Salah Tanggapan Konsep Stereotaip ‘Feminisme Islam’ | Pergas Blog

newest article

salah-tanggapan-konsep-stereotaip-feminisme-islam-1

Salah Tanggapan Konsep Stereotaip ‘Feminisme Islam’

15 November 2018 9:53 am // Written by Muhammad Ashraf Bin Anwar;

Berdekad lamanya, pergerakan-pergerakan wanita sekular radikal telah menjadi fenomena global di bawah fasad membebaskan wanita dari diskriminasi sosial dan keganasan. Idea-idea kempen yang tidak munasabah dengan paparan gambar-gambar wanita tidak sopan menjerit dan berteriak bagi mendapatkan kembali hak-hak wanita, langsung tidak berbuat apa-apa dalam menangani salah tanggapan konsep stereotaip ‘feminisme Islam’.

Malangnya, individu Islam bukan-pakar yang ‘menganut untuk tahu’, dengan dogmatik mereka yang cetek dan mempermudahkan pandangan umum mengenai feminisme (tanpa pengetahuan sebelumnya tentang latar dan suasananya), telah secara tidak sengaja tidak pedulikan apa pun bentuk feminisme lalu membiarkan banyak inisiatif-inisiatif yang telah sedia ada dalam teks-teks al-Quran dan Hadis.

Pengertian luas akademik mengenai feminisme Islam dari golongan pakar dan cerdik-pandai adalah amat penting dalam menangani salah tanggapan konsep stereotaip yang tidak berasas ini terhadap feminisme Islam, selain menonjolkan perbezaan tersendirinya dalam mandat dan prinsip, di kalangan konsep sekular radikal feminisme lain.

Feminisme Islam; Islam dan Feminis Sekular

Seperti yang ditunjukkan di Persidangan Wanita Sedunia di Beijing pada 1995, istilah ‘feminisme Islam’ diterima dan tersebar luas di kalangan cerdik-pandai dan aktivis sosial. Walaupun ada beberapa yang masih menolak istilah ini, namun ‘feminisme Islam’ berjaya mengembangkan perbincangan akademik yang amat diperlukan mengenai hak-hak dan peranan wanita dari aspek huraian Islam, mengikuti paradigmanya. Berikutan itu, persidangan-persidangan sedemikian juga mencerminkan perbezaan perspektif dan strategi tersendiri yang ada di kalangan aktivis feminis sekular dan feminis Islam.

Gambaran pada perbezaan-perbezaan ini amat genting untuk mengelakkan pengkategorian feminisme sekular dengan feminisme Islam.

Tanpa keraguan, terdapat perbezaan-perbezaan amat ketara antara feminis sekular dan feminis Islam. Aktivis feminis liberal dan sekular yang mengaku sebagai Muslim dengan jelas mentakrifkan semula Islam pada dasar budayanya. Konsep mereka mengenai persamaan dan tahap pendidikan wanita, penyertaan politik dan peluang pekerjaan adalah tiruan dari model integrasi wanita barat. Justeru, bagi mereka, pemakaian hijab merupakan simbol kemunduran wanita dan perpecahan sosial, mereka beranggapan paradigma sebenar kebebasan wanita mesti digambar dan diinspirasikan dari tamadun dan budaya barat.

Aktivis Islam sebaliknya dengan teliti mengenal pasti Islam yang ideal sebagai golongan yang hidup pada zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat di Madinah. Justeru, apa yang diperlukan sekarang ialah satu penerimaan dan pengamalan keunggulan Islam sebenar sebagai yang tertera dalam sejarah, dengan konteksnya dan pengubahsuaian moden semasa. Sesetengah golongan Islam pula memberi tafsiran selanjutnya tentang isu kelelakian/kebapaan yang tidak relevan lantaran perkara undang-undang adalah ketentuan Ilahi.

Mari kita teruskan memeriksa paradigma feminisme Islam dari perspektif intelektual. Dr Margot Badran, graduan Universiti al-Azhar dan Universiti Oxford, mentakrif feminisme Islam sebagai:

“… definisi ringkas feminisma Islam diambil dari tulisan-tulisan dan kerja protagonis Islam sebagai wacana feminis dan amalan yang asalnya pemahaman dan mandat dari al-Quran, mencari pelaksanaan hak-hak dan keadilan dalam rangkakerja kesaksamaan jantina bagi wanita dan lelaki pada keseluruhan kewujudan mereka. Feminisme Islam menghurai idea kesaksamaan jantina sebagai sebahagian dari pengertian al-Quran tentang persamaan semua insan (orang) dan permintaan bagi pelaksanaan persamaan jantina di sesebuah negara, institusi awam, dan kehidupan harian… “

