Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff | Pergas Blog

authors

ustaz-mohammad-yusri-yubhi

Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff

Latar belakang pendidikan:

Sarjana Muda Usuluddin (Hadis), Universiti Al-Azhar, Mansoura, Mesir
Sarjana Usuluddin (Hadis), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia
Diploma (Psikologi Kaunseling) Academy of Certified Counsellors, Singapura

Pekerjaan:

Ketua Pegawai Eksekutif, Pergas Investment Holdings (PIH)
Ahli, Lembaga Rayuan, Muis
Ahli, Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah
Kaunselor, Kumpulan Pemulihan Agama

Penulisan

1. (2000, Apr). Cinta kerana Allah. Inabah, 4 (1), hal. 30-32.

Antara tanda-tanda keteguhan iman ialah menyayangi saudara Islam seperti menyintai dirinya sendiri semata-mata kerana Allah.

Etika & Akhlak

2. (2001, Apr- Jun). Golongan engkar sunnah. Al-Risalah 3, hal. 13-15.

Golongan Engkar Sunnah (Anti Hadis) menolak hadis sebagai sumber perundangan syariat Islam. Ulama bersepakat bahawa golongan ini boleh dianggap kafir.

Ajaran Sesat

3. (2006, Ogos 26). Pendekatan lembut dan berhikmah tangani remaja. Tulisan bersama Mohd. Khair Rahmat. Berita Harian, hal. 27.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan

4. (2008). “Kefahaman dan pengamalan solat berdasarkan sunnnah Rasulullah : satu kajian di kalangan masyarakat Islam Singapura”. Unpublished MA Thesis (Usuluddin) yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 320 hal.

Kajian ini membuktikan bahawa trend pembacaan lafaz dalam pengamalan solat masyarakat Islam tempatan yang bermazhab Shafie adalah secara sehala dan serupa berdasarkan buku solat yang digunakan.

Fiqh Ibadat – Solat

5. (2009, Jan-Mac). Hijrah menuntut perubahan mentaliti asatizah setempat. Al-Risalah, hal. 2-6.

Asatizah tempatan digesa meningkatkan taraf kemahiran untuk kekal relevan dan menjadi agen perubah masyarakat. Mereka disarankan keluar dari zon selesa, bergaul dengan masyarakat, bersikap terbuka dan peka dengan isu semasa.

Asatizah – Profesion, Asatizah – Cabaran & Peluang

6. (2009, Feb). Adab nikah. Manja, hal. 72-73.

Bakal mempelai diingatkan agar jangan berfoto bersama sebelum nikah, berpakaian sopan, memberi perhatian kepada lafaz dan khutbah nikah serta menjaga solat sewaktu majlis walimah.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian, Etika & Akhlak

7. (2009, Mac). Rahsia hubungan rapat ibu bapa & anak remaja. Manja, hal. 58- 59.

Kaedah ibu bapa mendekati remaja dengan meluangkan masa bersama, bersentuhan, memberi teladan melalui amalan, menegur berhikmah, memberi hadiah, solat berjemaah, memuji dan sentiasa berdoa.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan

8. (2012, Dis 23). 5 Keistimewaan solat. Berita Harian, hal. 9.

Fiqh Ibadat – Solat

9. (2012, Dis). Amalan bacaan solat berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w. : satu kajian di kalangan masyarakat Islam Singapura. Jurnal Dakwah, hal. 42-68.

Kupasan bentuk bacaan solat amalan Rasullullah dengan trend terkini di Singapura. Bukubuku solat susunan Ustaz Ahmad Sonhadji dan Syed Ahmad Semait dibincangkan.

Fiqh Ibadat – Solat

10. (2013, Sep 27). Nikah gantung bukan huraian. Berita Harian, hal. 16.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian

11. (2013, Oct 6). Mana ada ‘bohong sunat’? Walau ada pengecualian, tetapi… Berita Minggu, hal. 14.

Etika & Akhlak

12. (2013, Oct 18). Ingin nikahi isteri orang. Berita Harian, hal. 11.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian

13. (2013, Nov 15). Pelihara binatang di rumah? Boleh tapi….. Berita Harian, hal. 13.

Etika & Akhlak, Fiqh Halal & Haram

14. (2013, Dis 15). Muhasabah diri sebelum pulihkan hubungan. Berita Minggu, hal. 13.

