setinggi gunung asalkan hambaNya bertaubat. Firman Allah s.w.t.:  

قُلۡ يَٰعِبَادِيَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُُ

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad), Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Zumar: 53)

Oleh itu, kita dianjurkan untuk sering melakukan istighfar. Kita boleh mencontohi Rasulullah s.a.w. yang sentiasa melakukan istighfar dengan penuh penghayatan, walaupun Baginda merupakan hamba yang paling dikasihi Allah s.w.t. Antara lafaz istighfar Baginda s.a.w. adalah seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a. di mana Rasulullah pernah menyebut di dalam satu majlis sebanyak 100 kali:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Ertinya: Ya Allah ampunilah aku, serta terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.

Kisah wanita dari Bani Israel ini juga menjadi pengajaran bahawa amalan baik dapat menghapuskan dosa seseorang. Amalan yang kecil dan mungkin dianggap remeh namun sekiranya ikhlas adalah besar nilainya di sisi Allah s.w.t. Oleh itu, teruslah melakukan kebaikan walau sekecil mana pun. Ingatlah firman Allah s.w.t.:

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

Yang bermaksud: Dan barangsiapa yang melakukan amalan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya (Al-Zalzalah:7)


 

CAN WE REGARD A MUSLIM WHO RARELY PERFORMS ACTS OF WORSHIP AND OFTEN TRANSGRESSES INTO SIN AS SOMEONE DESTINED FOR THE HELLFIRE?

 

قَال رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَنْ يُدْخِلَ أَحَدًا مِنْكُمْ عَمَلُهُ الْجَنَّةَ قَالُوا وَلَا أَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَلَا أَنَا إِلَّا أَنْ يَتَغَمَّدَنِيَ اللَّهُ مِنْهُ بِفَضْلٍ وَرَحْمَةٍ

The Prophet s.a.w. said: “None of you will enter Paradise through his deeds alone.” The Companions then asked, “Not even you, Oh Messenger of Allah?” He replied, “Not even me, unless Allah showers me with His Grace and Mercy.” Hadith narrated by Imam Bukhari.

According to this hadith, whether a person goes to heaven or hell is decided by Allah s.w.t. and among the keys to entering heaven is through the Mercy of Allah s.w.t. which is not reserved solely for those who perform ritual worship. The Mercy of Allah s.w.t is also evident in a hadith, narrated by Imam Muslim, of the prostitute from Bani Israel who gave a dog some water to drink and Allah s.w.t. forgave her sins. It is one of the illustrations of the vastness of Allah’s Mercy to His servants.

The Mercy of Allah s.w.t. is so great to the extent that Allah will forgive the sins of His Servants even if it reached a mountain high – as long as he or she sincerely repents. Allah s.w.t. revealed in the Qur’an:

قُلۡ يَٰعِبَادِيَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

Say: “O my Servants who have transgressed against their souls! Despair not of the Mercy of Allah: for Allah forgives all sins: for He is Oft-Forgiving, Most Merciful.” (Al-Zumar: 53)

Therefore, we are encouraged to frequently seek repentance. We can emulate the example of our Prophet s.a.w. who frequently sought repentance (through istighfar) with sincere devotion, even though he was the most beloved servant of Allah s.w.t. One of the ways in which our Prophet s.a.w. sought repentance was narrated by Ibn Umar (may Allah be pleased with him). He narrated that the Prophet s.a.w. once said these words as much as 100 times in a gathering:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Meaning: Oh Allah! Forgive me and accept my repentance. Indeed, You are Accepting of Repentance and Ever Merciful.

We also learn from the story of the woman from Bani Israel mentioned earlier that good deeds can also erase a person’s sins and transgression. A small act of kindness that may seem trivial to us may be valued greatly by Allah s.w.t. if done sincerely. With that, we should always carry out good deeds no matter how small it may seem. Let’s recall Allah’s revelation from surah al-Zalzalah:

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ

Then shall anyone who has done an atom’s weight of good [shall] see it! (Al-Zalzalah:7)

Kesederhanaan Dalam Islam Moderation In Islam


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

related articles