Dari Meja Penyunting - Edisi 38 | Pergas Blog

wasat

meja-penyunting (1)

Dari Meja Penyunting – Edisi 38

01 April 2021 12:00 am // Written by Pergas

Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klidi sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah taala, Wasat (no. 38) dapat diterbitkan untuk bacaan para pembaca.

Pada sempena ini juga sekalian warga Wasat ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan yang bakal menjelang di pertengahan bulan April ini. Moga Ramadan akan membawa keberkatan pada kehidupan sekalian para pembaca dan ahli keluarga.  

Seperti biasa, Wasat menerbitkan tiga artikel.

Artikel pertama bertajuk, Menanggapi Tanda-tanda Kiamat Secara Adil, oleh Ustaz Mustazah Bahari. Artikel ini membicarakan tentang bagaimana menanggapi isu tanda-tanda Kiamat berikutan dengan kejadian wabak COVID-19 di dunia hari ini. Wujud sesetengah pihak yang mengaitkannya dengan Dajjal, termasuklah usaha untuk memberi vaksin bagi mencegah penularan wabak ini. Dengan melihat pada dalil-dalil syarak dan berpandu pada ulasan ulama-ulama silam dan masa kini, penulis mencadangkan sikap yang saksama yang perlu ada bagi seorang Muslim.

Artikel kedua bertajuk, Ulasan Novel Dunia Bukan Kita Punya: Beberapa Pelajaran Tentang Wasatiyah (Kesederhanaan), sumbangan Ustaz Muhammad Husin Bin Masnin. Artikel ini mengulas novel karangan Suratman Markasan dari sudut pelajaran wasatiyah yang boleh diambil darinya. Penulis menjana enam pelajaran wasatiyah untuk renungan;

• Kesederhanaan dalam memahami teks agama

• Kesederhanaan dalam berdakwah

• Kesederhanaan dalam berpoligami

• Kesederhanaan dalam menerima pandangan

• Kesederhanaan dalam kehidupan

• Kesederhanaan dalam memanfaatkan barang buatan bukan Muslim

Artikel ketiga ialah sumbangan Ustaz Abu Bakar Assidiq Bin Omar, bertajuk Digging Through the Sands of Time: The Neglected Story of Kharijite Poetry. Ustaz Abu Bakar, pemegang sijil ARS (bersekutu), adalah lulusan Madrasah Aljunied yang sekarang ini sedang menuntut di Universiti Jordan di Kuliah Sastera dan Bahasa Arab. Beliau menyentuh sudut kajian bahasa yang terabai sekarang ini, iaitu kajian tentang syair-syair golongan Khawarij. Beliau berpendapat kajian ini relevan bagi konteks sekarang ini kerana ia memberi maklumat bagaimana kumpulan tegar seperti Khawarij menggunakan bahasa dan sastera untuk mempengaruhi masyarakat. Ia berguna untuk menangani pengaruh kumpulan Khawarij baru seperti ISIS yang juga banyak menggunakan syair-syair dalam media terbitan mereka. Hal ini bakal dapat memberi perspektif tambahan dalam mengatasi masalah pelampauan dan menyebarkan wasatiyah.

Selamat membaca.

Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

related articles