Etika & Akhlak

15. (2014, Feb 23). Ibu atau keluarga – mana lebih utama? Berita Harian, hal. 13.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan

16. (2014, Mac 2). Cara merawat hati bapa. Berita Minggu, hal. 15.

Etika & Akhlak

17. (2014, Nov 21). Jaga adab lungsur internet. Berita Harian, hal. 11.

Etika & Akhlak

18. (2014). Hati seorang isteri. Al-Ustaz 12, hal. 81.

Kaum suami dinasihati agar berkomunikasi secara berkesan, perlu menunjukkan rasa empati dan menghargai isterinya yang memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian

19. (2014). 9 tip interaksi dengan remaja. Al-Ustaz 13, hal. 98-99.

Tentang masa berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa harus menegur secara efektif dan elakkan leteran.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan

20. (2014). Menegur anak bermasalah. Al-Ustaz 14, hal. 98-99.

3 tip praktikal menegur anak bermasalah melalui kes kaunseling bersama remaja yang mempunyai teman wanita bukan Islam, dalam penyemaian nilai-nilai murni dan bersikap objektif ketika memberi teguran dan memuji usaha positif.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan

21. (2014). Hentikan merotan anak. Al-Ustaz 15, hal. 98-99.

Sesi kaunseling bersama ibu yang punya anak remaja lelaki bermasalah.Antara saranannya ialah memilih masa yang sesuai untuk berbicara dengan lemah lembut.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan

22. (2014). Sebelum menjadi isteri kedua. Al-Ustaz 16, hal. 98-99.

Wanita calon isteri kedua dinasihati agar bersedia menjalin hubungan baik dengan isteri pertama juga mertua serta menghadapi sikap suami dan stigma masyarakat.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian

23. (2014). Apabila suami terpaksa memilih. Al-Ustaz 17, hal. 98-99.

Cabaran berpoligami antaranya jika isteri tidak mampu menunaikan kewajipan atau untuk menjaga keimanan suami isteri.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian

24. (2014). Mendidik anak bertudung. Al-Ustaz 18, hal. 98-99.

Menyediakan persekitaran agar anak perempuan biasa bertudung, menyemaikan sifat malu membuka aurat, menerapkan budaya bertudung selain menggalakkan mereka memakainya secara bertahap.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan

25. (2014). Gejala murtad di kalangan remaja. Al-Ustaz 19, hal. 98-99.

Perkongsian mengenai remaja yang tertarik kepada agama Kristian. Beliau dinasihati mengkaji agama Islam sebelum membandingkannya dengan agama lain. Ibu bapa berperanan memantau kegiatan anak-anak.

Akidah, Pendidikan Keluarga – Keibubapaan

26. (2014). Utamakan keluarga. Al-Ustaz 20, hal. 98-99.

Kes kaunseling dengan kisah sebenar. Melaksanakan dakwah kepada keluarga harus diutamakan selain berdakwah kepada masyarakat sebagai menurut hadis-hadis Rasulullah S.A.W.

Dakwah

27. (2014). Menjemput keberkatan dalam perkahwinan. Al-Ustaz 21, hal. 98-99.

Trend mengambil foto ala suami isteri sebelum bernikah dan pakaian yang menjolok mata adalah antara amalan-amalan pengantin yang berlaku sekarang.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian, Etika & Akhlak

28. (2015). Seindah solat Nabi. Kuala Lumpur: Telaga Biru, 236 hal.

Panduan nilai tambah kepada solat melalui perkongsian yang merangkumi kefahaman sebenarnya tentang solat berdasarkan sunnah Rasulullah S.A.W.

Fiqh Ibadat – Solat

29. (2015, Jun). Kefahaman wasati tentang jihad. Wasat 3, hal. 4 – 7.

Peringatan tentang pengertian jihad, perbezaan jihad bersenjata dengan pembunuhan dan bentuk jihad yang lebih utama. Melurus salah faham tentang jihad amat relevan dengan wasatiyah dalam beragama.

Kesederhanaan Dalam Islam, Jihad

30. (2015, Jul. 11). Bagaimana menantu nak ambil hati mentua. Berita Harian, hal. 27.

Etika & Akhlak

31. (2015). Apabila isteri meminta cerai. Al-Ustaz 29, hal. 84-85.

