Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klik di sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah.
Eid Mubarak diucapkan kepada sekalian pembaca.
Semoga Ramadan yang akan berlalu telah berjaya mendidik kita semua untuk menjadi Muslim yang lebih baik di hari-hari akan datang dan meletakkan kita di kedudukan yang lebih tinggi di sisi Allah taala. Begitu juga kedatangan Idil Fitri akan membawa kecerian dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Wasat sekali lagi bertemu para pembaca. Semoga kehadirannya di sisi pembaca di akhir Ramadan dan menjelang Idil Fitri dapat menyumbang pada pendidikan diri yang holistik (rohani, jasmani dan intelek) sesuai dengan peranan Ramadan sebagai bulan pentarbiyahan diri.
Untuk kali ini Wasat mengemukan tiga artikel yang diharap akan memberi manfaat kepada pembaca, insya Allah.
Artikel pertama bertajuk Peranan Ulama Dalam Pengukuhan Ekonomi Umat Islam, oleh Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Bin Md Yusoff. Artikel ini membicarakan konsep ekonomi dari perspektif Islam yang berbeza dengan konsep ekonomi konvensional yang bersumberkan dari Barat dan peranan yang boleh sepatutnya dimainkan ulama dalam memajukan ekonomi umat Islam. Setelah itu penulis berkongsi antara peranan yang dimainkan oleh Pergas dan Muis di Singapura sebagai meneruskan peranan para ulama dari zaman silam untuk memajukan ekonomi masyarakat Muslim di Singapura.
Artikel kedua adalah sumbangan Ustaz Mustazah Bahari bertajuk Siapakah Sebenarnya yang Bergelar Ulama?: Satu Perspektif Wasati. Artikel ini cuba menjelaskan definisi ulama dan sifat-sifat mereka berdasarkan sumbersumber tradisi dan aplikasinya dalam konteks hari ini. Tujuan utamanya ialah untuk membina fahaman yang saksama dan membetulkan salah faham yang ada di kalangan para pelajar agama bahawa, tiada ulama di Singapura, yang ada hanyalah para pendakwah dan guru-guru agama sahaja; golongan agamawan di Singapura belum layak menjadi ulama kerana tidak menghafal Al-Quran dan Hadis, malah jauh sekali dari menghafal bait-bait syair seperti ulama di negara-negara Arab; dan ulama sebenar hanya berada di tanah Arab. Moga artikel ini dapat mencapai tujuannya.
Artikel ketiga ialah sumbangan saudara Mohd Hafiz Kusairi yang bertajuk The Ramadhan-Bazaar Conundrum: A Way Forward. Artikel ini mengulas isu pengoperasian bazar di bulan Ramadan yang sering kali mengundang komentar-komentar negatif dari sesetengah pihak bahawa ia bercanggah dengan tujuan bulan Ramadan yang menganjurkan Muslim untuk memberi tumpuan pada rohani mereka dan membanyakkan ibadah, sedangkan bazar adalah satu aktiviti pern iagaan yang berteraskan keuntungan kebendaan dan menyibukkan Muslim pula dari beribadah dan aspek rohani mereka. Dalam artikel ini, penulis berhujah bahawa berniaga di bulan Ramadan seperti mengoperasikan bazar adalah sesuatu yang harus di sisi agama. Sebagai sesuatu yang harus, sikap yang saksama ialah untuk tidak terus mencela amalan itu secara umum. Kewujudan golongan yang lalai dan melampau, tidak seharusnya menyebabkan prejudis pada amalan berkenaan hingga menatijahkan komentar-komentar atau sikap-sikap yang bercanggah dengan kemuliaan Ramadan itu sendiri.
Selamat membaca.. Bacalah dengan nama Tuhanmu.