Dari Meja Penyunting - Edisi 40 | Wasat No. 40 / Ogos 2021

wasat

meja-penyunting (1)

Dari Meja Penyunting – Edisi 40

01 August 2021 12:00 am // Written by

Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klidi sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah.

Alhamdulillah, dengan izinNya, penerbitan Wasat yang sederhana ini masih dapat diteruskan. Semoga ia terus memberi manfaat dan inspirasi kepada para pembaca yang budiman.

Artikel pertama adalah sumbangan Ustaz Muhammad Haniff Hassan. Ia bertajuk Hukum Muslim Berkhidmat Dalam Unit Anjing Polis Dalam Konteks Singapura. Artikel ini adalah versi bahasa Melayu dari artikel berbahasa Inggeris yang bertajuk Muslims Serving a Police Dog Unit, yang pernah diterbitkan oleh Wasat no. 34 / Ogos 2020. Ia bertujuan membetulkan salah faham sebahagian Muslim tentang hukum Islam seperti anggota perkhidmatan negara yang diarahkan untuk berkhidmat di unit anjing pasukan keselamatan. Namun, hukum yang dibahaskan dalam artikel ini juga bermanfaat bagi menjelaskan hukum bekerja sebagai doktor binatang di Singapura yang mungkin perlu untuk merawat anjing.

Artikel kedua bertajuk Some Important Points on Wasatiyyah in Acquiring Knowledge, oleh Ustaz Ahmad Ubaidillah Mohamed Khair. Artikel ini mengemukakan beberapa perkara yang dianggap penting bagi mencapai wasatiyyah dalam mencari ilmu. Penulis menyebut empat perkara yang perlu dipastikan ada dan dua risiko jika pencarian ilmu dilakukan tanpa mengambilkira empat perkara wasatiyyah yang dinyatakan. Bacalah artikel ini bagi mengetahui apakah empat perkara dan dua risiko itu. 

Artikel ketiga adalah ulasan buku oleh Ustaz Sheikh Mohamad Farouq. Beliau mengulas buku baharu terbitan Pergas dan baru dilancarkan pada bulan Mei yang lalu. Buku berkenaan ialah Countering Islamic State Ideology: Voices of Singapore Religious Scholars. Buku ini mengandungi kumpulan artikel tulisan asatizah tempatan yang disunting oleh Ustaz Muhammad Haniff Hassan dan Prof. Rohan Gunaratna. Ulasan dalam artikel ini seimbang dengan memberi sudut-sudut kebaikan dan beberapa kelemahan yang ada pada buku ini. Ulasan ini amat berguna bagi mereka yang ingin mengetahui tentang buku ini dahulu sebelum membelinya.

Selamat membaca. Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

related articles