Saranan membaik pulih hubungan antara suami isteri yang ingin bercerai. Jika masalah berterusan, dapatkan bantuan dari pihak ketiga. Hubungan dengan Allah juga harus dibaiki selain bertawakkal.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian

32. (2015). Memilih kaunselor. Al-Ustaz 30, hal. 84-85.

Huraian lima panduan memilih kaunselor dan memberi keutamaan kepada keluarga atau merujuk kepada pihak berkelayakan untuk mendapatkan bantuan.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian

33. (2015). Berbuat ihsan kepada ibu bapa. Al-Ustaz 31, hal. 86-87.

Meluangkan masa berkualiti bersama, memenuhi keperluan harian dan berdoa adalah antara amalan yang digalakkan untuk ibu bapa.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan

34. (2015). Penawar homo-seksual. Al-Ustaz 32, hal. 86-87.

Mengikut hukum agama Islam, homo-seksual hukumnya haram sama seperti zina antara lelaki dan wanita. Penulis berkongsi beberapa langkah yang boleh dicuba oleh golongan yang cenderung kepada teman sejenis melalui pengalamannya sebagai kaunselor.

Sosio-Masyarakat – Homoseks

35. (2015). Restu ibu bapa bawa berkat. Al-Ustaz 33, hal. 84-85.

Penulis menyarankan beberapa langkah yang boleh diambil oleh pasangan yang ingin mendapat restu dari ibu bapa sebelum mereka bernikah.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian

36. (2015). Sebelum memilih jihad. Al-Ustaz 34, hal. 86-87.

Perkongsian pengalaman penulis berdepan dengan beberapa anggota kumpulan Jemaah Islamiah untuk sesi rehabilitasi keagamaan. Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menyertai sebarang perjuangan jihad bersenjata dibincangkan.

Jihad

37. (2015). Atasi waswas! Al-Ustaz 35, hal. 86-87.

Sikap waswas dianggap sebagai hasutan syaitan dan kita sendiri harus menangani isu ini dengan bersungguh-sungguh. Antara tips untuk menangani masalah ini ialah dengan menjaga hubungan dengan Allah dan mengukuhkan ketahanan mental dan tidak mudah berputus asa.

Etika & Akhlak

38. (2015). Jihad bukan pembunuhan. Al-Ustaz 36, hal. 86-87.

Jihad yang utama adalah untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat Islam yang banyak ketinggalan dalam pelbagai bidang kehidupan. Justeru, lebih ramai individu-individu Muslim yang hebat harus dilahirkan untuk meningkatkan kemajuan masyarakat Islam.

Jihad

39. (2015). Antara ibu bapa dan isteri. Al-Ustaz 37, hal. 86-87.

Seorang suami harus mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan berani membuat keputusan serta berlaku adil kepada isteri, anak-anak dan kedua-dua ibu bapanya tanpa menyinggung perasaan mereka.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian, Etika & Akhlak

40. (2015). Amalan Nisfu Syaaban. Al-Ustaz 38, hal. 86-87.

Hadis sahih (Riwayat Ibn Majah) menjelaskan kelebihan malam Nisfu Syaaban termasuk Allah akan turun pada malam itu dan mengampuni dosa kesemua makhlukNya kecuali orang musyrik dan munafik. Justeru, kita digalakkan membaca tahlil dan Surah Yaasin untuk arwah keluarga.

Etika & Akhlak

41. (2015). Puasa begini, baru berkualiti. Al-Ustaz 39, hal. 92-93.

Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, kita perlu menjaga anggota tubuh badan kita daripada melakukan perkara dilarang. Perbaiki hubungan dengan Allah dengan beramal secara ikhlas juga penting.

Etika & Akhlak, Fiqh Ibadat – Puasa

42. (2015). Bagaimana bersederhana dalam Syawal. Al-Ustaz 40, hal. 86-87.

Bersederhana dalam Syawal sangat penting agar nilai ketakwaan dan keihsanan yang dilatih dalam bulan Ramadan dapat diteruskan. Ini termasuk membuat persiapan yang sederhana, berpada-pada dalam berjalan raya dan bersederhana menganjurkan rumah terbuka.

