Takaful dan Insurans di Singapura (Bahagian Ketiga) | Pergas Blog

newest article

takaful-dan-insurans-p3

Takaful dan Insurans di Singapura (Bahagian Ketiga)

15 November 2018 6:48 am // Written by Nurul Hidayah Binte Kamis;

Undang-undang berkaitan dengan Takaful

  • MAS (Monetary Authority of Singapore) yang tanggungjawab untuk mengawasi sektor insurans di Singapura, ditubuhkan sebagai badan undang-undang pada tahun 1971 di bawah Pihak Berkuasa Kewangan Singapura. Jabatan Insurans Kawalan (ISD) dengan MAS berfungsi sebagai badan dalam undang-undang Insurans dan membina industri insurans yang sihat dan progresif di Singapura. Undang-undang insurans mempunyai keperluan yang lengkap dalam memperluaskan lagi skop pelaburan. MAS juga diberi kuasa untuk membuat peraturan tentang instrumen kewangan dan perakaunan perkakas dan penilaian.
  • Singapura diakui dunia sebagai antara pusat kewangan terkemuka dan paling kompetitif, termasuk dalam bidang insurans. Namun, industri insurans dalam akaun Singapura adalah kurang dari 6 peratus daripada jumlah aset sektor kewangan. Agen insurans atau takaful di Singapura haruslah mempunyai lesen yang diperakui oleh pemerintah Singapura sebagai penasihat kewangan yang bertauliah (Financial Advisors Act) di mana lesen tersebut memberi izin dalam undang-undang bahagian 13 dalam rangka penasihat kewangan, dan ‘penasihat kewangan yang berlesen’.  
  • Justeru, operasi insurans konvensional dan takaful di Singapura adalah sama. Keduanya ditetapkan oleh Akta Insurans (Insurance Act) dan Akta Penasihat Kewangan (Financial Advisors Act) yang  tidak boleh mengetepikan 2.5% daripada pelaburan untuk Zakat. Amat payah untuk menerima Takaful sebagai produk kewangan Syariah jika dasar prinsip kewangan Syariah iaitu zakat tidak digabungkan di dalam produk tersebut (Sadali Rasban, 2006: 140).
  • Takaful di Singapura haruslah mempunyai “Zakat Friendly Device” yang secara automatik menjaga hak golongan lapan  asnaf seperti maksud firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 103:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Tanpa “Zakat Friendly Device”, golongan yang kaya akan bertambah kaya dan golongan yang miskin akan terus berada dalam kemiskinan. Dari itu takaful tidak ada perbezaan sama sekali dengan amalan Insurans Konvensional.

  • Elemen yang penting bagi takaful iaitu “Estate Transfer Mechanism” haruslah selaras dengan undang-undang sivil dan Syariah. Elemen ini akan memindahkan tuntutan insurans kepada individu atau pihak sebagaimana yang dimaksudkan tertanggung ketika ia menyertai dalam rancangan insurans. Apa gunanya menyertai skim insurans, jika tuntutan yang dibuat tidak memenuhi maksud tertanggung dalam mendapatkan insurans. Contohnya, seseorang menyertai dalam skim insurans untuk memberikan kemudahan dari segi kewangan untuk isteri dan anak perempuannya apabila dia meninggal. Akan tetapi seperti yang kita ketahui, niat memainkan peranan penting dalam perlakuan seseorang individu seperti yang dinyatakan di bawah ini .

Undang-undang Akta 1:

“Hal-hal yang ditentukan sesuai dengan niat”

Undang-undang ini diambil dari surah al-Syura ayat 20 yang bermaksud:

“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”

  • Insurans syariah harus dapat memenuhi maksud tertanggung sesuai dengan syarak selaras dengan tujuan syariah. Kegagalan melakukannya bererti insurans tidak berbeza dari insurans konvensional (Sadali Rasban, 2006: 152).
  • Dalam insurans Takaful hari ini, baik di Singapura mahupun Malaysia, tidak terdapat “Zakat Friendly Device” dan “Real Estate Mechanism”. Tanpa kedua-dua elemen itu, amatlah sukar untuk menerima bahawa takaful adalah insurans Syariah. Itu hanya insurans lain yang dibenarkan sesuai dengan Syariah.

