1. (2014, Mei – Ogos). Ulasan buku “Fiqh Hiburan dan Rekreasi”. Ar-Risalah 15, hal. 35-36.
Kupasan buku dari sudut kepentingannya sebagai bahan bacaan dan rujukan untuk setiap muslim lantaran kepakaran penulisnya, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam menghubungkan ilmu turath dengan isu semasa.
Ulasan Buku
2. (2015, Mei-Ogos). Surah an-Nisaa’: apa ada pada nama? Tulisan bersama Mohammad Yusri Yubhi bin Md. Yusoff and Zanaria Jusary. Ar-Risalah 18, hal. 8-10.
Huraian latar belakang surah an-Nisaa’, pandangan ulama tentang penamaan surah ini juga isi kandunganya yang paling banyak membicarakan hal wanita berbanding dengan surah lain.
Al-Quran – Tafsir, Wanita – Hak & Tanggungjawab
3. (2017, Mei). Maksud nusyuz dan darb: kajian perbandingan antara tafsiran golongan feminis Muslim dan ulama Islam. Tulisan bersama Mohammad Yusri Yubhi Md. Yusoff dan Zanaria Jusary. Jurnal Dakwah 5, hal. 94-139.
Perbincangan tafsir hermeneutika yang digunapakai oleh golongan feminis Muslim dan samaada ia mempunyai asalnya dalam tafsiran Islam, selain membincangkan dakwaan feminis Muslim bahawa tafsir klasikal mempunyai unsur patriarkal.
Al-Quran – Tafsir, Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian
4. (2017, Dis). Wasatiy dalam memahami tafsiran maksud Dharb menurut ulama. Tulisan bersama Mohammad Yusri Yubhi bin Md. Yusoff, Khairunnisaa Abdul Rahim dan Zanaria Jusary. Wasat 18.
Membicarakan mengenai ayat al-Quran sebagai hujah bagi keharusan suami memukul isteri yang tidak taat sebagai salah satu mekanisme untuk mendidik dan membetulkannya. Perkataan dharb difahami sebagai bukan pukulan mendidik ke atas isteri.
Wanita – Hak & Tanggung Jawab, Kesederhanaan Dalam Islam, Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian
5. (2018, Feb). Tafsiran wasati bagi maksud nusyuz: kajian perbandingan antara golongan ulama Islam & feminis Muslim. Tulisan bersama Mohammad Yusri Yubhi bin Md. Yusoff dan Zanaria Jusary. Wasat 19.
Sambungan artikel yang ditulis dalam Wasat On-line 18 yang membahaskan erti nusyuz dalam Al-Quran melalui tafsiran ulama tradisional silam dan masa kini dibandingkan dengan tafsiran pemikir feminis Muslim.
Al-Quran – Tafsir, Wanita – Hak & Tanggungjawab, Kesederhanaan Dalam Islam