Etika & Akhlak

43. (2015, Mei –Ogos). Surah An-Nisaa’: apa ada pada nama? Tulisan bersama Khairunnisaa Abdul Rahim dan Zanaria Jusary. Ar-Risalah 18, hal. 8-9. Diterbit semula: (2016, Mac 11). An-Nisaa’ cermin rasa hormat pada wanita. Berita Harian, hal. 15.

Kupasan latar belakang Surah An-Nisaa’ dan kaitannya dengan wanita juga pandangan ulama tentang penamaan surah ini.

Al-Quran – Tafsir, Wanita – Hak & Tanggungjawab

44. (2016). Warna warni kehidupan: satu coretan pengalaman dan luahan. Kuala Lumpur: Telaga Biru, hal. 314.

Kompilasi artikel majalah al-Ustaz untuk kolum “Warna kehidupan”. Membincangkan dilema insan yang memegang pelbagai peranan dalam keluarga. Ia menggarap luahan masyarakat bersama panduan berhikmah hasil pengalaman penulis.

Pendidikan Keluarga

45. (2016). 4 kunci kerukunan rumah tangga. Al-Ustaz 41, hal. 86-87.

Komunikasi yang efektif dan toleransi merupakan kunci kerukunan rumah tangga. Pasangan harus meluahkan perasaan, saling menghormati, berbincang dalam segala masalah dan mengaku akan kesilapan yang dilakukan serta meminta maaf.

Etika & Akhlak, Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian

46. (2016). 3 asas rumah tangga. Al-Ustaz 42, hal. 88-89.

Tiga asas rumah tangga termasuk tanggungjawab, kasih sayang dan hubungan intim. Pengabaian salah satu daripada tiga elemen penting ini bakal memberi kesan kasih sayang dan menjejas kerukunan rumah tangga.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian, Etika & Akhlak

47. (2016). Bukan suami contoh. Al-Ustaz 45, hal 84-86.

Suami harus melayan isteri dengan baik, menghormati, mencintai dan menyayangi mereka di sebalik kekurangan masing-masing. Mereka dilarang mencela dan mencerca pasangan dengan panggilan yang tidak selayaknya.

Pendidikan Keluarga, Etika & Akhlak

48. (2016). Menangani pelajar bermasalah. Al-Ustaz 46, hal. 84-86.

Sikap yang perlu ada pada guru atau pembimbing dalam mengendalikan pelajar yang mempunyai masalah disiplin atau lemah dalam pelajaran termasuk tidak mudah menghukum, tidak melabel atau melemahkan semangat pelajar, tidak menyindir dan sentiasa memberi harapan.

Kaunseling & Pemulihan

49. (2016). Muhasabah buat yang ditinggalkan. Al-Ustaz 47, hal. 84-85.

Selepas kematian ibu bapa, anak-anak mesti mendoakan mereka, mengasihi sahabat ibu bapa mereka, mengeratkan hubungan antara keluarga dan mengingatkan diri sendiri bahawa maut akan datang bila-bila masa sahaja. Justeru, kita harus memohon keampunan dari Allah.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan, Etika & Akhlak

50. (2016). Suami usah berlagak bujang. Al-Ustaz 48, hal. 84-85.

Antara empat tips menangani masalah suami yang sering melepak bersama-sama kawankawan mereka ialah mengakui keprihatinan isteri, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, jangan membandingkan isteri dengan isteri orang dan berikan isteri masa lepak mereka.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan, Kepimpinan & Tanggungjawab

51. (2016, Apr). ‘5 jangan’ elak zina. Al-Ustaz 49, hal. 84-85.

Perkongsian ‘5 jangan’ untuk mengelak zina yang termasuk; jangan dekati zina, jangan melewati batas yang dibenarkan, jangan mengadu masalah kepada bukan mahram, jangan mudah termakan pujuk rayu dan jangan berdua-duaan tanpa mahram.

Etika & Akhlak

52. (2016, Jun). 4 langkah elak jadi hamba hutang. Al-Ustaz 50, hal. 84-85.

Untuk mengelakkan hutang, kita digalakkan melakarkan bajet, menggunakan kad debit, berfikir selama 3 hari sebelum berbelanja dan usah bertangguh untuk melunaskan hutang selain mengamalkan doa mengelak hutang.

Etika & Akhlak

53. (2016, Jul). 4 cara variasikan sedekah. Al-Ustaz 51, hal. 84-85.

