Masjid-masjid di Singapura melalui detik bersejarah apabila ditutup selama 5 hari bermula hari Jumaat, 13 Mac 2020. Bagi ramai orang Islam di sini, ini merupakan kali pertama rumah ibadah mereka ditutup. Malah, kewajipan solat Jumaat juga digantikan dengan melakukan solat Zuhur, sesuai dengan panduan fatwa yang dikeluarkan.
Merujuk kepada tradisi dan sejarah Islam yang luas, ternyata ini bukanlah kali pertama sebuah masjid ditutup, solat jemaah ditiadakan, dan orang ramai disuruh untuk melakukan solat di rumah. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim, sahabat Nabi yang bernama Ibn Abbas r.a. telah mengarahkan muazzin untuk melaungkan lafaz “Sollu fi buyutikum”, yang bermaksud “Solatlah di rumah-rumah kalian” di dalam azan. Ini disebabkan keuzuran hujan lebat yang dihadapi umat Islam pada ketika itu. Ibn Abbas r.a. kemudian menjelaskan bahawa perintah itu pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Dari peristiwa ini, para ulama seperti Imam An-Nawawi menyimpulkan bahawa sekiranya ada keuzuran, maka gugurlah tuntutan solat berjemaah, dan solat Jumaat pula digantikan dengan melakukan 4 rakaat solat Zuhur.
Dalam situasi wabak Covid-19 yang sedang melanda masyarakat sedunia, masyarakat Islam kembali merujuk sumber agama untuk mendapatkan panduan dalam menghadapi ujian virus ini. Ternyata, tradisi Islam tidak terlepas dari membincangkan sikap dan langkah-langkah yang wajar diambil dalam menghadapi ujian wabak yang menular. Sebagai contoh, dalam satu hadis riwayat Imam Al-Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jauhilah orang yang terkena penyakit kusta sebagaimana kamu menjauhi singa.” Dalam hadis lain riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Janganlah orang yang sakit mendatangi orang yang sihat.” Ini boleh dianggap sebagai antara bukti terawal penerapan langkah penjarakan sosial dalam kalangan masyarakat ketika menghadapi wabak. Ia juga menjelaskan tuntutan agama agar setiap individu melaksanakan tanggungjawab serta mengambil langkah proaktif dalam berjaga-jaga.
Gambar Oleh: Majlis Ugama Islam Singapura
Sesuai dengan konsep rukhsah (keringanan) dalam Islam, Jawatankuasa Fatwa Singapura berpendapat bahawa penutupan masjid adalah diharuskan dalam situasi penularan luas wabak COVID-19. Ini berikutan kes jangkitan yang berlaku dalam kalangan individu-individu yang menghadiri sebuah perhimpunan agama di Kuala Lumpur pada hujung bulan lepas. Setakat 13 Mac 2020, 4 warganegara Singapura yang telah menghadiri perhimpunan tersebut disahkan dijangkiti virus COVID-19. Maka demi menjaga kemaslahatan awam dan mengambil kira kemungkinan berlaku jangkitan sekiranya aktiviti-aktiviti diteruskan, keputusan diambil untuk menutup masjid-masjid buat sementara bagi kerja-kerja pembersihan dan penyahjangkit. Ini sesuai dengan prinsip “Kemudaratan hendaklah dihilangkan”, serta prinsip “Kesulitan mengakibatkan kemudahan” yang disepakati para fuqaha dalam Islam. Ia juga sejajar dengan sabda Rasulullah s.a.w dalam riwayat Imam Ahmad yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah suka ketika rukhsahNya diambil, sebagaimana Dia membenci apabila maksiat dilakukan.”
Selain Singapura, penguatkuasa Islam di negara-negara seperti Kuwait, Tunisia, Iran dan Norway juga telah membuat keputusan untuk menghentikan aktiviti di masjid-masjid buat sementara, serta menggantikan solat Jumaat dengan melakukan solat Zuhur. Walaupun masjid ditutup buat sementara waktu, ia seharusnya tidak menjejas kerohanian orang Islam. Ini kerana kerohanian dan keagamaan dapat diterapkan di mana sahaja. Ibadah yang sebelum ini dilakukan di masjid dapat diteruskan di rumah bersama keluarga. Banyak program syarahan juga diteruskan melalui wadah media sosial. Dalam menanti pembukaan masjid seperti sediakala, kita hargai dan syukuri peluang memanfaatkan masjid selama ini, serta pelajari bahawa masjid kekal sebagai satu institusi yang utama dan dinilai tinggi oleh masyarakat.