Pada terasnya, feminisme Islam sememangnya melibatkan teologi Islam dengan kesucian teks-teks al-Quran dan Hadis, naratif yang suci juga sejarahnya. Maka, ia dengan mudah dibezakan dari konsep sekular feminisme lain kerana al-Quran menekankan konsep kesaksamaan untuk semua manusia. Lelaki dan wanita diwujudkan dengan harmoni untuk saling melengkapi. Mereka sama layak menerima hukuman dari perbuatan salah laku dan dikehendaki mengamalkan semua perintah agama. Kedua-dua golongan juga mendapat layanan yang sama adil dalam setiap aspek kehidupan rohani. Seperti yang dinyatakan dalam al-Quran:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal seberat zarah, baik lelaki atau perempuan sedang dia orang yang beriman, maka semuanya akan masuk ke dalam syurga” (40:40)

Islam dan Wanita

Walaupun sesetengah golongan berhujah yang aktivis Islam semata-matanya ialah pendukung/pengembang naratif Islam berkenaan kewujudan wanita dan lelaki sepenuhnya, beberapa golongan feminis Islam yang progresif meluaskan naratif ini dengan percubaan mengurangkan diskriminasi sosial semasa dan keganasan terhadap wanita melalui ‘cogankata’ feminisme Islam. Akibatnya aktivis Islam sering menukilkan kisah-kisah kenabian yang masyhur dengan pelbagai konteks tafsiran dan interpretasi. Kisah sedemikian boleh didapati seperti berikut:

Semasa haji wada’ Nabi (s.a.w) selepas memuji dan memuliakan Allah s.w.t., bersabda, “Nasihat utama saya agar melayani kaum wanita dengan baik”.

‘Nabi (s.a.w.) menasihatkan pengikut-pengikutnya agar ‘menjaga mutiara (wanita) berharga kamu dan berbuat baik pada isteri-isteri serta bersabar bila bersama mereka”.

‘Nabi Muhammad (s.a.w.) berkata, “Segala amalan selain daripada mengingati Allah s.w.t. dianggap sia-sia kecuali empat perkara yang antaranya lelaki yang menggembirakan hati isterinya….”

Gerakan Feminis Muslim juga menyebarkan cerita Islam popular dalam percubaan mereka menangani perspektif dogmatik tentang wanita dalam politik. Antara contohnya ialah kisah berikut:

“Nabi Muhammad (s.a.w.) menghargai pendapat isteri-isterinya dan berunding apabila membuat sesuatu keputusan. Isteri baginda, Ummu Salamah (r.a) selaku penasihatnya semasa rundingan Perjanjian Hudaibiyah dan baginda menghargai serta menuruti pandangan isterinya.

Banyak teks-teks al-Quran kemudiannya mengesahkan kisah sedemikian yang membuktikan tentang kewujudan kebebasan hak dan perlindungan wanita dalam ajaran Islam sejak lebih dari 1,400 tahun lalu. Penyaksian kepada retorik sebegini dapat dilihat dengan meluas dalam amalan tradisi dan sejarah Islam. Walaupun sistem patriarki telah berakar umbi sejak abad ketujuh di Jazirah Arab, Islam telah membawa perubahan radikal mengenai wanita. Al-Quran melarang pembunuhan bayi-bayi perempuan; memberikan dengan jelas hak-hak warisan, harta-harta bebas serta hak menjadi saksi di mahkamah. Terdapat lebih banyak tukilan-tukilan dalam al-Quran yang membincangkan isu berkaitan wanita (sebagai anggota masyarakat) daripada gabungan semua isu-isu sosial lain.

Kesimpulan

Jelas kenyataannya bahawa ‘Feminisme Islam’ sebenarnya adalah rumit dan unik. Ia sememangnya satu fenomena global bahawa golongan feminis Muslim di seluruh dunia beralih kepada rujukan al-Quran dan tradisi-tradisi kenabian (sunnah) dengan konteks dan penyesuaian untuk mengekang kelaziman diskriminasi sosial semasa dan keganasan terhadap wanita.

Justeru, kesedaran mengenai konsep feminisme, amat penting untuk menangani dogmatik pada kebiasaan umum dan “mengambil mudah” yang secara tidak langsung menguatkan lagi salah tanggapan stereotaip pada konsep feminisme Islam.

Manakala ramai feminis Muslim menyokong konsep sebenar feminisme yang giat berkembang serentak, maka huraian-huraian akademik tentang wanita dalam paradigma Islam amat diperlukan. Golongan individu bukan-pakar terang-terangan menentang konsep ”terlalu memudahkan” feminisme, yang menghalang pelbagai inisiatif-inisiatif mulia feminisme Islam. Malah dogmatik menyaksikan bukti kepada narsisisme (ketaksuban pada diri sendiri), seperti “kemutlakan seharusnya tidak dikelirukan dengan kecurigaan”, maka ‘pembebasan Ilahi’ dari feminisme Islam tidak seharusnya dikelirukan dengan feminisme sekular.

Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal.

Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

ISU SEMASA MASYARAKAT PERSPEKTIF ISLAM ISLAM DAN WANITA WANITA FEMINISME SEKULAR


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

related articles