Variasikan sedekah anda dengan senyum selalu untuk menonjolkan imej Islam yang positif, memberi memanfaatkan kepada orang lain, menolong orang yang memerlukan dan melafazkan ucapan yang baik.

Etika & Akhlak

54. (2016, Jul). 4 tip elak bertelagah. Al-Ustaz 52, hal. 84-85.

Untuk mengelakkan pertelagahan antara suami isteri yang berbeza pendapat tentang masalah agama, mereka harus mengutamakan keharmonian agama, mengakuri perkara khilaf ulama juga menghormati pegangan mazhab masing-masing.

Etika & Akhlak

55. (2016, Ogos). Lain anak, lain ragamnya. Al-Ustaz 53, hal. 84-85.

Dalam mendidik anak-anak, tiada satu pendekatan tetap yang boleh diamalkan. Walaupun anak-anak istimewa perlukan tumpuan khas, anak-anak yang lain usah diabaikan. Kasih sayang harus dicurahkan samarata dan jangan berputus asa dalam menegur anak.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan

56. (2016, Sep). Hidayah tidak mengenal sesiapa. Al-Ustaz 54, hal. 86-87.

Perkongsian tentang kenabian, al-Quran dan Injil, hari akhirat juga pandangan Islam tentang zina dengan seorang pemandu bukan Islam.

Akidah

57. (2016, Jun 5). Kukuhkan ikatan keluarga sepanjang Ramadan. Berita Minggu, hal. 27.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan

58. (2016, Okt ). Keutamaan dalam majlis perkahwinan. Al-Ustaz 55, hal. 84-85.

Mempelai perlu memahami dan mengenal pasti keutamaan dalam penganjuran perkahwinan mereka termasuk tentang matlamat majlis perkahwinan, persediaan mempelai yang ingin bernikah, mencari keberkatan dalam rumah tangga dan mengelak pembaziran.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian, Etika & Akhlak

59. (2016, Dis). Dosa mengabaikan ibu bapa. Al-Ustaz 56, hal. 84-85.

Anak-anak harus berbuat ihsan kepada kededua ibu bapa. Menderhakai mereka adalah berdosa dan pahala berbakti kepada mereka melebihi amalan ibadat-ibadat lain. Tunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak dengan menjaga ibu bapa dengan sempurna.

Etika & Akhlak, Pendidikan Keluarga

60. (2017, Jan). 4 Tanggungjawab sesudah berpisah. Al-Ustaz 57, hal. 84-85.

Antara tanggungjawab suami isteri selepas berpisah ialah pihak suami harus tunaikan nafkah idah dan mutaah kepada bekas isteri, hak penjagaan anak diurus dengan baik, bertanggungjawab terhadap anak dan hindari permusuhan antara kededua bekas pasangan.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian, Kepimpinan & Tanggungjawab

61. (2017, Feb). Selagi pintu kemaafan masih ada. Al-Ustaz 58, hal. 56-57.

Tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak. Tetapkanlah kembali arah pelayaran agar berlabuh menuju sakinah, mawaddah dan rahmah.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian

1934. (2017, Jan-Apr). Ke mana hilangnya tradisi menulis di kalangan asatizah kita? Ar-Risalah 23, hal. 10-13.

Dakwah melalui tulisan merupakan tradisi ulama kita sejak dahulu.Tetapi kini terdapat kegersangan dalam aktiviti ini. Penulis berkongsi beberapa sebab mengapa asatizah perlu menulis sebagai satu perangsang dan motivasi bersama agar budaya ini dapat diteruskan.

Asatizah – Profesion, Asatizah – Cabaran & Peluang

62. (2017, Apr). Wasati (Sederhana dan Adil) dalam menangani perbezaan dalam amalan solat: satu kajian terhadap hadis- hadis sifat solat Rasulullah S.A.W. Wasat no. 14, hal. 3.

Menjelaskan sebab kewujudan perbezaan pendapat para ulama dari sudut hadis sebagai salah satu sumber primer hukum hakam Islam dengan menggunakan contoh dari cara solat Rasulullah S.A.W. yang dilaporkan dalam pelbagai hadis.

Kesederhanaan Dalam Islam

63. (2017, Mei). Maksud nusyuz dan darb: kajian perbandingan antara tafsiran golongan feminis Muslim dan ulama Islam. Tulisan bersama Khairunnisaa Abdul Rahim dan Zanaria Jusary. Jurnal Dakwah 5, hal. 94-139.

