Dari Meja Penyunting - Edisi 39 | Wasat No. 39 / Jun 2021

wasat

meja-penyunting (1)

Dari Meja Penyunting – Edisi 39

01 June 2021 12:00 am // Written by Pergas

Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klidi sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah.

Alhamdulillah, Wasat edisi no. 39 / Jun 2021, dengan izin Allah taala, bertemu sekali lagi dengan para pembaca dengan tiga artikel yang diharap dapat memberi manfaat.

Artikel pertama bertajuk Penyusunan Maqasid Al-Dharuriyyat Di Kalangan Para Ulama, oleh Ustaz Dr Muhammad Adib Termizi bin Ahmad Al-Jafari. Artikel ini membahaskan mengenai adakah; a) butiran-butiran yang dalam Maqasid Al-Syari`ah sesuatu yang bersifat ketentuan wahyu yang bersifat kekal atau ia adalah ijtihad para ulama yang boleh berubah dan dikembangkan mengikut peredaran masa serta terbuka pada perbezaan pendapat, dan b) susunan perkara-perkara dalam Maqasid Al-Syari`ah terutamanya ketinggian objektif Hifz Al-Din di atas objektif yang lain adalah mutlak atau juga ijtihad pada ulama. Artikel ini memberitahu bahawa dalam kededua hal di atas ia adalah ijtihad ulama yang boleh dikembangkan dan terbuka kepada perbezaan pendapat yang memerlukan sikap lapang dada sebagaimana isu-isu khilafiyah yang lain.

Artikel kedua adalah sumbangan Ustazah Zahratur Rofiqah Binte Mochamed Sandisi, dengan tajuk Menghadapi Kebencian Dengan Cinta. Artikel ini membicarakan sikap wasatiy dan utama bagi para pendakwah apabila berhadapan dengan cemuhan dan kritikan oleh mereka yang menentang atau berbeza pendapat. Berpandu pada contoh dari Nabi s.a.w, artikel ini mengemukakan beberapa pendekatan positif;

• Mendoakan petunjuk bagi pihak yang menentang dan membenci

• Membalas kejahatan dengan kebaikan

• Mengutamakan maslahat yang lebih besar

• Menumpu pada tugas mengajak kepada kebaikan dan menyerahkan urusan kejahatan orang lain kepada Allah taala.

Artikel ketiga ialah Wasatiyyah in Raising Children: Some Examples From the Prophet s.a.w., oleh Ustazah Nurfarahin Binte Mohamed Amin. Artikel ini membicarakan beberapa contoh dari Nabi Muhammad s.a.w dalam mendidik dan berinteraksi dengan kanak-kanak. Contoh-contoh ini menunjukkan pendekatan lembut dan penuh kasih sayang terhadap kanak-kanak sesuai dengan sifat beliau dan agama Islam, iaitu membawa rahmat bagi semua yang mana ia adalah ciri utama wasatiyyah. Ini diharapkan akan memberi iktibar dan inspirasi kepada para ibu bapa, guru dan pengasuh yang sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak.

Selamat membaca. Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

related articles