Kesimpulan

  • Takaful merupakan sistem yang baru di Singapura. Namun ia membuktikan bahawa Islam merupakan sebuah agama yang syumul dan sistematik. Walaupun matlamat takaful adalah sama dengan insurans konvensional, iaitu untuk membantu pihak yang ditimpa musibah di dalam suatu kumpulan, namun prinsip yang dijalankan adalah bersih daripada riba dan menzalimi pihak lain.
  • Ulama’ bersepakat menyatakan perlindungan kepada anggota masyarakat bagi menghadapi kemungkinan bencana, boleh disediakan selaras dengan kehendak Syariah adalah melalui sistem takaful. Berdasarkan prinsip ‘aqilah, al-qasamah dan akad muwalah, sistem takaful membuktikan keadilan kepada peserta dan pengendali takaful. Pengendali takaful tidak boleh menggunakan wang  bayaran peserta tanpa kebenaran mereka. Setiap keuntungan bagi syarikat takaful berdasarkan kebijaksanaan dan keusahawanan pengurus syarikat untuk mengendalikan syarikat agar terus mendapat keuntungan tanpa mengambil sebarang keuntungan daripada wang peserta.
  • Walaupun syarikat insurans telah lama dijalankan di seluruh dunia termasuk Singapura, syarikat takaful masih belum dapat menandingi syarikat insurans konvensional meskipun sistem takaful  menawarkan banyak manfaat untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.

Rencana ini dipetik dari kajian ilmiah penulis yang bertajuk  “Takaful dan Insurans Konvensional serta Aplikasinya di Singapura”.

Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal.

Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.


Rujukan
  1. Al-Quran
  2. Aly Khorsid. (2004). Islamic Insurance : A Modern Approach to Islamic Banking. New York : Taylor & Francis.
  3. Asma Ab. Rahman et. al. (2008). Sistem Takaful di Malaysia : Isu-Isu Kontemporari. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
  4. Engku Rabiah Adawiah Tengku Ali. (2010). Panduan Asas Takaful : Panduan Tentang Falsafah dan Prinsip Takaful Berdasarkan Shariah.   Kuala Lumpur : CERTS Publications Sdn. Bhd.
  5. Habibullah Khan & Omar K. M. R. Bashar. (2008). Islamic Finance : Growth and Prospects in Singapore.
  6. Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM). (2010). Asas Takaful Panduan-Panduan. Kuala Lumpur : Islamic Banking and Finance Institute Malaysia.
  7. Junaidah Ahmad Ghazali. (2009).  Dewan Ekonomi, Mei Jilid 16. Selangor Darul Ihsan : Dawama Sdn Bhd.
  8. Mohd. Zamri Yasin. (2008). Sejarah Penubuhan dan Penglibatan Orang-Orang Bukan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Syarikat Takful Malaysia Berhad.
  9. Muhammmad Hisyam Mohammad. (2008). Kad Kredit Islam : Penggunaan Konsep Takaful oleh Warga Asing di Malaysia. Tesis Prasiswazah, Jabatan Syariah dan Ekonomi. Akademi Pengajian Syariah, Universiti Malaya.
  10. Muhammad Al-Sayyid Yusuf. (2008). Tafsir Ekonomi Islam Konsep Ekonomi Al-Quran. Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa.
  11. Sadali Rasban. (2006). Personal Wealth Management For Muslims (PWMM). Singapore : HTHT  Advisory Services Pte Ltd.
  12. Zaharuddin Abd. Rahman. (2010). Wang Anda dan Islam : Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan. Selangor Darul Ihsan : True Wealth  Sdn. Bhd.
  13. Zuriah Abdul Rahman et. al. (2009). Takaful the 21st Century Insurance Innovation. Shah Alam : McGraw-Hill Sdn. Bhd.

MASYARAKAT PERSPEKTIF ISLAM ISLAMIC FINANCE KEWANGAN ISLAM SINGAPURA TAKAFUL


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

related articles