Dari Meja Penyunting - Edisi 30 | Wasat No. 30/Disember 2019

wasat

meja-penyunting

Dari Meja Penyunting – Edisi 30

01 December 2019 12:00 am // Written by

Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klik di sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah.

Alhamdulillah, Wasat edisi no. 30 / Disember 2019 dapat diterbitkan, dengan izin Allah.

Tidak lama lagi tahun baru Masehi 2020 akan menjelang. Diucapkan kepada sekalian pembaca, “Selamat Tahun Baru”. Bersamalah kita mendoakan antara satu sama lain bahawa tahun yang bakal menjelang akan membawa keberkatan serta kesejahteraan dan menjadi lebih baik dari tahun yang akan berlalu untuk kita, masyarakat, negara dan dunia.

Seperti biasa Wasat kali ini mengemukakan tiga artikel untuk bacaan pembaca dengan harapan ia akan dapat menambah ilmu dan menajam akal.

Artikel pertama bertajuk, Jangan Marah: Menyelami Pesanan Nabi saw Dengan Pendekatan Kesihatan Mental, oleh Muhammad Abu Sufian Hanafi. Penulis adalah seorang kaunselor berpengalaman di Institut Kesihatan Mental. Dalam artikel ini, penulis menghuraikan hadis Nabi saw, “Jangan marah” dari perspektif ilmu psikologi dan kesihatan mental. Beliau menerangkan maksud marah dan sebab ia berlaku. Beliau kemudian berkongsi bahawa anjuran-anjuran Nabi saw dalam hadis untuk menangani kemarahan mempunyai asas dalam ilmu psikologi moden yang menunjukkan kemajuan dalam ajaran Islam. Perkongsian ini diharapkan dapat memperkaya pengetahuan asatizah apabila membicarakan isu ini dengan memberi masukan-masukan dari bidang ilmu lain. Di samping itu ia juga diharapkan dapat memperkasa (empower) asatizah dengan ilmu bagi menangani masalah marah yang merupakan lumrah dalam kehidupan setiap insan.

Artikel kedua pula bertajuk, Five Dalils (Scriptural Evidences) Why Muslims Must Have Pioneering Spirit & Breakthrough Ideas, oleh Ustaz Muhammad Haniff Hassan. Asas idea dalam artikel ini ialah untuk menggalakkan setiap individu Muslim berusaha untuk menjana idea-idea unggul (luar dari kebiasaan) dan meneroka daerah-daerah baru yang memberi kemanfaatan kepada ramai sebagai manifestasi sifat cemerlang yang dianjurkan oleh Islam dan bagi meninggalkan legasi berpanjangan sebagai pelaburan bagi kehidupan di akhirat nanti. Penulis mengemuka lima dalil agama mengapa Muslim harus mempunyai sikap seperti ini. Namun kelima-lima yang disebutkan bukan hanya berfungsi sebagai dalil, ia juga sesuai difahami sebagai sikap dan nilai yang perlu ada bagi Muslim yang cemerlang, iaitu nilai utama wasatiyah. Apakah lima dalil /sikap itu? Baca artikel ini untuk mengetahuinya.

Akhir sekali ialah artikel yang bertajuk, The Source of Knowledge on Metaphysics in Ibn Rushd’s Thought, oleh Ustaz Mas`udin Syarifuddin. Artikel ini membicarakan perspektif Ibn Rushd, seorang ilmuwan unggul Muslim dari bumi Andalus (Spain), tentang sumber ilmu dalam perkara metafisik, khususnya berkaitan pembuktian akan perkara ketuhanan dan ghaib seperti kewujudan syurga, neraka dan akhirat dari sudut Islam (syariah).

~Selamat membaca. Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

related articles