Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klik di sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah.
Alhamdulillah, sekali lagi Wasat dapat bertemu dengan pembaca bagi edisi no. 35 / Oktober 2020, dengan membawa tiga artikel yang diharapkan dapat menambah ilmu dan membaiki amal semua.
Artikel pertama bertajuk, Budaya Berbicara: Antara Keperluan dan Kemahuan?, oleh Ustaz Muhammad Husin Bin Masnin. Artikel ini membicarakan adab dalam berkomunikasi, baik melalui lisan atau tulisan, secara bersemuka atau di alam maya. Hal ini dianggap penting bagi penulis memandangkan kemajuan teknologi komunikasi yang mendorong sesetengah pihak untuk berbicara dengan cara yang dinilai menyalahi akhlak yang dianjurkan oleh agama. Realiti yang semakin terserlah ini membimbangkan penulis. Oleh itu, peringatan akan kepentingan adab dan kehalusan budi dalam berbicara disampaikan secara berterusan sebagai salah satu cara menangani gejala yang tidak sihat ini.
Artikel ketiga bertajuk Ada Apa Dengan Khilafah Islamiyah?, sumbangan Ustazah Nur Diyana Zait. Artikel ini membicarakan tentang erti istilah khalifah dan khilafah Islamiyah dari sudut Bahasa Arab, penggunaan dalam Al-Quran dan evolusi kegunaannya dalam sejarah institusi politik umat Islam dari era setelah kewafatan Nabi s.a.w hingga ke masa kini dengan tujuan memberi kefahaman yang betul kepada pembaca agar tidak terkeliru dengan ideologi salah yang dipropagandakan oleh kumpulan pengganasan seperti ISIS.
Artikel ketiga ialah sumbangan Dr Muhammad Mubarak Habib Mohamed yang bertajuk The Muslim Ummah – A Moderate or A Justly-Balanced Community. Dalam artikel ini, penulis berbicara tentang sifat penting yang perlu ada bagi umat Islam yang diberikan oleh Al-Qur’an, iaitu “ummatan wasatan”. Disebabkan kepentingan sifat ini, memahami maksudnya adalah penting. Dalam hal ini, penulis pendapat penggunaan kosa kata “moderation” dalam bahawa Inggeris bagi sifat ini tidak tepat. Penulis condong bahawa “ummatan wasatan” itu diterjemahkan kepada “justly-balanced ummah”, sebagaimana yang dihuraikan oleh ulama silam dan masa kini, dan mengemukakan hujah-hujah beliau dalam artikel ini.
Selamat membaca. Bacalah dengan nama Tuhanmu.