Abu Sabeel commented on Masjid Ditutup, Kerohanian Dikekalkan: بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah عزا وجل yang telah memberikan kepada kita berbagai nikmat, terkhusus nikmat islam dan sunnah dan semoga Allah عزا وجل senantiasa memberikan keistimewaan kepada kita semua di atasnya hingga ajal menjemput.
Udzur-udzur yang disebutkan dalam tulisan di atas tersebut ada yang memiliki dalil yang shohih dan shorih, ada pula yang merupakan istinbath (penggalian hukum) dari keumuman dalil yang ada serta kaidah bahwa syariat-syariat yang ada adalah penjagaan terhadap 5 hal utama (ad-Dharuriyaatul Khoms) dalam diri manusia yaitu: Dien, akal, jiwa, harta, dan kehormatan. Semua aturan-aturan syar’i yang ada adalah untuk menjaga lima hal utama tersebut. Demikian juga dalil-dalil umum tentang kemudahan yang diberikan Allah dan bahwa agama ini adalah mudah, serta perintah untuk bertaqwa kepada Allah semaksimal mungkin sesuai kemampuan.
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
“Maka bertakwalah kalian kepada Allah semaksimal mungkin sesuai dengan kemampuan kalian” (Q.S atTaghobun:16).
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
“Allah menghendaki kemudahan bagi kalian dan tidak menghendaki kesulitan bagi kalian” (Q.S alBaqoroh:185).
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ
Dari Abu Hurairah dari Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah, dan tidaklah seseorang memberat-beratkan dalam beragama kecuali akan terkalahkan” (H.R alBukhari).
Namun begitu, walaupun ditutupi masjid-masjid di seluruh Singapura, saya mohon pihak Pergas dapat memberi natijah sebagai antara badan agama Islam di Singapura untuk tidak melupakan bahawa azan juga adalah bagian dari syi'ar Islam dan sewajarkan membenarkan para muadzin untuk terus melaungkan azan untuk setiap waktu solat dalam tempoh penutupan masjid ini.
Maka dari itu, saya berharap masukan dan kritikan yang dibangun di atas bimbingan syariat dapat kita semua telaah untuk kebaikkan para kaum muslimin juga.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Comments:
Abu Sabeel commented on Masjid Ditutup, Kerohanian Dikekalkan: بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah عزا وجل yang telah memberikan kepada kita berbagai nikmat, terkhusus nikmat islam dan sunnah dan semoga Allah عزا وجل senantiasa memberikan keistimewaan kepada kita semua di atasnya hingga ajal menjemput. Udzur-udzur yang disebutkan dalam tulisan di atas tersebut ada yang memiliki dalil yang shohih dan shorih, ada pula yang merupakan istinbath (penggalian hukum) dari keumuman dalil yang ada serta kaidah bahwa syariat-syariat yang ada adalah penjagaan terhadap 5 hal utama (ad-Dharuriyaatul Khoms) dalam diri manusia yaitu: Dien, akal, jiwa, harta, dan kehormatan. Semua aturan-aturan syar’i yang ada adalah untuk menjaga lima hal utama tersebut. Demikian juga dalil-dalil umum tentang kemudahan yang diberikan Allah dan bahwa agama ini adalah mudah, serta perintah untuk bertaqwa kepada Allah semaksimal mungkin sesuai kemampuan. فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ “Maka bertakwalah kalian kepada Allah semaksimal mungkin sesuai dengan kemampuan kalian” (Q.S atTaghobun:16). يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ “Allah menghendaki kemudahan bagi kalian dan tidak menghendaki kesulitan bagi kalian” (Q.S alBaqoroh:185). عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ Dari Abu Hurairah dari Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah, dan tidaklah seseorang memberat-beratkan dalam beragama kecuali akan terkalahkan” (H.R alBukhari). Namun begitu, walaupun ditutupi masjid-masjid di seluruh Singapura, saya mohon pihak Pergas dapat memberi natijah sebagai antara badan agama Islam di Singapura untuk tidak melupakan bahawa azan juga adalah bagian dari syi'ar Islam dan sewajarkan membenarkan para muadzin untuk terus melaungkan azan untuk setiap waktu solat dalam tempoh penutupan masjid ini. Maka dari itu, saya berharap masukan dan kritikan yang dibangun di atas bimbingan syariat dapat kita semua telaah untuk kebaikkan para kaum muslimin juga. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته