Dari Meja Penyunting - Edisi 41 | Wasat No. 41 / Oktober 2021

wasat

meja-penyunting (1)

Dari Meja Penyunting – Edisi 41

01 October 2021 12:00 am // Written by Pergas

Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klidi sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah.

Alhamdulillah, Wasat masih terus dapat bernafas meneruskan misinya untuk menyebarkan kefahaman tentang Islam yang sederhana dan saksama dalam semua bidang kehidupan. Semoga pembaca terus dikurniakan kekuatan untuk terus membaca artikel-artikel yang diterbitkan.

Bagi edisi ini, Wasat menerbitkan tiga artikel. Artikel pertama adalah, sumbangan Ustaz Mohamad Hasbi Bin Hassan, Presiden Pergas. Artikel ini bertajuk Dasar-Dasar Islam Dalam Hidup Berbangsa-Bangsa dan Berpuak-Puak. Artikel ini membicarakan tentang tiga dasar universal bagi mengurus kehidupan dan hubungan masyarakat pelbagai kaum berdasarkan firman Allah taala dalam surah Al-Hujurat: 13. Tiga dasar itu ialah, 1) kepelbagaian kaum dan bangsa adalah satu lumrah semulajadi yang harus diterima, 2) memupuk sikap saling mengenali, dan 3) takwa. Huraian lebih lanjut boleh dibaca pada artikel ini.

Artikel kedua adalah sumbangan Ustaz Dr. Mohammad Rizhan Bin Leman yang bertajuk Wasatiyyah in the Formulation of Fatwas. Artikel ini membicarakan proses pembuatan fatwa bagi menatijahkan hukum yang bersifat wasatiyah. Proses ini meliputi empat peringkat, iaitu 1) Taswir, 2) Takyif, 3) Bayan Al-Hukm dan 4) Ifta’. Bagi mengetahui peringkat-peringkat ini, bacalah artikel ini. Artikel ini sangat sesuai bagi orang awam yang ingin mengetahui tentang proses pembuatan fatwa dan para pelajar madrasah yang mempelajari topik fatwa. Asatizah juga boleh menggunakannya sebagai bahan pembelajaran di madrasah.

Artikel ketiga pula bertajuk Manifestations of Religious Extremism in Contemporary Time, oleh Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff. Artikel ini membicarakan pelbagai manifestasi pelampauan agama yang meliputi aspek akidah, syariah, ibadah dan tingkah laku. Setiap satu diberikan beberapa contoh pelampauan bagi memahamkan para pembaca dan juga untuk menjauhinya. Ulasan artikel ini amat bermanfaat kerana ia menjauhi dari stereotaip pelampauan yang bersifat pengganasan yang banyak dibicarakan oleh media.

Selamat membaca. Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

related articles