Perbincangan tafsir hermeneutika yang digunapakai oleh golongan feminis Muslim dan samaada ia mempunyai asalnya dalam tafsiran Islam, selain membincangkan dakwaan feminis Muslim bahawa tafsir klasikal mempunyai unsur patriarkal.

Al-Quran – Tafsir, Wanita – Hak & Tanggungjawab

64. (2017, Jul 9). Bersederhana dalam Syawal. Berita Harian, hal. 11.

Kesederhanaan Dalam Islam, Etika & Akhlak

65. (2017, Mac). “Bohong sunat” suami isteri. Al-Ustaz 59, hal. 56-57.

Jika pembohongan dilakukan secara berulang sehingga akhirnya dikesan oleh pasangan, maka tidak mustahil dusta yang pada asalnya bertujuan bagi kebaikan mampu membawa kesan sebaliknya.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian, Etika & Akhlak

66. (2017). Apabila anak terjebak homoseksual. Al-Ustaz 60, hal. 56-57.

Penulis berkongsi pengalamannya membantu keluarga yang mempunyai anak yang cenderung kepada homoseksual. Usahanya difokuskan dari sudut motivasi juga langkah dan tindakan untuk menangani pandangan masyarakat terhadap golongan ini.

Sosio-Masyarakat – Homoseks

67. (2017). Tidak tahan ujian. Al-Ustaz 61, hal. 92-93.

Ujian Allah tidak bererti bahawa Allah membenci. Kadangkala seseorang itu diuji sedangkan dia merupakan insan yang dikasihi Allah. Manusia diuji sebagai kafarah yakni penghapus bagi dosa-dosa silam.

Akidah, Etika dan Akhlak

68. (2017). Tip menjaga pesakit Alzheimer. Al-Ustaz 62, hal. 92- 93.

Perkongsian beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap anak atau pasangan yang mempunyai ibu bapa atau suami mahupun isteri yang didiagnosis menghidap Alzheimer.

Pendidikan Keluarga – Keibubapaan, Etika & Akhlak

69. (2017). 4 strategi kukuhkan kewangan rumah tangga. Al-Ustaz 63, hal. 92-93.

Antara punca perceraian adalah kerana permasalahan kewangan. Penulis berkongsi beberapa langkah bagi merancang kewangan dalam rumah tangga yang penting untuk dipraktikkan sebaik sahaja mula berumah tangga.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian

70. (2017). 4 perkara tentang perkahwinan bawah umur. Al-Ustaz 64, hal. 92-93.

Antara perkara penting yang harus diketahui oleh pasangan muda yang ingin menikah dan ibu bapa mereka ialah; memahami persediaan dan tujuan bernikah, memperolehi sokongan keluarga, sentiasa mencari ilmu dan menambah nilai diri juga memahami tanggungjawab.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian

71. (2017). Dengarlah luahan pasanganmu. Al-Ustaz 65, hal. 92-93.

Perkahwinan adalah ikatan dan jalinan kasih sayang antara kedua-dua pasangan. Perasaan masing-masing harus diambil kira agar hubungan ini berjalan atas landasan harmoni, ketenangan dan kasih sayang.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian, Etika & Akhlak

72. (2017). Religious conselling to counter wrong understanding of jihad. Inabah: Journey to the Path of Truth, Issue 30, p. 32-35.

Discusses two critical skills required by a consellor in dealing with misunderstandings of jihad through religious rehabilitation. 5-stage model used in religious counselling is also shared.

Kaunseling & Pemulihan

73. (2017, Dis). Wasatiy dalam memahami tafsiran maksud dharb menurut ulama. Tulisan bersama Khairunnisaa Abdul Rahim dan Zanaria Jusary. Wasat 18.

Membicarakan mengenai ayat al-Quran sebagai hujah bagi keharusan suami memukul isteri yang tidak taat sebagai salah satu mekanisme untuk mendidik dan membetulkannya. Perkataan dharb difahami sebagai bukan pukulan mendidik ke atas isteri.

Ahwal Syahsiah – Pernikahan & Perceraian, Wanita – Hak & Tanggung Jawab

74. (2017). Hikmah di sebalik majlis tahlil. Al-Ustaz 66, hal. 92-93.

