Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klik di sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah.
Alhamdulillah, Wasat no. 44 / Jun 2022 dapat diterbitkan untuk terus berkongsi dengan pembaca artikel-artikel bermanfaat.
Semoga Allah taala memberkati usaha kecil ini dan menjadikannya sebagai amal soleh di sisiNya dan para pembaca pula dikurniakan taufiq untuk beroleh manfaat pula dari usaha kecil ini.
Untuk edisi ini, Wasat masih mampu menerbitkan tiga artikel untuk bacaan pembaca. Alhamdulillah.
Artikel pertama ialah sumbangan Ustaz Dr. Mohammad Rizhan Bin Leman yang bertajuk Wasatiyah Dalam Penggunaan Kaedah: Keluar Dari Khilaf Adalah Digalakkan. Artikel ini memperkenalkan satu kaedah fiqah yang digunapakai oleh para ulama dalam menangani masalah khilafiyah. Kaedah fiqah ini ialah, Al-Khuruj Min Al-Khilaf Mustahab (Keluar dari khilaf adalah disukai). Penulis memberi lima contoh penggunaan kaedah ini dan tiga panduan bagi memastikan penggunaan yang wasatiy bagi kaedah ini.
Artikel kedua pula bertajuk Garis Panduan Fuqaha’ Dalam Berinteraksi Dengan Perbezaan Pendapat, tulisan Ustaz Dr. Muhammad Adib Termizi. Penulis membicarakan tentang garis panduan dalam berhadapan dengan pelbagai pendapat ulama yang berbeza-beza dalam masalah fiqah dalam konteks:
• perbezaan pendapat dalam amalan individu
• perbezaan pendapat antara masyarakat atau kelompok dalam masyarakat
• perbezaan pendapat dengan fatwa rasmi.
Artikel ketiga adalah artikel berbahasa Inggeris bertajuk, Six Excellent Attributes of Muslim Activist, oleh Ustaz Muhammad Haniff Hassan. Penulis menghuraikan tiga sifat asasi dan enam sifat tambahan bagi aktivis dakwah untuk cemerlang dalam usaha dakwahnya. Baca artikel ini bagi mengetahui apakan sifat-sifat ini.
Selamat membaca. Bacalah dengan nama Tuhanmu.