Dari Meja Peyunting - Edisi 1 | Pergas Blog

wasat

meja-penyunting

Dari Meja Peyunting – Edisi 1

01 February 2015 2:17 am // Written by

Memperkenalkan Wasat

Wasat adalah satu siaran dalam talian oleh Pergas yang mengandungi beberapa artikel yang bertemakan kesederhanaan sesuai dengan erti dari perkataan wasat yang diambil dari Al-Quran, 2:143.

Tujuan Pergas menerbitkan siaran dengan bertemakan sedemikian ialah kerana isu kesederhanaan, bukan hanya satu inti pati bagi ajaran Islam, tapi terdapat keperluan semasa untuk mengetengahkannya pada hari ini.

Kini masyarakat rata-rata telah memahami kepentingan melawan ideologi pelampauan yang menyulut pengganasan.

Namun, ramai yang masih kurang sedar bahawa menangani masalah ini bukan hanya dengan membanteras atau menyanggah ideologi pelampauan tapi juga dengan membina erti kesederhanaan dalam beragama dalam konteks tertentu.

Usaha-usaha pula banyak tertumpu pada pelampauan yang bersifat pengganasan. Sedangkan masalah pelampauan adalah lebih luas.

Walau pun pelampauan bersifat pengganasan amat bahaya, tapi pelampauan yang bukan ganas sebenarnya lebih banyak seperti pelampauan dalam beribadah, menjalani kehidupan keduniaan, bermazhab dan lain-lain. Kesemua ini juga adalah masalah yang perlu ditangani.

Tidak memadai juga untuk masyarakat diajar tentang apa itu fahaman melampau yang patut dijauhi. Mereka juga perlu dididik bagaimana menjadi Muslim sederhana atau apa dia huraian dan jawapan yang bersifat wasati bagi sesuatu masalah atau isu, khususnya dalam konteks Singapura.

Hal ini memerlukan irsyad (bimbingan) berterusan. Untuk ini pula, satu wadah atau siaran berkala diperlukan.

Sebagai badan ulama, Pergas wajar memikul tugas ini. Bahkan Pergas pernah mengorak langkah 10 tahun yang dulu melalui Konvensyan Ulama pada tahun 2003 dan kemudiannya penerbitan buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura pada tahun 2004.

Siaran ini hanya menghidupkan kembali inisiatif dahulu dengan sedikit nafas baharu, iaitu ia akan mewar-warkan kembali apa yang telah dihasilkan dahulu dengan persembahan yang lebih mudah dan ringkas serta berkala. Selain itu ia juga akan membicarakan isu-isu baru.

Kesemuanya adalah untuk berkhidmat pada satu objektif – memberiirsyad pada ahli-ahli Pergas dan masyarakat tentang pemikiran dan fahaman wasatiyah dalam pelbagai bidang.

Penerbitan ini juga berpontensi memberi manfaat kepada Pergas dalam bentuk mendekatkan lagi Pergas kepada masyarakat melalui irsyad berterusan yang relevan. Selain itu, artikel-artikel yang bermutu akan dikutip oleh media-media lain dan ini meningkatkan imej Pergas. Asatizah yang berbakat menulis pula tidak lagi bergantung pada media utama untuk menerbitkan bahan-bahan penulisannya.

Penting juga dijelaskan di sini perbezaan Wasat dengan penerbitan Pergas yang Lain. Wasat bertema isu-isu sederhana sahaja. Manakala Commentary Pergas bersifat komentar sosial dan politik yang lebih luas. Al-Risalah pula menampung artikel-artikel keagamaan yang beraneka corak dan Jurnal Dakwah pula ialah untuk bahan-bahan kajian yang lebih bersifat akademik.

Buat masa ini, pihak penyuntung akan cuba menerbitkan Wasat dua bulan sekali. Agar tidak memberatkan pembaca, Wasat hanya akan menerbitkan dua atau tiga artikel sahaja pada setiap edisi.

Pihak penyunting amat mengalu-alukan sumbangan artikel dari ahli-ahli Pergas.

Wassalam

————–

Artikel bagi edisi ini (untuk versi penuh dalam formt pdf, klik di sini, untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

related articles