Dari Meja Penyunting - Edisi 36 | Wasat No. 36 / Disember 2020

wasat

meja-penyunting (1)

Dari Meja Penyunting – Edisi 36

01 December 2020 12:00 am // Written by Pergas

Alhamdulillah, sekali lagi Wasat dapat bertemu dengan pembaca bagi edisi no. 36 / Disember 2020, dengan membawa tiga artikel yang diharapkan dapat menambah ilmu dan membaiki amal semua.

Artikel pertama bertajuk, Mengenali `Urf (Adat Kebiasaan) Di Dalam Pembuatan Hukum Islam, oleh Ustaz Dr. Muhammad Adib Termizi Al-Jaafari. Artikel ini membicarakan tentang salah satu dari sumber sekunder bagi menghasilkan hukum dalam Islam, iaitu `urf yang pada kebiasaannya difahami sebagai adat kebiasaan sesuatu masyarakat. Artikel ini membicarakan pengertian `urf dan pengaruhnya kepada masyarakat hingga menjadikannya perkara yang penting dalam membuat hukum Islam. Ia kemudian berbicara pula dalil syarak yang mengakui adat kebiasaan semasa dan pengakuan ulama terhadapnya. Setelah itu, ia menghuraikan pula apakah adat yang boleh digunapakai sebagai hukum Islam dan apa yang tidak boleh dan bagaimana ulama menggunakannya. Fahaman terhadap ini amat relevan bagi membina wasatiyah di kalangan masyarakat Muslim kerana ia adalah salah satu hujah penting bagi penyesuaian amalan Muslim akan prinsip agama dengan konteks di mana mereka berada – satu ciri utama bagi konsep wasatiyah.

Artikel kedua bertajuk Beberapa Kelemahan Di Dalam Menanggapi Sejarah Rasulullah dan Para Sahabat, sumbangan Mohammad Hafiz Bin Kusairi. Artikel ini membicara tiga kelemahan, iaitu a) selektif dan kurang cermat di dalam menggunakan fakta sejarah Rasulullah s.a.w dan para sahabat sebagai pegangan, b) sempit di dalam menanggapi sejarah Rasulullah s.a.w dan para sahabat, dan c) kurang amanah di dalam menyampaikan sejarah Rasulullah s.a.w dan para sahabat, yang mengakibatkan fahaman dan amalan Islam yang tidak sejajar dengan konsep wasatiyah. Dari sudut pandang positif, artikel ini berkongsi kepada para pembaca kaedah wasatiy dalam mempelajari sejarah Nabi s.a.w untuk dijadikan tauladan hidup.

Artikel ketiga ialah sumbangan Ustazah Nur Sabrina Nizam yang bertajuk A Contextualised Interpretation for a Common Standpoint on Polygamy. Berdasarkan gagasan kaedah tafsir Al-Qur’an oleh Abdullah Saeed dalam bukunya yang bertajuk Reading the Qur’an in the 21st Century: A Contextualized Approach, penulis membicarakan bagaimana ayat Al-Quran yang mengharuskan poligami bagi orang lelaki patut difahami dan dijadikan pendirian bersama asatizah dan masyarakat.

Selamat membaca. Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

related articles