Majlis tahlil boleh dianjurkan selepas kematian orang yang dikasihi. Sebenarnya apa yang perlu ialah doa berterusan agar si mati diampunkan dosanya selain menunaikan wasiatnya dan menghubungkan silaturrahmi dengan keluarganya.

Ahwal Syahsiah – Kematian

75. (2018, Jan – Apr). Keganasan domestik – Peranan asatizah. Ar-Risalah 26, hal. 9-12.

Keganasan domestik dilarang oleh Islam dan merupakan isu yang harus ditangani bersama dan asatizah punya tanggungjawab menjelaskannya dari sudut perspektif Islam. Oleh itu, konsep nusyuz dan darb dalam konteks Islam harus difahami.

Pendidikan Keluarga, Wanita – Hak & Tanggungjawab

76. (2018, Feb). Tafsiran wasati bagi maksud nusyuz: kajian perbandingan antara golongan ulama Islam & feminis Muslim. Tulisan bersama Khairunnisaa Abdul Rahim dan Zanariah Jusary. Wasat 19.

Sambungan artikel yang ditulis dalam Wasat On-line 18 yang membahaskan erti nusyuz dalam Al-Quran melalui tafsiran ulama tradisional silam dan masa kini dibandingkan dengan tafsiran pemikir feminis Muslim.

Al-Quran – Tafsir, Wanita – Hak & Tanggungjawab, Kesederhanaan Dalam Islam

77. (2018, Sep – Dis). Menjaga kesihatan menerusi amalan gaya hidup Nabi S.A.W. Ar-Risalah, 28, hal. 5-9.

Etika & Akhlak

stories from the author

ASATIZAH

Almarhum Ustaz Ali Haji Mohamed
Belasungkawa - Sumbangan Almarhum Ustaz Ali Haji Mohamed kepada Pergas

Ketika saya diminta menyumbangkan satu artikel bagi mengenang jasa almarhum Ustaz Ali Haji Mohamed kepada Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama…

  • 22
  • 0

Edition No. 41

41-1
Manifestations of Religious Extremism in Contemporary Time

Religious extremism (ghuluw) has been going on well from the past and continues to the present day. It is astounding…

  • 157
  • 0

Edition No. 27

2-Peranan-Ulama-0
Peranan Ulama Dalam Pengukuhan Ekonomi Umat Islam

Pengenalan Kertas kerja ini akan mengupas ekonomi dari sudut perspektif Islam dan perbezaannya dengan takrifan ekonomi dari sudut pandangan sarjana…

  • 1547
  • 0

MUSLIM LIFE

Healthy
Menjaga Kesihatan Menerusi Amalan Gaya Hidup Nabi

Pernah beberapa ketika dahulu terdapat liputan di akhbar harian media perdana berbahasa Melayu yang membawa tajuk berita bahawa Mufti negara…

  • 3575
  • 1

DOMESTIC VIOLENCE

keganasan-domestik-peranan-asatizah-1
Keganasan Domestik – Peranan Asatizah

Menurut catatan statistik Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MCYS), keganasan rumah tangga (domestic) terhadap wanita berkisar sekitar 74-76% dari tahun…

  • 1154
  • 0

ASATIZAH

ke-mana-hilangnya-tradisi-menulis-di-kalangan-asatizah-kita-1
Ke Mana Hilangnya Tradisi Menulis di Kalangan Asatizah Kita?

Ketika diminta menyumbangkan artikel ini, soalan pertama sekali yang terdetik di benak fikiran saya ialah; apakah yang bakal terjadi kepada…

  • 840
  • 0

AL-QURAN

surah-annisaa-ada-apa-pada-nama-1
Surah An-Nisaa': Apa Ada Pada Nama?

Kita sering mendengar nama surah An-nisaa’ membacanya dan mungkin ada sebahagiannya meneliti isi kandungannya. Namun, pernahkah kita mengkaji mengapa surah…

  • 796
  • 1

JIHAD

mengenal-pertimbangan-dan-keutamaan-dalam-berijtihad-1
Mengenal Pertimbangan dan Keutamaan Dalam Berjihad

Dalam kehangatan isu ISIS (IS), terkenang pula kisah pengalaman saya apabila berdepan dengan beberapa anggota kumpulan Jemaah Islamiah (JI) bagi…

  • 340
  • 0

other authors